Petah betul Qadejah, anak gadis Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida! Menginjak usia 13 tahun pada November lepas, anak kedua daripada enam beradik ini makin bijak dan matang.
Bersandarkan kematangan dan kepetahan Qadejah atau mesra disapa Cess, tak hairanlah dia sering tampil mempromosikan produk jualan milik ibu bapa di media sosial.
Pandai beraksi depan kamera dan berkata-kata, Qadejah atau nama sebenarnya Qadejah El Zahra pernah menerima tawaran berlakon dalam sebuah program televisyen pada Februari lalu. Makin melebarkan sayap dalam industri lakonan pula nampaknya!
Terbaharu, nama Qadejah sekali lagi menjadi bualan ramai khususnya peminat kedua-dua ibu bapa apabila perkongsian Datuk Seri Aliff di media sosial mengenai kejayaan anak tersayang dalam acara pengucapan awam bagi meningkatkan keyakinan golongan remaja seusia Qadejah.
Istimewanya, ia merupakan ‘public speaking’ dalam Bahasa Inggeris dan kebanyakan peserta pertandingan terdiri daripada pelbagai kaum.
Kelancaran anak gadis Datuk Seri Aliff Syukri ini bertutur dalam bahasa tersebut nyata berjaya menarik hati juri. Termasuklah warga maya yang terkesima dengan kepetahan anak pengasas Dherbs berkenaan.
Ujar Datuk Seri Aliff, “Abah gagal SPM dapat 4E tapi Abah usaha untuk anak Abah tak ikut. Sebenarnya bukan peringkat Selangor pun. Abah saja je berimpian.
Supaya Cess berjaya lebih dari Abah. Ramai yang tak tahu sebenarnya dulu waktu saya remaja, saya juga salah seorang pemidato wakil sekolah. Tak sangka anak yag mengikut. Tapi saya speaking Melayu lah.”
“Hari ni saya luang masa saya tengok Qadejah atas pentas masuk pertandingan debat. Yelah mama dia ni dulu tak mampu nak buat. Kita ni dulu nak bercakap dengan orang pun malu-malu. Berbeza lah dengan anak dara seorang ni.
Dia punya confident tu macam Aliff Syukri. Alhamdulillah sedikit sebanyak pertandingan debat ni boleh mengasah keyakinan dia, cara dia bercakap dan berinteraksi dengan orang ramai.”
Ibu mana tak bangga tengok anak makin berkeyakinan dan bijak.
Selain Qadejah, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida turut dikurniakan lima orang anak iaitu Ammar Ahyan berusia 15 tahun, Ibraheem Adham umur 11 tahun, Yusoff Al Qardawi, lima tahun, Raudhah Arshiyah empat tahun dan Luqman Al-Hakim yang lahir pada April lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita anggun yang memiliki semangat luar biasa ini bukan sahaja lambang wanita inspirasi bahkan seorang isteri, ibu dan anak yang serba membahagiakan. “Saya merupakan kanser survivor, sebab itu apabila saya melakukan kerja amal melalui Breast Cancer Foundation ia menjadi lebih bermakna dan saya faham serta kenal sangat masalah dan cabaran yang mereka hadapi.
Bercakap sahaja nampak mudah tetapi sukar untuk menyeimbangkan kehidupan sebagai pesakit, ibu, isteri, anak dan macam-macam peranan menjadi tanggungjawab pesakit kanser. Memang besar cabaran untuk menyeimbangkan kehidupan dan saya bersyukur kerana dengan ‘kurniaan’ ini saya benar-benar dapat mendalami hati dan perasaan pesakit kanser,” tutur Puan Sri Dato’ Azrene Abdullah.
Foto: Instagram @breastcancerfoundation
Apabila diminta untuk mengulas tentang ramai wanita lain yang menjadikan Puan Sri Dato’ Azrene sebagai inspirasi kehidupan mereka, balasnya dengan nada tenang, “Kerana saya merupakan seorang survivor, secara tidak langsung komuniti kanser payudara ini begitu rapat dengan saya.
Apa sahaja yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memperkasa dan menyuntik inspirasi kepada wanita agar bahagia dalam kehidupan walaupun setelah didiagnosis sebagai pesakit kanser. Itu adalah objektif saya.
Apa yang saya lakukan ini umpama telah ditetapkan oleh sang Pencipta dan meletakkan saya di dunia ini untuk melakukan kerja amal ini. I am happy to do it. Apabila melihat transformasi yang positif telah menguatkan semangat untuk terus berusaha memperkasakan pesakit kanser ini.
Foto: Instagram @breastcancerfoundation
Apabila ramai wanita yang menganggap saya sebagai sumber inspirasi mereka ini menggalakkan saya untuk beri yang lebih dalam kerja amal begini. I will do this until I die, insyaallah,” terang isteri kepada Tan Sri Kamaludin Abdullah yang merupakan anak sulung bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ini.
Foto: Instagram @breastcancerfoundation
Sebagai Pengerusi Breast Cancer Fondation pula, “Terdapat banyak program yang telah dan bakal dianjurkan memperkasakan pesakit kanser ini bagi menyuntik inspirasi meneruskan kehidupan dan mengobarkan semangat bahawa masih ada sebuah kehidupan walaupun sudah didiagnosis sebagai pesakit kanser.
Foto: Instagram @breastcancerfoundation
Melalui Breast Cancer Foundation ini saya dapat membantu ramai wanita. Saya gelar mereka breast cancer warriors. Ia merupakan suatu kepuasan diri untuk membantu mereka yang memerlukan. I become very passionate about breast cancer andI told myself that I would dedicate my life to help other cancer patient.
Anda tidak boleh merasai sendiri perasaan atau kepuasan mampu membantu pesakit kanser di tempat lain. Jika bukan melakukan kerja amal pasti tidak akan dapat merasai perasaan begini,” ungkap Puan Sri Dato Azrene.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkolaborasi dengan syarikat pengilangan tempatan, Tyani, wanita kacukan Melayu-Inggeris ini telah berkongsi rahsia cantiknya dengan mengoptimumkan khasiat ekstrak habbatussauda.
Suplemen sedia untuk dimakan (ready-to-eat) ini turut menyediakan kebaikan buah delima, vitamin C, kranberi, madu dan banyak lagi. Diadun sempurna untuk melambatkan kesan penuaan dan merangsang kulit bersih serta berseri-seri.
Wanita cantik yang membintangi drama popular 7 Hari Mencintaimu ini menyatakan, ilham untuk mengeluarkan produk ini hadir apabila sering sibuk dengan tugas harian tetapi dalam masa yang sama mahu kekal cantik dan cergas.
Perkataan güzelim itu sendiri bermakna ‘kecantikanku’ dalam bahasa Turki. Semoga adik kepada vokalis kumpulan popular, Bunface ini terus sukses mengemudi perniagaan miliknya.
Foto: Instagram @sallywho
Dalam pada itu, penghujung tahun 2020 telah membawa tuah buat pelakon cantik ini apabila berjaya mencipta sejarah peribadinya dengan mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Foto: Instagram @sallywho
Siti Saleha telah memenangi anugerah kategori Asian Model sempena penganjuran Asia Model Festival 2020.
Foto: Instagram @sallywho
Mendapat pengiktirafan antarabangsa bukan sesuatu yang mudah kerana terpaksa melalui sistem penghakiman yang efisyen. Sebelum ini anugerah ini pernah diterima oleh dua selebriti popular tempatan iaitu Amber Chia dan Amelia Handerson.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Sifat penyayang, prihatin dan berjiwa rakyat pasangan diraja, KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan KDYMM Raja Permaisuri Agong kini diwarisi anakanda sulung mereka, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Terbaharu, Tengku Hassanal yang turut digelar ‘The Real Prince Charming’ oleh rakyat jelata itu berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama empat bulan kepada Tabung COVID-19 Pahang bagi membantu mereka yang memerlukan.
Meskipun tidak menyatakan nilai elaun baginda secara spesifik, namun dijangka dengan kedudukannya sebagai Pemangku Raja berkemungkinan mencecah lima angka.
Sumber: Facebook Menteri Besar Pahang
Kurniaan kepada Tabung COVID-19 Pahang juga merupakan kurniaan kali kedua oleh Tengku Hassanal yang sebelum ini berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama enam bulan ke tabung yang sama pada 1 April 2020.
Perkara berkenaan dikongsikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di laman media sosial rasmi beliau hari ini, yang turut menjunjung kasih atas keprihatinan baginda terhadap rakyat Pahang.
Tengku Hassanal bersama ayahanda dan bonda tercinta
Tabung COVID-19 Pahang dilancarkan oleh kerajaan negeri pada awal pelaksanaan PKP 1.0 khusus untuk membantu rakyat negeri ini terkesan dengan pelaksanaan perintah tersebut yang perlu dilakukan bagi memutuskan penularan wabak itu.
Kurniaan tersebut dilakukan sehari selepas Tengku Hassanal berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama tiga bulan ke Tabung Pahang4Palestine bagi membantu penduduk di sana.
Sumber: Facebook Menteri Besar Pahang
Berusia 25 tahun, Tengku Hassanal merupakan graduan dari Akademi Ketenteraan Diraja di Sandhurst, United Kingdom. Baginda juga memiliki Ijazah Perhubungan Antarabangsa dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland.
Baginda mewarisi sikap ayahanda dan bondanya yang mesra rakyat, kerap kali turun padang untuk aktiviti kemasyarakatan serta tangkas menurunkan bantuan setiap kali berlaku bencana di Pahang.
Berperwatakan segak dan tampan, pesona Tengku Hassanal yang mudah melemparkan senyuman amat disenangi oleh masyarakat. Baginda juga sering menyantuni golongan susah serta tidak canggung bertemu rakyat dari pelbagai lapisan usia.
Tanpa protokol yang ketat, sikap Tengku Hassanal yang humble sama seperti ayahanda dan almarhum nendanya, Sultan Ahmad Shah, yang terkenal dengan prinsip ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.