Tahun ini menjadi tahun ke-18 pereka fesyen ini berkecimpung di dalam dunia fesyen. Dalam tempoh itu telah banyak kejayaan yang dicapai antaranya dia pernah di anugerahkan sebagai ‘Fashion Design Ambassador’ di Minggu Fesyen New Zealand 2004. Terbaru pereka fesyen ini telah dijemput mempersembahkan koleksi musim bunga/panas 2018 di Korea Selatan dan Nona mengintai sebalik tabir sepanjang persiapan penuhnya bersama model.

IKLAN
Mengintai Belakang Tabir Pereka Fesyen Tempatan JIMMY LIM Sempena Minggu Fesyen Busan 2017 di Korea Selatan
Gabungan fabrik yang diberi manipulasi kedut ala kertas dironyok, perincian labuci besar dan renda bersatu mesra dalam satu koleksi.

Koleksi musim bunga/panas 2018 ini diberi nama ‘Reprise Encore’ ini merupakan kesinambungan koleksi ‘Reprise’ yang dipersembahkan olehnya ketika Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada bulan Ogos yang lalu. Mendapat inspirasi dari memori masa lalu dan menjadikannya relevan dengan masa kini, Jimmy menjadikan karakter dari dalam pementasan filem muzikal My Fair Lady iaitu Eliza Doolittle sebagai inspirasi.

Mengintai Belakang Tabir Pereka Fesyen Tempatan JIMMY LIM Sempena Minggu Fesyen Busan 2017 di Korea Selatan

Biarpun menjadikan Eliza Doolittle sebagai inspirasi pereka fesyen ini tidak mengambil inspirasi secara terus sebaliknya mengabungkan elemen comel Eliza Doolitle dengan gaya moden yang menjadi esen dalam rekaannya. Jadi dapat dilihat potongan yang tajam seperti labcoat dan juga suntikan maskulin ‘jogger pant’ yang digandingkan bersama helaian yang ekstra feminin. Semuanya diberi keseimbangan yang tepat.

IKLAN

Mengintai Belakang Tabir Pereka Fesyen Tempatan JIMMY LIM Sempena Minggu Fesyen Busan 2017 di Korea Selatan

IKLAN

Menurut Jimmy, “Saya mahu keluar dari kebiasaan dengan menghasilkan koleksi yang lebih terarah kepada gaya avant garde dalam nuansa yang lebih bijak dan ceria biarpun mengambil inspirasi dari filem lama dan muzik klasikal.  Setiap satu rekaan diterap gaya fashion forward yang baik.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI