Beruntungnya sekiranya mempunyai kawan-kawan baik yang sentiasa berada di sisi saat susah dan senang. Bukan mudah nak mengekalkan persahabatan dalam tempoh yang lama apatah lagi apabila masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Menunggu Hari Bersalin, Rakan-Rakan Baik Anjur Baby Shower Untuk Rai DATIN RITA SOSILAWATI

IKLAN

Bagi Datin Rita Sosilawati, dirinya cukup bertuah memiliki rakan-rakan baik yang sentiasa berada di sisinya dalam apa jua keadaan sekalipun.Umum mengetahui dirinya kini sedang sarat hamil anak ke 5 yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Terdahulu, awal tahun 2022 Rita diuji dengan keguguran namun rezeki buat dirinya apabila disahkan hamil pada penghujung tahun lalu.

Menunggu Hari Bersalin, Rakan-Rakan Baik Anjur Baby Shower Untuk Rai DATIN RITA SOSILAWATI

Menurut Datin Rita ketika dihubungi oleh penulis berkata dia sebenarnya tidak tahu menahu mengenai majlis tersebut kerana ia dirancang dengan baik oleh rakan-rakannya dengan kerjasama dari suami tersayang, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah.

“Antara mastermind untuk anjurkan majlis baby shower tersebut ialah Fasha Sandha dan suami saya turut ‘bersubahat’ dengan mereka untuk perancangan majlis ini,” ujar Rita yang mesra dan murah dengan senyuman.

Menunggu Hari Bersalin, Rakan-Rakan Baik Anjur Baby Shower Untuk Rai DATIN RITA SOSILAWATI
Datin Rita bersama sahabat-sahabat baik yang meraikan baby shower untuk dirinya baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai usia persahabatan yang telah terjalin dengan sahabat-sahabatnya itu, menurut Datin Rita persahabatan mereka sudah terjalin lebih dari 10 tahun. Malah Rita tidak menyangka rakan-rakan baiknya itu memberi kejutan istimewa buat dirinya apatah lagi masing-masing sememangnya sibuk dengan kehidupan masing-masing.

Menunggu Hari Bersalin, Rakan-Rakan Baik Anjur Baby Shower Untuk Rai DATIN RITA SOSILAWATI

“Saya terkejut dan sememangnya terharu bila diraikan sebegitu. Mana tidaknya, mengikut perancangan awal, Fasha hanya kata nak jumpa untuk borak-borak. Sekali, bila tiba  di restoran, disambut dengan rakan-rakan yang lain.

Menunggu Hari Bersalin, Rakan-Rakan Baik Anjur Baby Shower Untuk Rai DATIN RITA SOSILAWATI

IKLAN

Memandangkan ini merupakan kandungan kelima, sudah tentu saya tidak merancang sebarang majlis baby shower kerana segan la bila dah masuk anak kelima masih diraikan sebegitu.

Menunggu Hari Bersalin, Rakan-Rakan Baik Anjur Baby Shower Untuk Rai DATIN RITA SOSILAWATI

Tapi saya gembira dan rasa amat disayangi oleh kawan-kawan  apabila mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk meraikan ‘mak buyung’ ni,” ujar Rita Sosilawati yang mengharapkan doa para peminat untuk menyambut kedatangan orang baharu dalam keluarganya tidak lama lagi.

IKLAN

Menunggu Hari Bersalin, Rakan-Rakan Baik Anjur Baby Shower Untuk Rai DATIN RITA SOSILAWATI

Soon to be seven (7) of us🥰..

klu kita cerita since monday hari tue sis dah bukak 2cm .. tapi ada urusan kerja yang tak settle lagi.. kita tahan beranak jap🤣🤣🤣 boleh tak ?

Untuk rekod Rita berkahwin dengan Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah dan pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.

Meskipun sibuk dengan keluarga dan urusan perniagaan, usahawan ini membuktikan air tangan ibu sebagai pengikat kasih sayang keluarga kerana sering berkongsi menu yang disediakan untuk keluarganya dengan tanda pagar #bilaritamasak.

Ketika artikel ini ditulis, Rita sudahpun berada dalam labour room! Semoga dipermudahkan proses kelahiran anak ke 5 buat Datin Rita Sosilawati!

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI