Diam tak diam, anak bongsu Marion Caunter dan SM Nasaruddin sudah pun mencecah usia lapan tahun. Bersempena ulang tahun kelahiran anak tersayang iaitu Liam yang juga satu-satunya anak lelaki, pasangan romantis berkenaan teruja mengadakan sambutan hari lahir Liam di kediaman mereka baru-baru ini.

IKLAN

Menerusi perkongsian di media sosial, pengasas bersama My Hair Play dan More by Mare ini memuat naik video dan momen bahagia mereka sekeluarga ketika meraikan hari lahir ke-8 Liam.

Tema bola sepak menjadi pilihan anak lelaki Marion dan SM Nasa ini.

Lengkap menyarung jersi Real Madrid, berstoking dan kasut but, Liam tersenyum gembira di samping dekorasi eksklusif kelab bola sepak ternama dunia itu dan potret bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo. Untung Liam!

Meriah Sambut ‘Birthday’ Anak Lelaki Di Rumah, Kediaman Marion Caunter Pula Jadi Perhatian!
Kredit Instagram @marioncaunter

Dalam pada itu, Marion turut berkongsi kenangan indah menjaga dan membesarkan anak lelaki kesayangan sepanjang lapan tahun Liam dilahirkan sejak 26 Ogos 2015.

Ujarnya, “Taking a trip down memory lane as my last baby turns 8 today. Oh how they grow. Happy happy birthday to my shy, football loving baby boy. Mommy and daddy pray you grow up to be a good, kind, humble, respectful and loving man. We love you so much Liam.

Liam had the best birthday doing 2 things he loves the most, playing football with his team mates and hanging with family. Thank you all for being there. You made birthday boy’s day.”

IKLAN

Lebih meriah, Marion turut mengenakan jersi bola sepak bersama-sama dua lagi anak perempuan. Meskipun hanya disambut di rumah tapi cukup meriah.

Meriah Sambut ‘Birthday’ Anak Lelaki Di Rumah, Kediaman Marion Caunter Pula Jadi Perhatian!
Kredit Instagram @marioncaunter
Meriah Sambut ‘Birthday’ Anak Lelaki Di Rumah, Kediaman Marion Caunter Pula Jadi Perhatian!
Kredit Instagram @marioncaunter
Meriah Sambut ‘Birthday’ Anak Lelaki Di Rumah, Kediaman Marion Caunter Pula Jadi Perhatian!
Kredit Instagram @marioncaunter
Meriah Sambut ‘Birthday’ Anak Lelaki Di Rumah, Kediaman Marion Caunter Pula Jadi Perhatian!
Kredit Instagram @marioncaunter
Meriah Sambut ‘Birthday’ Anak Lelaki Di Rumah, Kediaman Marion Caunter Pula Jadi Perhatian!
Kredit Instagram @marioncaunter

Tidak sekadar mengamati majlis hari lahir Liam, salah satu gambar kanak-kanak lelaki ini yang memperlihat persekitaran rumah berlatarbelakang kolam renang menarik tumpuan warga maya.

IKLAN

Rata-rata followers dan peminat Marion terpesona dengan kediaman mewah bekas pengacara televisyen tersebut.

Ada yang berpandangan mahligai yang didiami Marion dan SM Nasa seperti pusat beli belah yang mempunyai landskap indah, kolam renang dan luas!

Meriah Sambut ‘Birthday’ Anak Lelaki Di Rumah, Kediaman Marion Caunter Pula Jadi Perhatian!
Kredit Instagram @marioncaunter
Meriah Sambut ‘Birthday’ Anak Lelaki Di Rumah, Kediaman Marion Caunter Pula Jadi Perhatian!
Kredit Instagram @marioncaunter
Meriah Sambut ‘Birthday’ Anak Lelaki Di Rumah, Kediaman Marion Caunter Pula Jadi Perhatian!
Kredit Instagram @marioncaunter

Marion Rose Caunter kini berusia 42 tahun dan berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010. Hampir 13 tahun mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Leia, Lana dan Liam.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/leia-rose-tamat-sekolah-rendah-warisi-gen-cantik-marion-caunter-jadikan-ibunya-inspirasi/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI