Datin Seri Shahida sebagai ibu pastinya bersyukur dan sebak apabila anak sulung yang kini menginjak usia dewasa diizinkan Allah untuk menjadi jemaah haji tahun ini. Beruntung Ammar Ahyan kerana menerima panggilan haji pada usia yang masih muda. Alhamdulillah.

IKLAN

Berkongsi gambar anak tersayang yang lengkap berihram baru-baru ini, isteri Dato’ Seri Aliff Syukri berkenaan mengimbau foto Ammar waktu kecil ketika menunaikan umrah.

Dedahnya, “Gambar masa kecil tu umur Ammar 1 tahun. Masa ni nenek Bonda Rozita Ibrahim belanja kita pergi umrah. Sekarang Ammar dah 15 tahun.

Rezeki Ammar dapat tunai haji di usia muda. Semoga menjadi anak soleh dan abang yang dapat bimbing adik-adik. Selamat berangkat ke Arafah, Ammar. Semoga dipermudahkan segala urusan. Doakan keluarga kita.”

Datin Seri Shahida Syukur Anak Tunai Haji Usia 15 Tahun, “Moga Jadi Anak Soleh & Bimbing Adik-Adik!”
Kredit Instagram @shahidadherbs

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada followers Datin Seri Shahida. Malah, ibu mentuanya iaitu Bonda Rozita Ibrahim turut meninggalkan komen di posting Datin Seri Shahida dan mengakui Ammar seorang cucu yang sangat baik.

“Comel dan cucu yang baik sangat. Bertuah Ida dapat anak sebaik Ammar. Mudahan sampai besar. Dialah yang jaga abah dia kat sini, siapkan makan atuk dan abah neneknya.”

Alahai, sejuk perut ibu mengandung!

IKLAN
Datin Seri Shahida Syukur Anak Tunai Haji Usia 15 Tahun, “Moga Jadi Anak Soleh & Bimbing Adik-Adik!”
Kredit Instagram @shahidadherbs
Datin Seri Shahida Syukur Anak Tunai Haji Usia 15 Tahun, “Moga Jadi Anak Soleh & Bimbing Adik-Adik!”
Kredit Instagram @shahidadherbs
Datin Seri Shahida Syukur Anak Tunai Haji Usia 15 Tahun, “Moga Jadi Anak Soleh & Bimbing Adik-Adik!”
Kredit Instagram @shahidadherbs

Difahamkan 16 Jun lepas merupakan ulang tahun kelahiran Ammar yang ke-15. Pastinya panggilan haji yang diterima anak sulung daripada enam beradik ini menjadi hadiah paling bermakna.

“Selamat ulang tahun ke-15 anak mama, Ammar Ahyan Bin Aliff Syukri. Anak pertama yang banyak ajar mama erti seorang ibu. Dulu mama muda tak ada pengalaman jadi ibu. Tak ada kesabaran banyak buat salah dekat Ammar.

IKLAN

Tapi Ammar anak yang baik, tak pernah susahkan mama, tak pernah melawan, apa mama suruh semua Ammar patuh. Mama doakan Ammar jadi anak yang soleh, abang yang baik mudahan dapat jadi contoh baik pada adik-adik Ammar, sayang adik-adik.

Andai suatu hari mama dan abah tak ada lagi, Ammar yang akan galas tanggungjawab menjaga dan mendidik adik-adik menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat.”

Datin Seri Shahida Syukur Anak Tunai Haji Usia 15 Tahun, “Moga Jadi Anak Soleh & Bimbing Adik-Adik!”
Kredit Instagram @shahidadherbs
Datin Seri Shahida Syukur Anak Tunai Haji Usia 15 Tahun, “Moga Jadi Anak Soleh & Bimbing Adik-Adik!”
Kredit Instagram @shahidadherbs

Datin Seri Shahida berkahwin dengan Dato’ Seri Aliff Syukri pada Ogos 2007. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/pernah-duduk-setinggan-rumah-bocor-jutawan-bonda-rozita-ibrahim-akui-jadi-kaya-pun-ujian/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI