Menjalani kehidupan yang ultra sempurna, terkenal, berkerjaya hebat dan menguruskan sebuah keluarga besar… semestinya ada harga tinggi yang perlu dibayar oleh bekas ahli kumpulan Spice Girls ini.

Pada usia 43 tahun, populariti Victoria Beckham masih lagi di puncak. Figura jelita itu sentiasa menjadi idola di seluruh dunia kerana kebolehannya mengimbangi segala aspek kehidupan dengan amat baik.

IKLAN

Namun hakikatnya, dia juga wanita biasa dan mempunyai rasa insecurity yang tersendiri. Bagaimana Posh Spice mengatasi perasaan tersebut? Jawapannya terletak pada pemilihan makanan-makanan sihat ini di dapur mereka.

Rahsia Kulit Sejernih Porselin

Mengintai Dapur Victoria Beckham, Ini Rupa-Rupanya MAKANAN SIHAT Yang Membuat Dia Nampak Muda 20 Tahun!
Foto: Koleksi Mekap Victoria Beckham x Estee Lauder

“Saya mempunyai masalah kulit dan sampai sekarang masih berjumpa pakar dermatologi di Los Angeles untuk merawatnya. Bagi mengekalkan kompleksi selicin ini, Dr. Harold Lancer menyarankan makanan-makanan ini setiap hari,” kongsi Victoria tentang makanan untuk kulitnya kepada THE EDIT.

(a) Ikan salmon setiap hari untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Mengintai Dapur Victoria Beckham, Ini Rupa-Rupanya MAKANAN SIHAT Yang Membuat Dia Nampak Muda 20 Tahun!

(b) Avokado sebagai smoothie atau inti sandwic. Pupur wajah dengan avokado lenyek juga baik untuk menentang penuaan pramatang.

Mengintai Dapur Victoria Beckham, Ini Rupa-Rupanya MAKANAN SIHAT Yang Membuat Dia Nampak Muda 20 Tahun!

(c) Amalkan biji-bijian dalam diet seperti chia seeds, flax seeds, sunflower seeds dan hemp dalam makanan kesukaan.

Mengintai Dapur Victoria Beckham, Ini Rupa-Rupanya MAKANAN SIHAT Yang Membuat Dia Nampak Muda 20 Tahun!

(d) Pakar nutrisi Victoria Beckham iaitu Amelia Freer menggalakkan pengambilan kekacang seperti badam dan gajus yang kaya dengan lemak sihat.

IKLAN

Mengintai Dapur Victoria Beckham, Ini Rupa-Rupanya MAKANAN SIHAT Yang Membuat Dia Nampak Muda 20 Tahun!

Kudapan Snek Untuk Keluarga

2 hari lepas, Victoria Beckham turut berkongsi aktivitinya menyediakan snek sihat untuk menyambut kepulangan Romeo, Cruz dan Harper dari sekolah. Ingin tahu apa yang disediakan untuk mereka?

Mengintai Dapur Victoria Beckham, Ini Rupa-Rupanya MAKANAN SIHAT Yang Membuat Dia Nampak Muda 20 Tahun!

IKLAN

“Seeds doused in organic Aminos! Grilled until crispy! After school snack,” tulisnya dalam kapsyen tentang hidangan yang masih panas dari oven itu.

Kembali Seimbang

Menurut sumber, David Beckham sebelum ini pernah menasihati isterinya agar ‘bertenang’ kerana bimbang melihat amalan pemakanan si isteri yang cukup ketat.

Ia selari dengan pendedahan Victoria Beckham sendiri pada musim panas lalu tentang diet serta rejim kecergasannya selama ini yang kedengaran sangat memenatkan.

“Saya akan berlari sejauh 3 batu setiap pagi dan bersenam selama sejam dengan jurulatih peribadi. Selepas itu saya akan terus balik ke rumah untuk menyediakan puri avokado Romeo,” katanya kepada Dutch Vogue.

Wanita ini dipercayai mengamalkan diet low-carb yang ketat iaitu hanya makan ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan banyak. Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI