Kemalangan yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad yang dipercayai terlelap sebelum kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas berhampiran Plaza Tol Jawi mengejutkan ramai pihak.
Dalam kes yang meng0rbankan tiga penumpang terdiri bayi lelaki, ibu mentua dan pembantu rumah warga Indonesia itu, Syafiq dipercayai tertidur dan menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan.
Akibat tertidur atau dalam istilah perubatannya ‘Microsleep’, membuatkan Syafiq gagal mengawal kenderaan yang dipandu lalu menyebabkan kenderaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan, sebelum terbalik dan terseret, berdasarkan kesan calar di atas jalan.
Dalam kejadian tersebut, Syafiq yang memandu MPV Toyota Vellfire dari Johor Bahru dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Norain sedang berpantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.
Turut berada dalam kenderaan terbabit ialah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dua anak pemain bola sepak itu, iaitu Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari dan Aaira Nur Saffiyya, 2 serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.
Ads
Takziah buat Syafiq sekeluarga dan Al-Fatihah buat ahli keluarganya yang dijemput Ilahi. Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran berguna buat kita semua.
MICROSLEEP
Benar ajal maut itu di tangan Tuhan. Namun sebagai manusia, menjadi tugas kita melindungi orang tersayang dan salah satu cara terbaik adalah dengan memandu tanpa rasa mengantuk.
Ads
Khusus untuk anda yang merancang untuk pulang ke kampung atau bercuti beberapa hari ini, mohon pastikan keadaan suami atau pemandu dalam keadaan memuaskan sebelum memulakan perjalanan.
Cuba perhatikan tanda-tanda seperti pemandu kurang tidur, terlalu penat, jadual tidurnya tidak menentu atau pun badannya sedang cuba melawan rasa mengantuk sebelum memandu. Ini penting demi keselamatan bersama.
Ads
Microsleep adalah keadaan di mana kita akan tertidur atau terlelap kurang satu saat hingga 30 saat tanpa kita sedari. Keadaan ini sangat membahayakan nyawa diri sendiri dan penumpang yang dibawa.
Simptom-simptom:
Tersengguk-sengguk.
Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu.
Mata terkebil-kebil.
Tatapan kosong.
Lupa kejadian di waktu-waktu terakhir sebelum kemalangan.
Cara-cara pencegahan:
Jangan memandu jika mengantuk.
Tukar pemandu lain jika boleh.
Dengar muzik atau radio.
Dapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
Berhenti seketika untuk tidur di kawasan yang selamat.
Berbual-bual dengan teman seperjalanan,
Gerak-gerakkan tubuh badan.
Ambil vitamin atau kafein supaya hilang rasa mengantuk.
Semoga dengan keprihatinan penumpang khasnya golongan wanita seperti kita dapat menyelamatkan keluarga. Biar lambat asalkan selamat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anda adalah apa yang anda makan”. Frasa yang sering digunakan oleh ibu bapa dan pakar pemakanan kerana makanan yang dimakan oleh seseorang itu melambangkan keadaan kesihatan mental, emosi dan fizikal individu sekali gus memberi kesan secara langsung kepada kesejahteraan keseluruhan.
Disebabkan terlalu asyik menyiapkan tugasan di pejabat atau mengurus kelengkapan anak-anak ke sekolah membuatkan wanita sering meletakkan kesihatan diri sebagai perkara terakhir. Akibatnya, mereka mudah jatuh sakit dan pola pemakanan juga terabai. Apa saja hidangan yang boleh didapati dengan mudah dan cepat, itulah yang menjadi santapan mereka.
BRAND’S Sari Pati Ayam yang dipromosikan sempena kempen ‘Feed Your Mind And Body’
Berpaksikan matlamat untuk memelihara kecerdasan minda dan kecergasan tubuh badan dalam menjalani rutin harian di samping memberi prestasi terbaik tanpa mengira usia, jenama makanan kesihatan terkemuka iaitu BRAND’s tampil menghasilkan produk BRAND’S Sari Pati Ayam bersandarkan kempen ‘Feed Your Mind And Body’.
“Peningkatan peredaran darah dan aliran oksigen ke otak dan tubuh menghindarkan daripada kelesuan mental dan fizikal selain mengurangkan kebimbangan dan hormon stres, kortisol, supaya keupayaan untuk kekal peka atau fokus tidak terjejas.
BRAND’S Sari Pati Ayam adalah suplemen makanan semula jadi yang tidak mengandungi garam tambahan serta bebas kolesterol dan lemak, menjadikannya sesuai diambil setiap hari bagi membantu merangsang minda dan tubuh,” terang Ahli saintis neuro, Dr. Jack Wong Jin Lin.
BRAND’S Sari Pati Ayam adalah satu-satunya sari pati ayam di pasaran yang disokong oleh lebih 40 kertas saintifik dan kajian klinikal antarabangsa. Kajian menunjukkan pengambilan secara berkala mampu meningkatkan memori sehingga 15% dan menambah daya tumpuan sebanyak 22%, manakala metabolisme pula dapat ditingkatkan sehingga 16%.
Malah, pakar pemakanan turut menekankan pengambilan makanan yang betul dengan diet yang seimbang serta rehat yang mencukupi bukan sahaja memberikan anda tenaga dan kejelasan mental. Ia juga meletakkan anda dalam rangka emosi minda yang sihat bagi menguruskan stres dengan lebih baik.
Dr. Jack Wong, Saintis senior BRAND’S bersama (kiri) Kuang Ming Ming, Pengurus Besar BRAND’s Malaysia bergambar bersama panel jemputan bagi kempen ‘Feed Your Mind And Body
Selain sesuai dinikmati suri rumah, wanita berkerjaya mahupun kaum lelaki, rangkaian produk BRAND’s seperti Sari Pati Ayam ini juga baik untuk prestasi optimum pelajar sekolah dan universiti lebih-lebih lagi menjelang waktu peperiksaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak punya masa! Itu alasan yang sering diberikan kebanyakan orang apabila diajukan persoalan tentang senaman. Namun, tahukah anda senaman Tabata yang diilhamkan seorang ahli sains Jepun, Dr Izumi Tabata membuka dimensi baru tentang senaman?
Hanya empat minit sahaja diperlukan untuk melengkapkan senaman yang dicipta di Tokyo pada tahun 1996 ini. Bukan sekadar mudah untuk dipraktikkan malah boleh dilakukan di mana-mana sahaja mengikut keselesaan masing-masing. Untuk mendapatkan hasil optimum, lakukan senaman Tabata dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam.
Juga digelar ‘senaman orang malas’ kerana hanya memerlukan tempoh empat minit, kesan senaman ini dipercayai memberi kesan sangat efektif terhadap kesihatan tubuh badan. Ini dibuktikan oleh kajian pakar senaman, Dr Michele Olson yang mengatakan senaman Tabata mampu membakar 13.5 kilokalori seminit dan meningkatkan kadar metabolisma badan sebanyak dua kali ganda.
KONSEP SENAMAN TABATA
Senaman Tabata lazimnya diselang-selikan di antara satu rutin senaman selama 20 saat dengan rehat sebentar 10 saat. Kemudian, set senaman tersebut diulang sebanyak lapan kali mengikut rutin senaman yang berbeza atau sama mengikut kemahuan. Ini bermakna setiap satu set akan mengambil masa 30 saat. Dan jika dihitung, lapan set rutin senaman hanya memperuntukkan empat minit sahaja.
Cadangan rutin senaman pula membabitkan pergerakan kumpulan otot besar seperti:
Squat
Burpees
Mountain Climbers
Plank
Tekan tubi
Lompat setempat @ lompat bintang
Kebiasaannya, tubuh akan berasa sangat penat dan bernafas laju selepas selesai melakukan senaman Tabata. Reaksi yang diterima tubuh seolah-olah telah menjalani sesi senaman berjam-jam lamanya. Selain konsep yang lebih santai dan bebas memilih rutin yang diinginkan, ia tidak memerlukan peralatan senaman khusus.
Secara ringkasnya, Tabata sangat baik untuk individu yang sibuk. Bagi mereka yang jarang bersenam, disarankan agar melakukan rutin senaman ringan terlebih dahulu dan usah memaksa diri secara keterlaluan. Apabila sudah selesa dengan konsep senaman Tabata, boleh menambah masa senaman sehingga 12 ke 20 minit mengikut kemampuan diri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib selamat bertunang dengan Watie Hanifah dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam, hari ini. Berita gembira itu dikongsi Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad pada hantaran berbentuk video di Istagram Story (IGs), sebentar tadi.
“Assalamualaikum, Shuib ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
“Hari ini 6 Mei 2023, Alhamdulillah, saya baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan Watie.
“Saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami.
“Doakan tau.. Selamat Hari Raya,” kata Shuib yang tampak segak mengenakan baju Melayu cekak musang warna hijau pucuk pisang dalam video itu.
Sementara itu, memetik laporan Gempak, Shuib menghadiahkan tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, sepasang kasut dan manisan kepada bakal isterinya itu.
Pihak wanita pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.
Shuib dan Watie dikatakan bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Jun akan datang.
Bulan lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikam Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.
Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.