
Menontonlah sesuatu perkara dengan ilmu. Begitu nasihat Peguam Syariah, Rabiatul Adawiyah Ramli tentang peminat drama 7 Hari Mencintaiku 2 berkenaan babak Khuzairi ‘melepaskan’ isterinya, Mia Adriana semasa akad nikah.
Siapa tengok drama 7 Hari Mencintaiku 2 tadi? Fokus time Khuzairi halau Mia. Kalau nak tahu itulah antara bentuk lafaz cerai secara KINAYAH yang perlu dibuat pengesahan ye.
Antara contoh Lafaz Kinayah (sindiran):
- “Mia pergi Mia! Mia pergi! Abang taknak tengok muka Mia lagi!”
- “Mak, Ri tak boleh tengok muka dia lagi mak, suruh dia keluar!”
- “Ri dah tak boleh nak halang, Ri dah tak boleh nak gapai, sebab tu Ri bagi dia pergi.”
- “Mia, pergilah sejauh mana yang Mia nak, semoga hidup awak lepas ni akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi.”
Cerita-cerita juga, mana yang dapat kita tapis jadikan ilmu dan pengajaran tu kita ambil. Yang mengada-ngada, yang jadi batu api, yang jadi perampas, yang jadi bongkak, hidung tinggi dan lain-lain watak dalam cerita tu jangan diambil pulak.
Bila dah jadi macam kat atas tu, lebih-lebih lagi bila rasa was-was dan ragu-ragu, adalah sebaiknya buatlah PENGESAHAN LAFAZ di Mahkamah Syariah di tempat maustatin.
Untuk apa?
“Kan mengambil langkah berhati-hati itu jauh lebih baik dari sikap sambil lewa.”
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu. Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dikirakan bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan bergurau (main-main) dikirakan bersungguh-sungguh juga iaitu nikah, talak dan rujuk.”
Apa yang penting. Jangan main-main dengan hukum. Bab kenapa Mia dan Khuzairi berbaik macam biasa macam tak ada apa yang berlaku je tu mungkin sebab Pengarah nak adakan sambungan 7 Hari Mencintaiku 3.
Apa yang penting menontonlah sesuatu perkara dengan ilmu. InsyaAllah banyak manfaat dan iktibarnya.
Sumber: Rabiatul Adawiyah Ramli
Terbuka Hati Ambil 6 Anak Angkat, Jiwa Murni Pengasas Yayasan Chow Kit DATO’ DR HARTINI!

Keprihatinan dan jiwa murni yang menebal dalam diri Dato’ Dr Hartini Zainudin mendorongnya bergiat aktif dalam dunia kebajikan sejak lebih 30 tahun lalu. Tidak mengharapkan sebarang liputan dan perhatian, jauh sekali pengiktirafan terhadap kerja-kerja kemanusiaan yang dilakukan berdekad lamanya, Dato’ Dr Hartini bagaimana pun bersyukur Yayasan Chow Kit berjaya membantu dan memberi perlindungan kepada 10,000 kanak-kanak sejak ia ditubuhkan.
Selaku Pengasas Yayasan Chow Kit, Dato’ Dr Hartini menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), agensi kerajaan dan korporat serta beberapa NGO lain demi memastikan misi penubuhannya tercapai.
Berkongsi suka duka menguruskan badan amal itu selama 17 tahun, pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Monitoring and Assessment (Education) dari Columbia University, New York ini membuka bicara.




“Yayasan Chow Kit adalah sebuah komuniti yang saling menjaga di antara satu sama lain dan mementingkan hubungan kekeluargaan. Saya sangat sayangkan kanak-kanak. Tak kisah walau apa pun terjadi, saya tetap sayangkan mereka.
Saya beri jaminan yang kanak-kanak di bawah jagaan kami berada dalam keadaan selamat, dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. Ada yang tanya, kenapa kanak-kanak di sini tak nampak kotor dan selalu gembira. Itu bermakna kami buat kerja,” ulas Dato’ Dr Hartini sambil tertawa.
Ditanya mengapa bidang kebajikan kanak-kanak menjadi pilihan sedangkan mempunyai kelulusan tinggi dari luar negara, ini jawapan jujur Dato’ Dr Hartini. “Arwah ayah pernah tanyakan perkara sama kepada saya dulu. Jawapannya mudah, sebab saya ada peluang dan tidak pernah menyangka ada kanak-kanak terpinggir, tak bersekolah dan tak makan di Malaysia.
Saya pernah bekerja dengan United Nations (UN) yang membantu golongan kanak-kanak pelarian tapi saya balik ke Malaysia semula sebab ini cara saya untuk menyumbang kepada masyarakat. Ini juga adalah minat saya dan saya tak boleh masuk ke bidang lain walau dah cuba. Jadi, bidang ini saja yang saya mahu buat.”


Yayasan Chow Kit kini beroperasi di dua buah tempat iaitu Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) dan Kuala Lumpur Krash Pad (KLKP) serta sebuah rumah perlindungan. PAKK menempatkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dengan memberikan mereka persekitaran sihat untuk pembelajaran dan bermain. Sementara KLKP pula dikhaskan untuk golongan remaja berusia 13 hingga 18 tahun.
Lebih tiga dekad bergelumang dalam kerja-kerja kebajikan, pelbagai kisah menyayat hati yang disimpan kemas Dato’ Dr Hartini. Ugutan dan berselisih pendapat dengan pihak berkuasa bagaikan sudah sebati dengan dirinya sepanjang perjuangan murni ini.
“Ada seorang ayah ini cuba jual anak dan dia masuk penjara selama dua bulan. Masa dia keluar 100 kali dalam sehari dia mesej ugut dan ikut saya. Saya terpaksa dapatkan perlindungan daripada polis selama dua minggu. Sudahnya saya terpaksa sembunyikan anak-anak daripada ayah mereka dan saya tak datang kerja selama beberapa bulan.

Mengulas harapan terhadap kanak-kanak di bawah jagaannya andai suatu hari nanti dia tiada lagi di sisi, Dato’ Dr Hartini dalam nada sebak meluah isi hati.
“Saya suka buat kebajikan. Saya mahu kanak-kanak ini buat yang terbaik bukan saja untuk keluarga tetapi juga kepada masyarakat. Saya tak pernah paksa mereka tapi harap-harap ada di antara kanak-kanak yang saya ajar dan jaga ini meneruskan perjuangan saya supaya tiada lagi kanak-kanak yang terpinggir, terbiar dan menderita di negara kita.”
Sepanjang pembabitan dalam bidang ini, Dato’ Dr Hartini terbuka hati mengambil enam orang kanak-kanak sebagai anak angkat. Kini mereka hidup selesa dan menginjak usia remaja selain amat menyayangi insan berjiwa murni ini yang sudah pun dianggap seperti ibu mereka.
Lelaki Ingin Melihat Wanita Atau Isterinya Cantik, Samalah Juga Dengan Wanita!

WANITA dikatakan sebagai perhiasan dan pelengkap dalam sesebuah kehidupan. Wanita juga dikatakan racun juga penawar terhadap segala penyakit di muka bumi Tuhan ini. Inilah kelebihan dan keistimewaan kaum wanita. Wanita disarankan agar sentiasa tampil cantik, kemas, bersih serta berbau harum. Namun ada syarat yang dikenakan untuk melalui frasa ini. Semua kecantikan tersebut haruslah semata-mata untuk insan bergelar suami.
Tidak dinafikan disinilah terletaknya kelebihan buat kaum hawa. Memperkemaskan diri, bersih berserta dengan harum-haruman dan jika ia dilakukan untuk suami, dianggap sebagai suatu ibadat.
Melakukan ibadat sebenarnya perlulah dengan penuh keikhlasan, pahala ganjarannya. Begitu mudah untuk wanita yang bergelar isteri memperoleh pahala. Dan sebaliknya jika ia dilakukan bukan untuk suami, dan suami tidak menghalang, suami pula yang akan menanggung dosa tersebut.
Tetapi apabila disebut tentang penampilan, sepatutnya ia bukan hanya ditujukan kepada kaum wanita. Bahkan, lelaki juga disarankan agar sentiasa kemas, bersih dan wangi ketika berada di rumah. Tetapi ada juga dikalangan lelaki yang gagal melaksanakan keperluan ini. Mereka tidak mempedulikan penampilan diri ketika di rumah atau ketika bersama isteri.
Di luar rumah, merekalah lelaki paling kacak dan begitu berkarisma. Sebaliknya pula ketika dirumah.. Saban hari dengan baju-T Pagoda lusuh dan kain pelekat atau seluar pendek lusuh tanpa berbaju. Rambut tidak disikat kemas dan badan pula berbau tengik kerana malas hendak membersihkan diri.
Dalam hal ini mungkin ada yang akan bergebang, isterilah yang bertanggungjawab dalam menonjolkan imej suami. Memang tidak dinafikan.. Tetapi jika penampilan di rumah pun perlu ditentukan oleh isteri, alamatnya bertambahlah lagi beban dan tanggungjawab sedia ada si isteri.
Kenyataannya, seperti mana lelaki yang sentiasa ingin melihat wanita atau isterinya cantik, demikian jugalah halnya dengan wanita. Mereka juga mempunyai citarasa.
Sentiasa ingin melihat suaminya kemas, bersih dan berketrampilan.
Kebersihan
Soal penampilan dan kebersihan diri adalah tuntutan agama. Ianya adalah ibadah jika dilakukan dengan ikhlas dan bukan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Tidak kira kepada kaum wanita atau pun lelaki.
Soal penampilan mungkin tidak menjadi masalah. Kerana ia mudah difahami kerana ia boleh dilihat dengan mata kasar. Tetapi dalam soal kebersihan, ia terbahagi kepada dua. Bersih zahir dan bersih batin.
Kebersihan batin boleh dilakukan dengan membersihkan hati dari akhlak-akhlak yang keji, seperti sombong, riak, hasad, cinta keduniaan dan lain-lain. Juga dapat dilakukan dengan mengisi jiwa kita dengan budi pekerti yang terpuji, seperti tawaduk, mempunyai rasa malu, ikhlas, dermawan dan sebagainya.

Salah satu jalan untuk menyelamatkan diri kita dari akhlak-akhlak yang buruk agar memperoleh akhlak mulia telah disebutkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin Juzuk yang ke 11.
Mungkin ada yang berkata, kebersihan batin saja yang boleh dilihat dengan mata kasar atau pun melalui deria bau. Sebenarnya kebersihan batin juga boleh dilihat dengan semua pancaindera. Ini kerana mereka yang bersih batinnya, di wajahnya akan terpancar ketulusan dan ketenangan. Kehadiran mereka sentiasa disenangi.
Kebersihan Zahir
Kebersihan zahir pula dapat diperoleh dengan meninggalkan segala yang bertentangan dengan agama dan menjalankan segala sesuatu yang sesuai dengan tuntutan syariat Islam. Barang siapa menghiasi anggota lahiriahnya dengan beramal soleh serta memperbaiki jiwanya dengan akhlak mulia, maka sempurnalah kebersihannya. Jika masih tidak mencapai kesempurnaan itu, tetapi masih berusaha menjalankan kebersihan itu, ia pun masih mendapatkan bahagian kesempurnaan. Sesuai dengan berapa banyak akhlak keji yang ia hindari dan berapa banyak amal soleh yang ia dilaksanakan.
Termasuk dalam kategori kebersihan zahir iaitu menghilangkan segala kotoran di dalam tubuh, bersuci dari hadas dan najis, menghilangkan bulu yang ada di ketiak, mencukur kumis serta memotong kuku. Makruh melambatkan membersihkan hal-hal yang tersebut hingga empat puluh hari.
Kebersihan zahir yang lain iaitu menghilangkan kotoran yang ada di celah-celah dan lubang yang ada pada tubuh kita, membersihkan kotoran di mata, membuang kotoran yang ada di dalam hidung serta membersihkan gigi terutama ketika hendak menunaikan ibadah .
Selalu membersihkan pakaian yang kotor dan jangan menggunakan air secara berlebihan. Beberapa hal yang berhubung dengan kebersihan adalah meminyak janggut dan menyisirnya, juga sunat merapikan setiap rambut yang dipelihara. Disunatkan bercelak sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah SAW.
Cantik & Berbakat, Ini Gaya Hidup Mewah Anak Pengasas HUAWEI!

Mungkin ramai yang masih tidak mengenali gadis cantik bernama Annabel Yao ini. Tapi kalau sebut tentang jenama telefon pintar terkenal, Huawei pasti ramai yang membayangkan kualiti produk telefon berkenaan yang berasal dari negara tembok besar China itu. Apa kaitan Annabel Yao dengan Huawei? Sebenarnya Annabel Yao ialah anak perempuan yang juga pewaris empayar Huawei milik Ren Zhengfei.
Meniti usia 22 tahun, Annabel yang dilahirkan di Hong Kong merupakan anak kepada Yao Ling iaitu isteri kedua kepada jurutera, Ren Zhengfei. Pengasas Huawei yang terlibat secara langsung dalam pembangunan ekonomi serta politik di China itu dikurniakan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki hasil daripada dua perkahwinannya.
Meskipun perniagaan telefon pintar Huawei semakin dikenali dan digunakan di serata dunia namun selaku pengasas, Ren Zhengfei di negara kelahirannya disifatkan seorang yang low profile. Dia jarang muncul di majlis-majlis rasmi dan sukar ditemubual oleh para media. Pun begitu, Ren Zhengfei terpaksa menyingkirkan sikap tersebut dan bersemuka dengan media apabila isu pengharaman Huawei di Amerika Syarikat mendapat perhatian meluas tidak lama dulu.
Mendekati peribadi dan gaya hidup anak perempuan bongsunya, Annabel merupakan pelajar jurusan Sains Komputer di Harvard. Bercita-cita mahu mempunyai kerjaya dalam bidang perniagaan dan ekonomi, Annabel bukan hanya cemerlang dalam akademik bahkan aktif dalam seni terutamanya apabila dia melibatkan diri sebagai penari balet profesional di Harvard Ballet Company.
Menurut laman web Harvard Ballet Company, gadis cantik ini mula berjinak dalam tarian balet ketika usianya baru 15 tahun di Shanghai. Dari situ, Annabel kemudian meneruskan minatnya dan mendalami seni tarian indah tersebut di sebuah akademi berprestij di United Kingdom.
Kira-kira dua tahun lalu, Annabel menarik perhatian golongan elit di China dan Eropah kerana telah terpilih dalam penganjuran majlis tari-menari Le Bal des Debuntantes di Paris pada November 2018. Ia bukan calang-calang acara kerana hanya gadis sosialit berusia di antara 16 hingga 21 tahun yang memiliki rupa paras cantik, berpendidikan dan lahir dari keluarga ternama khususnya dalam bidang perniagaan, hiburan mahupun politik akan dipilih sebagai peserta majlis tari-menari tersebut.
Daripada 19 gadis cantik yang layak… Annabel ialah salah seorang daripada mereka yang mewakili negara China. Selebihnya berasal dari India, Amerika, Jerman, Hong Kong, Belgium, Perancis, Portugal dan Filipina. Kesemua mereka dilaporkan bertemu dengan jejaka dari keluarga elit lain di serata dunia untuk saling mengenali dan bersosial dalam kelas bangsawan.
Dua hari sebelum majlis tari-menari bermula, Annabel dan peserta wanita lain sempat beramah mesra, menjalani latihan tarian bersama-sama selain terlibat dalam sesi fotografi. Peserta wanita turut diberi soalan tentang gaya fesyen yang digemari mereka di samping diminta memilih busana pilihan masing-masing. Pada majlis itu, Annabel memilih untuk menggayakan gaun indah rona champagne rekaan J Mendel.
Kata Annabel, “Bagi individu yang memiliki segala-galanya lebih daripada orang lain, adalah sangat penting bagi anda untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Seboleh-bolehnya saya mahu melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan dan kebajikan serta lebih selesa menganggap diri saya seperti gadis biasa lain. Yang perlu bekerja keras untuk berjaya dan berusaha menjadi individu yang lebih baik setiap hari.”
Biarpun sibuk dengan rutin harian sebagai pelajar, Annabel gemar menghabiskan masa bercuti ke luar negara termasuk ke New York, Paris dan beberapa tempat percutian menarik di dunia. Dia juga dilihat sering memakai pakaian dan aksesori berjenama mewah seperti Chanel, Dior, Louis Vuitton dan sebagainya.
Menyingkap latar belakang anak pengasas Huawei ini lagi, Annabel mempunyai seorang kakak bernama Sabrina Meng Wanzhou berusia 48 tahun yang merupakan antara orang terpenting dalam empayar Huawei.
Sumber: South China Morning Post