Diri seseorang itu boleh berada di luar kawalan akibat rasa marah yang membuak, sakit hati yang sukar dibendung dan perasaan iri hati yang sukar dibuang. Sikap seumpama itu mampu mencetuskan situasi yang boleh merosakkan fitrah murni seseorang.

IKLAN

Ini kita dapat melihat dari pandangan sekumpulan pekerja dari Gollup Poll yang berpendapat, kebanyakkan pekerja yang meninggalkan syarikat disebabkan oleh masalah komunikasi diantara pekerja dan penyelia. Dimana pertelingkahan pendapat dan idea sering terjadi dan menyebabkan pekerja mengalami tekanan ketika berada di dalam pejabat.


Justeru itu, mereka akan bertindak diluar kawalan dan akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja daripada mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya. Oleh itu, bagi anda yang masih mencintai kerjaya anda, tetapi membenci ketua anda. Di bawah ini ada 8 cara untuk mengatasinya.

1. Cermin diri anda.

Memang betul kadang kala ketua anda seorang yang cerewet, tetapi besar kemungkinan juga anda terlalu emosi dalam segala hal. Oleh itu, jalan yang terbaik cermin tingkah laku dan perangai anda terlebih dahulu bagi mewujudkan perhubungan yang baik ketika bersama ketua. Ketepikan masalah remeh-temeh yang wujud dan fokus terhadap kerja yang diberikan. Anda akan melihat perubahan yang berlaku pada diri anda kelak.

2. Fokus apa yang ketua anda inginkan.

Pekerja yang menunjukkan prestasi yang bagus, merangka strategik dengan bijak dan pantas dalam menguruskan sesuatu kerja yang diberikan selalunya mendapat perhatian yang lebih dari ketua. Yang paling penting, fokus apa yang ketua anda inginkan serta bagaimana cara untuk anda menguasainya. Ini akan membuatkan ketua anda berasa yakin dan percaya dengan kemampuan anda untuk menguruskan sesuatu projek kelak.

3. Tunjukkan pencapaian anda. 

Failkan sijil pencapaian yang anda perolehi sepanjang penglibatan anda di dalam syarikat. Ini sedikit sebanyak dapat menarik minat penyelia anda dan memberi peluang kepada diri anda untuk membuktikan keupayaan dan kemampuan anda dalam merangka satu strategik dan idea yang baru dalam projek yang akan dijalankan.

IKLAN

4. Berhenti membantah.
“Karyn kerap menyangkal dan mengkritik setiap idea yang datang dari ketuanya apabila mereka berada di bilik mesyuarat. Ini membuatkan rakan sekerjanya yang lain tidak bersetuju dengan tindakan dan sikap yang ditunjukkan oleh Karyn dan sekaligus menambahkan lagi tekanan terhadap dirinya. Disebabkan situasi itu, Karyn menyedari kesilapan yang telah dilakukan dan mengatur satu strategik untuk memperbetulkan sikapnya terhadap ketua. Dengan mengiakan setiap pendapat dan idea yang dikeutarakan oleh ketuanya ketika berada di bilik mesyuarat. Selepas perubahan itu, akhirnya Karyn berasa tenang dan lebih berkeyakinan ketika berada dibilik mesyuarat kerana rakan sekerja dan ketuanya dapat menerima segala pandangan dan idea yang diberikan secara positif.”

IKLAN

5. Perbanyakkan rangkaian perhubungan.
Anda hendaklah memperluaskan rangkaian hubungan anda untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan bertukar pendapat bagi mereka yang memahami kerja yang anda ceburi. Dengan itu, anda dapat mengetahui sejauh mana prestasi kerjaya anda dengan lebih mendalam.

6. Lapor prihal ketua anda.
Melaporkan perlakuan dan sikap ketua anda kepada HR adalah keputusan terakhir yang anda lakukan. Sebelum anda mengambil tindakan ini, anda perlu mengumpul segala bukti bagi memperkukuhkan lagi alasan anda dan sokongan daripada rakan sekerja yang ditimpa nasib yang sama. Ini akan menarik perhatian pihak atasan dalam isu yang akan dibentangkan. Tetapi perlu diingatkan tindakan yang akan anda ambil ini akan mengundang perbalahan dengan ramai pihak. Jadi bagi anda yang berfikiran positif, jalan yang terbaik yang perlu anda lakukan adalah dengan berjumpa terus ketua anda dan menyatakan pendapat anda tentang sikap dan permasalahan yang berlaku dan anda ingin menyelesaikannya sebaik mungkin. Oleh itu, anda perlu menerima segala kemungkinan yang berlaku samada ketua anda akan memberi respon yang positif atau negatif tentang apa yang akan anda terangkan.

7. Cari perspektif lain dalam kehidupan.
Jangan membuatkan diri anda tertekan dalam setiap tugasan yang diberikan. Dengan itu, anda perlu menikmati kehidupan lain diluar waktu pejabat seperti menonton wayang bersama rakan andaian, membaca buku atau membeli belah. Cari sesuatu yang boleh memberikan kepuasan dalam diri anda walaupun hakikatnya dari luaran tidak.

8. Wujudkan strategik baru dalam tugasan.
Kunci untuk menambat hati penyelia adalah dengan merangka strategik dan mengembangkan idea dalam setiap tugasan yang diberikan. Ini sedikit sebanyak akan membuka peluang untuk anda menonjolkan kebolehan anda sebagai seorang pekerja yang berwawasan dan kesungguhan anda untuk memajukan syarikat.