Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapa tidak mungkin terbalas dengan wang ringgit. Kalau mampu diputarkan kembali masa, pasti semua anak mahu menggembirakan hati ibu bapa mereka. Beruntungnya pemilik akaun Facebook, Zira Ayang ini kerana dalam usia yang masih muda… dia berjaya membuatkan bapa tersayang menitis air mata kegembiraan pada istiadat konvokesyen yang berlangsung hujung Mac lalu.

Semuanya bermula gara-gara selempang merah jambu yang dipakai graduan pada konvokesyen pengajian diploma yang dihadiri bapa Zira, suatu ketika dulu. Dalam kalangan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM), pemakaian selempang merah jambu hanya akan diberikan kepada pelajar yang berjaya mendapat Anugerah Dekan setiap semester hingga melayakkan mereka menamatkan pengajian dalam kelas pertama.

Kongsi pelajar bijak ini, “Masa konvo diploma keluar dari dewan, abah tanya “Kenapa kau tak dapat first class? Kenapa kawan kau pakai selempang pink kau tak pakai?”

Dengan rasa sedih jawab, “Orang tak dapat selempang pink sebab orang second class. Ada dua semester orang tak dekan (Anugerah Dekan).”

Abah balas, “Lain kali belajar la betul-betul dapatkan dekan. Boleh konvo dengan first class pakai selempang pink mcm kawan-kawan kau tu.”

Menitis Air Mata… Kisah SELEMPANG PINK Si Anak ‘Leburkan’ Hati Kental Seorang AYAH!

Hati anak mana tak sedih bila raut wajah si bapa menunjukkan reaksi muram kerana si anak gagal memberikan keputusan terbaik. Enggan membuatkan hati seorang bapa kecewa dengan perkara sama, Hazirah berazam ‘menghadiahkan’ selempang merah jambu tersebut kepada insan kesayangannya itu.

“Sejak dari tu terus nekad dalam hati untuk buktikan dekat abah yang satu hari nanti anak abah akan graduate in first class and pakai selempang pink macam yang abah nak. Kata-kata abah sejak dari tu terus terpahat dalam diri dan berazam sepanjang pengajian degree.

Setiap kali malas atau penat belajar terus ingat yang abah nak anak dia pakai selempang pink masa konvo nanti. Dan mak dengan abah tak pernah kata penat cari rezeki nak bagi duit untuk kau belajar. Sepanjang pengajian selama 3 tahun setengah cuba untuk usaha sungguh-sungguh dapatkan dekan setiap sem dan akan pastikan sampai ke akhir semester.

Dan hari ini 26/3/2019, masa peluk abah terus bisik, “Abah, hari ni anak abah dah buktikan yang anak abah graduate in first class dan pakai selempang pink macam yang abah nak dulu. Abah ingat lagi tak? Abah nak sangat tengok orang pakai kan. Orang buat semua ni untuk Mak dan Abah. TERIMA KASIH MAK ABAH. Tanpa doa dan cabaran abah dulu takkan berjaya orang hari ini.

Menitis Air Mata… Kisah SELEMPANG PINK Si Anak ‘Leburkan’ Hati Kental Seorang AYAH!

Menitis Air Mata… Kisah SELEMPANG PINK Si Anak ‘Leburkan’ Hati Kental Seorang AYAH!

Hanya satu je abah balas sambil menangis dan peluk. “Terima Kasihhhh.. Terima kasih.. Terima kasihh.”

Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan ketika ini. Air mata menangis kegembiraan dari ibu bapa ketika melihat kejayaan anaknya yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan hasil titik peluh mereka. Allahu. Semoga Allah merahmati dan memberi peluang kepada diri ini untuk terus berbakti.”

Baiknya hati Hazirah… graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dan Kesihatan UiTM ini. Dia sedar kepayahan yang terpaksa ditanggung ibu bapanya demi membiayai pengajian di menara gading. Memang itulah yang sepatutnya dibuat oleh anak-anak. Tekun belajar hingga mampu membanggakan mereka berdua.

Untuk memenuhi impian bapa yang mahu melihat dirinya berjaya menjadi guru, Hazirah tanpa teragak-agak memilih bidang perguruan sebagai kerjaya. Alhamdulillah, dia kini bertugas menjadi guru di sebuah sekolah swasta.

Pesannya lagi, “Di saat kita merasakan diri kita tidak mampu melakukan sesuatu, tetapi ibu bapa kita tetap menyokong kerana mereka lebih mengetahui kemampuan anak mereka. Jangan mudah putus asa sebelum berjaya!”

Allahu, sejuk perut ibu mengandung! Moga lebih ramai lagi anak kenang jasa seperti Hazirah wujud di dunia ini. Bukan saja cemerlang akademik tapi juga cantik peribadi.

 

Kredit: Facebook Zira Ayang

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI