Mewahnya Rumah Baru WAWA ZAINAL & AERIL ZAFREL, Siap Ada Mini Surau!

719

Untung Wawa Zainal dapat suami yang sanggup berhabis duit untuk kediaman demi keselesaan isteri dan anak-anak. Sambil berseloroh tentang rumah barunya itu, Aeril Zafrel berkata “Tips nak bagi perempuan duduk kat rumah… kita hiaskan rumah cantik-cantik. Betul ke?” Alahai, kalau rumah dah cantik macam ni… bukan isteri je yang ‘melekat’ dekat
rumah, anak-anak pun happy!

Berkongsi momen gembira itu bersama para peminat di Instagram masing-masing, kediaman tiga tingkat milik pasangan selebriti ini turut menggunakan khidmat perunding hiasan dalaman terkenal, Lentera Creative Home. Memang cantik, mewah dan elegan.

Bukan saja bijak memilih perabot serba mewah dan moden, gabungan warna dinding dan perhiasan juga berjaya mencipta suasana tenang dan mendamaikan. Bertepatan dengan konsep Modern English yang diinginkan Wawa dan Aeril, Lentera Creative menzahirkan kreativiti dengan mewujudkan fire place di sudut ruang tamu. Unik, tak ubah macam rumah orang Inggeris!

Dalam menggarapkan kemewahan ruang privasi seisi keluarga, pasangan ini tidak lupa menyediakan satu ruang khas untuk bersolat atau mini surau. Walaupun ia hanya mampu menampung jumlah jemaah yang kecil, tapi ia menghimpunkan makna yang besar dalam sesebuah kediaman.

Mengambil masa setahun untuk menyiapkan segala proses pengubahsuaian, mahligai mewah ini nyata hadiah termanis buat suami isteri ini setelah enam tahun melayari bahtera perkahwinan. Dikurniakan sepasang anak perempuan dan anak lelaki comel, Wawa dan Aeril adalah lambang potret keluarga bahagia.

Bahkan mereka berdua juga cukup cemerlang dalam perniagaan kosmetik yang diusahakan. Sebelum ini Wawa dan Aeril turut menjadi perhatian masyarakat apabila kedua-duanya saling menghadiahkan kereta mewah sebagai tanda penghargaan. Murah betul rezeki mereka.

 

Kredit: Instagram Wawa Zainal, Aeril Zafrel & Lentera Creative Home

Jangan Lupa Komen