Jinkee Pacquiao

Melihat gaya hidup mewah Jinkee Pacquiao hari ini pasti membuatkan ramai yang berasa cemburu. Mana tidaknya, selain dilimpahi dengan kesenangan wang ringgit isteri kepada senator popular di Filipina yang juga atlet tinju terkemuka dunia ini juga cukup bertuah kerana dikurniakan ‘harta’ paling bernilai iaitu lima orang cahaya mata mereka.

Mengintai kehidupan Jinkee, wanita cantik ini memiliki apa yang diimpikan setiap wanita. Kebahagiaan berkeluarga, kaya, ternama dan berjaya!

IKLAN

Namun di sebalik kemewahan yang dinikmati hari ini, Jinkee dan suaminya Manny Pacquiao pernah melalui liku hidup yang sukar. Mereka pernah hidup sengsara kerana selain kerjaya tinju suami yang kurang bersinar, Pacquiao juga dikhabarkan seorang suami yang gemar berfoya-foya, berjudi dan kaki minum.

Dek kerana sikap negatif suami, Jinkee pernah terfikir untuk bercerai namun kerana sayangkan ikatan yang telah terbina dia sanggup bersusah-payah membantu membina semula kerjaya suami sehingga berjaya seperti sekarang.

Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri!

Menurut GMA News, pasangan ini kembali menghangatkan hubungan yang kian retak menanti belah dengan menikmati bulan madu kali kedua mereka.

Dan buat pertama kalinya, Jinkee yang juga penerbit filem dan personaliti media Filipina ini hadir menemani suami tercinta ke pusat latihan tinju di Los Angeles. Dari situlah bermulanya perubahan positif Pacquiao hingga melonjakkan namanya selaku ahli tinju terkemuka dunia yang dikecapi hari ini.

Berkat sokongan Jinkee dan usaha keras, Pacquiao atau lebih dikenali dengan gelaran PacMan di gelanggang tinju telah dianugerahkan Fighter of the Decade pada 27 Julai 2009.

Sehingga ke saat ini, Manny Pacquiao tersenarai dalam The 20 Richest Boxers In The World 2019 dan dia menduduki tangga keenam dengan meraih pendapatan setinggi USD190
juta.

Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri!

Memetik laporan Forbes pula Pacquiao antara 2019 The World’s Highest-Paid Athletes Earnings dengan pendapatan berjumlah sekitar USD26 Juta bagi setiap perlawanan yang dimenanginya.

Menurut Post Magazine, ahli tinju berkenaan dilaporkan membeli rumah agam di Beverly Hills bernilai USD12 juta yang dahulunya pernah didiami rapper Sean Combs. Pada 2010 Pacquiao dicalonkan sebagai Philippine House of Representatives dan bergelar Senator pada tahun 2016.

IKLAN

Terbaharu, suami Jinkee menghantar borang pencalonan untuk bertanding sebagai Presiden republik tersebut bagi tahun 2022. Difahamkan Manny tidak berpuas hati dengan pentadbiran Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang dikatakan terlibat dengan skandal rasuah. Manny dipilih sebagai pemimpin parti politik PDP-Laban pada Julai lepas bertekad mahu membantu rakyat Filipina yang tertindas.

Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri!

Terus setia memberi sokongan terhadap suami tercinta, wanita berusia 42 tahun ini menerusi perkongsian di Instagram miliknya memperlihatkan gaya hidup mewah dengan berkongsi kediaman mereka yang besar dan eksklusif serta cita rasa fesyennya. Gemar bergaya dengan jenama mahal dari hujung rambut ke hujung kaki… Jinkee turut mempunyai koleksi beg tangan Hermes pelbagai saiz dan jenis.

Bahkan usahawan kosmetik ini juga merupakan penggemar jenama Christian Dior, Chanel, Louis Vuitton dan banyak lagi. Itu belum lagi kira kasut, jam tangan, baju, cermin mata hitam dan bermacam-macam aksesori lain yang ada dalam simpanannya.

IKLAN

Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri! Mewahnya Rumah Agam ISTERI CALON PRESIDEN FILIPINA Ini, Siap Ada Private Resort Sendiri!

Bukan hanya Jinkee bahkan kelima-lima anak mereka turut mengenakan persalinan mewah dan eksklusif dari label terkemuka. Disebabkan status suami sebagai senator dan antara ahli tinju terkaya di dunia, keluarga ini dikawal dengan beberapa pengawal peribadi yang mengiringi percutian mereka tidak kira di dalam mahupun luar negara.

Selain mempunyai beberapa rumah agam di Filipina dan kediaman elit di Los Angeles, mereka juga dikhabarkan memiliki sebuah resort persendirian di Sarangani Province.

 

 

Sumber: Post Magazine & Forbes / Foto: Instagram Jinkee Pacquiao

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI