Cantiknya! Menarik sangat dekorasi hotel ni. Hotel Kloe yang terletak di tengah kota Bukit Bintang, Kuala Lumpur memiliki tarikannya yang tersendiri. Selain ambiennya yang menarik, Hotel Kloe turut memiliki interior serta suasana yang cukup selesa.
Hotel yang bermotifkan seni kraf dan alam ni dimiliki oleh suami kepada hos terkenal, Cheryl Samad. Suaminya, Ng Ping Ho sememangnya seorang usahawan sukses namun pasangan ini cukup low profle.
Seterusnya, apa yang menarik tentang hotel ini selain dekorasinya ialah layanan terbaik daripada penyambut tetamu. Terletak di pusat bandar utama Kuala Lumpur memberi kelebihan kepada hotel ini. Banyak destinasi menarik di sekitarnya yang boleh dikunjungi jika menginap di sini.
Ads
Hotel ini mempunyai sekurang-kurangnya 80 bilik dengan dua jenis bilik berbeza, Bilik City atau Bilik Courtyard, dan lima bilik loteng artis untuk kegunaan tetamu menghabiskan masa bersama keluarga mahupun rakan.
Ads
Buat mereka yang gemar bergambar, inilah tempatnya yang boleh dijadikan lokasi untuk gambar Instagram anda!
Ads
Bagi yang mencari hotel untuk staycation atau short travel, bolehlah berkunjung ke Hotel Kloe ini.
Kredit Foto: Instagram Hotel Kloe
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat anda yang sedang merancang destinasi perecutian untuk hujung tahun ini! Jepun bakal menamatkan sekatan Covid-19 yang dikenakan ke atas pelancong asing dengan pembukaan semula sempadan bermula 11 Oktober ini.
.Menurut Perdana Menteri Fumio Kishida, pelawat individu mula dibenarkan masuk dan Jepun akan mengembalikan pengecualian visa.
Ketika berucap dalam sidang akhbar di New York baru-baru ini, dia mengumumkan bahawa had ketibaan harian di Jepun juga akan berakhir.
Jepun mengumumkan langkah untuk membatalkan sekatan ke atas pelancong asing selepas gelombang wabak menakutkan itu semakin reda.
Dalam pada itu, nilai mata wang Yen turut merosot ke paras terendah berbanding dolar dalam tempoh hampir suku abad, menjadikan kepulauan itu sebagai destinasi yang murah dan menarik untuk pelawat dari luar negara.
Menurut Kishida lagi, pada masa yang sama diskaun untuk perjalanan domestik juga akan diperkenalkan. Sebelum penularan Covid-19, Jepun membenarkan pelawat dari 68 negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat dan Singapura, untuk tinggal selama 90 hari tanpa visa.
Bilangan pengunjung mencapai rekod hampir 32 juta pada 2019, merosot kepada kira-kira 246,000 tahun lalu.
Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan perubahan kepada undang-undang yang membolehkan hotel menolak tetamu yang enggan mematuhi langkah kawalan jangkitan.
Berbeza dengan kebanyakan negara, topeng muka kekal digunakan secara universal di Jepun walaupun pada masa ini tiada kewajipan undang-undang untuk menggunakannya.
Sumber: https://www.jnto.go.jp/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Innalillahwainnailaihirojiun. Merafak sembah takziah buat seluruh kerabat Negeri Sembilan di atas berita sedih kemangkatan Yang Maha Mulia (YMM) Tunku Ampuan Tuanku Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin.
Almarhumah mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur pada 6.53 pagi tadi.
Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, YMM Tunku Najihah baharu sahaja menyambut hari keputeraan ke-100 pada 1 September lalu.
Kredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjns
Almarhumah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman dari tahun 1994 hingga 1999.
Perkhabaran kemangkatan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim menerusi satu kenyataan hari ini.
Memetik kenyataan itu, “Jenazah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini, 8 September 2023 bersamaan dengan 22 Safar 1445H selepas waktu Asar.
Kredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjns
“Tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah Yang Maha Mulia Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan adalah selama satu hari iaitu pada hari ini, Jumaat, bersamaan dengan 8 September 2023.”
Datuk Mohd Zafir memaklumkan semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan.
Selain itu, semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa.
Semoga roh Almarhumah dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Walaupun baru berusia 20 tahun dan masih ‘setahun jagung’ dalam industri hiburan, nama Haqiem Rusli telah mendapat tempat di industri muzik tanah air dan hati peminatnya. Haqiem mula popular dengan lagu Segalanya selepas lagunya itu menjadi sajian halwa telinga pencinta muzik khususnya remaja. Malah, bakat mencipta lagu Haqiem Rusli juga menjadi bualan artis-artis senior dan ternyata berasa kagum dengan kebolehannya itu.
Namun, sekitar Jun lalu industri hiburan dikejutkan dengan keputusan penyanyi itu untuk berhenti menyanyi akibat tekanan yang dialaminya sehingga dia bertindak untuk delete semua gambar di Instagram miliknya. Haqiem turut mendedahkan dia sudah mengalami depresi sejak daripada awal tahun dan beberapa masalah sampingan lain hingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi.
Bagaiamanapun dia mengambil masa sebulan untuk mempertimbangkan semula keputusan tersebut dan meminta para peminatnya untuk menunggu keputusan sehingga bulan Julai. Namun, tindakan Haqiem yang dikatakan menggunakan isu depresi untuk melancarkan singel terbaru beliau yang berjudul Selamat Tinggal Sayang mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk netizen dan juga rakan artis sendiri.
Semalam, Haqiem bersama pihak FMC Music mengadakan sidang media tergempar mengenai isu ini untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya selain meminta maaf secara terbuka.
“Salah faham mengenai pengakuan saya tentang kemurungan sebelum ini berlaku atas sebab saya menggunakan perkataan salah dalam menjelaskan situasi yang saya hadapi.
“Saya bukan orang yang pandai, ketika saya pakai perkataan kemurungan, mungkin saya salah pilih perkataan untuk menggambarkan situasi saya. Tetapi saya tak tipu mengenai keadaan yang saya alami,” katanya.
Tambah pemilik nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli ini, dia mengalami kemurungan ringan kerana tekanan kerja, masalah tidak boleh tidur di waktu malam, berat badan tidak konsisten serta menerima banyak kecaman netizen.
“Saya tak tipu, takkanlah saya nak main-main dengan perkara ini. Saya menghadapinya dan menegaskan sekali lagi ia benar kerana saya menanggungnya seorang diri dan situasi ini bukan gimik untuk melancarkan single terbaru saya yang berjudul Selamat Tinggal Sayang,” jelasnya lagi.
Antara yang paling terkesan dengan isu ini adalah Ernie Zakri, Wany Hasrita dan Ara Johari kerana mereka rasa tertipu dan dipergunakan dalam satu rancangan temubual radio swasta baru-baru ini yang meminta mereka untuk memberi ‘sokongan’ kepada Haqiem tentang rancangan gimik dan depresi ini yang telah lama dirancang.
Turut yang tidak bersetuju dengan tindakan Haqiem Rusli ini ialah artis-artis senior seperti Akim, Faizal Tahir dan Adibah Noor yang turut menjelaskan isu depresi ini tidak seharusnya dibuat main dan digunakan untuk sekadar gimik atau strategi pemasaran.
Diharapkan perkara yang terjadi ini boleh dijadikan pengajaran kepada artis lain, terutamanya artis baharu yang ingin menapak dalam industri hiburan ni. Tidak semua perkara boleh dibuat main ya. Selain itu, hubungan bersama rakan artis yang lain juga harus dijaga, lagi-lagi kalau berada dalam satu syarikat rakaman yang sama. Tidak seharusnya syarikat rakaman mempergunakan artis untuk kepentingan artis yang lain.
sumber: astroawani.com
foto: twitter, instagram, facebook
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!