Mempertaruhkan perniagaan berasaskan perkahwinan adalah langkah bijak Juara Akademi Fantasia Musim Ke-5 ini mengembangkan empayar perniagaannya. Mila Jirin dapat menghidu peluang dan melihat dengan jelas bahawa asas perniagaan ini tidak akan berpenghujung.
Hampir setiap hujung minggu pasti ada pasangan yang mengikat ikatan perkahwinan dan merealisasikan impian dengan meraikan sanak-saudara di majlis resepsi mereka. Menyediakan sebuah hub perkahwinan di bawah satu bumbung membuat pasangan mempelai tidak perlu runsing tentang persiapan perkahwinan menjelang hari bahagia.
“Bizmilla Catering merupakan sebuah pakej perkhidmatan lengkap perkahwinan buat pasangan pengantin. Pasangan muda kini mempunyai impian perkahwinan tersendiri dan bijak merencana konsep perkahwinan mereka.
Di Bizmilla saya menawarkan 8 jenis dewan yang berbeza mengikut konsep yang menjadi pilihan pasangan pengantin. Boleh dikatakan saya menyediakan perkhidmatan dari hujung rambut sehingga hujung kaki sahaja. Pengantin hanya perlu senyum persis Raja dan Permaisuri sahaja di majlis perkahwinan, Bizmilla Catering yang settle semua,” tutur Mila Jirin atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin memulakan bicara.
Perniagaan yang diasaskan dan diusahakan bersama-sama suami tercinta, Ailis Mustapha ini sudah empat tahun meniti daripada bibir ke bibir pengantin di sekitar Lembah Klang. Meletakkan Bizmilla berada di platform yang kukuh dalam bidang ini, Mila mula mengatur langkah mengembangkan empayar perniagaan di luar Kuala Lumpur dan Selangor dengan merancang untuk bertapak di utara dan selatan tanah air.
“Saya mahu membuka cawangan di negeri lain kerana terdapat permintaan yang tinggi. Mungkin ada di kalangan mereka pernah menghadiri majlis resepsi saudara-mara yang lain dan menyuarakan hasrat agar ada kemudahan ini di tempat mereka juga,” bicara Mila tersenyum manis sambil membariskan susunan gigi yang cantik.
Ads
Sebagai Pengarah Urusan Bizmilla Catering cabaran dan persaingan adalah lumrah biasa perniagaan dan sentiasa dipandang positif oleh wanita yang berusia 30 tahun ini. “Bagi saya untuk kekal relevan dalam industri ini kita perlu sentiasa menaik-taraf perkhidmatan yang disediakan dan mengekalkan mutu perkhidmatan yang terbaik.
Memikat hati pelanggan dengan perkhidmatan yang baik adalah penting untuk terus berdiri dalam bidang ini. Sebagai contoh, dewan perkahwinan di Bizmilla setiap tiga bulan sekali akan menukar susun atur dan dekorasi mengikut trend yang popular dan menjadi pilihan pasangan pengantin.
Justeru, tidaklah tetamu yang hadir melihat dewan yang sama sahaja sepanjang zaman. Saya juga biasanya akan mengeluarkan pakej terkini seiring dengan perkembangan industri perkahwinan.
Menjadi wanita sukses sudah pasti menjadi impian setiap orang apatah kini Mila kini telah berstatus seorang jutawan. Bergelar jutawan muda sedikit sebanyak telah menyuntik semangat wanita lain untuk terus berusaha dalam perniagaan sehingga mengecap kejayaan.
Ads
“Sekarang saya mula membuat perkongsian tentang perniagaan dan bekerjasama dengan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan, turun padang berkongsi pengalaman dengan mereka yang memerlukan,” tuturnya lembut dan menjadikan Tony Fernandez sebagai inspirasinya untuk terus berjaya.
Bizmilla Catering ingin menjadikan perkahwinan anda realiti bukan lagi mimpi. Jadi siapa yang dah plan nak langsungkan perkahwinan tahun 2020? Kami ada berita baik untuk anda!
Tempah AWAL dan nikmati DISKAUN sehingga RM2,000 hanya di @bizmilla_catering
Tempahan 2020 DIBUKA. Hubungi SEGERA!!
#FullWeddingPackage @bizmilla_catering di DEWAN Bizmilla BERMULA dari RM25/PAX untuk SERIBU JEMPUTAN.
Pakej LENGKAP PERKAHWINAN terbaik kami termasuk:
ONE CITY, SUBANG, SELANGOR :
1. Bizmilla Wedding Hall RM26/Pax*
2. Bizmilla Garden Hall RM25/Pax*
3. Bizmilla City Hall RM25/Pax*
4. Bizmilla Event Hall RM30/Pax*
5. Bizmilla Grand Palace Ballroom RM35/Pax*
6. Bizmilla Royal Ballroom RM34/Pax*
CHERAS, KUALA LUMPUR :
1. Bizmilla Insya Hall RM28/Pax*
KAJANG, SELANGOR :
1. Bizmilla Amza Hall RM28/Pax*
*Harga tertera untuk SERIBU PAX
DIRECT Whatsapp untuk INFO LANJUT & FREE FOODTEST APPOINTMENT :
Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat semalam. Keputusan dicapai melalui undi bersurat dalam kalangan ahli Parlimen. Keputusan diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menyaksikan Alice mendapat 146 undi.
Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Ramli daripada Barisan Nasional (BN) dan Alice daripada DAP sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat serta disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Alice Lau Kiong Yieng, berasal dari Sibu merupakan Ahli Parlimen Lanang.
Percubaan beliau di Parlimen Lanang berhasil setelah menang bergaya dengan menewaskan penyandang lima penggal, iaitu Tiong Thai King dengan kelebihan 14,546 undi, atau 19.2 peratus undi, menjadikan beliau wanita pertama dari parti pembangkang yang dipilih sebagai Ahli Parlimen di Sarawak. Beliau telah menyandang kerusi Parlimen Lanang selama dua penggal.
Beliau mengalahkan calon daripada Barisan Nasional (BN) Kong Sien Chiu yang meraih undian sebanyak 15,359 dan calon Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai (PEACE), Priscilla Lau yang hanya mendapat 628 undi.
Ayah beliau, Lau Cheng Kiong merupakan bekas pengerusi cawangan Pelawan bagi Sarawak Progresif Parti Demokratik (SPDP), sebuah parti komponen Barisan Nasional.
Beliau juga pernah dilantik pengerusi baharu Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkuat kuasa 1 Oktober lalu hingga 20 September 2020.
Pelantikan Alice Lau yang memiliki Sarjana Farmasi dari Universiti Strathclyde, Glasgow, Scotland, menggantikan Tan Sri Lee Lam Thye.
Pada Pru15, Alice Lau mewakili DAP akan bertanding di Parlimen P211 Lanang, Sarawak menentang dua lawannya dimana satu daripada mereka adalah calon bebas, dan satu calon dari GPS.
Alice Lau sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Lanang meraih 30,120 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 11,544.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ada sesetengah dari anda mengenali wanita anggun ini dan mungkin ada yang tidak. Isteri kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron ini sedang mencipta nama sendiri di dalam kelompok fesyen global. Walaupun Brigitte Marie-Claude Macron berumur 64 tahun, usia tidak menghalang dirinya untuk kelihatan chic dan fashion forward berbanding isteri-isteri Presiden atau Perdana Menteri negara lain.
Walaupun perbezaan umur mereka mencipta sedikit kontroversi ketika kemenangan Emmanuel, namun kini nampaknya kehadiran Brigitte sebagai First Lady negara tersebut diterima baik.
Jom kita lihat penampilan Brigitte yang cukup mengagumkan. Beliau dilihat memberikan satu dimensi baru sebagai seorang isteri ketua negara menerusi gaya yang cukup menarik yang selalu dikaitkan dengan gadis Perancis yang pandai bergaya. Siluet busana pilihannya juga tidak rigid seperti apa yang selalunya dipakai oleh First Lady sebaliknya memilih gaya yang popular.
Brigette bersama Melania Trump, First Lady Amerika SyarikatKetika bertemu selebriti terkenal RihannaBersama suami tercinta. Mengenakan blazer rona merah terang, cukup sempurna sebagai helaian yang memberikan penegasan gaya.
Fakta Menarik
Brigitte dan Emmanuel berkenalan sebagai seorang guru dan pelajar. Ketika itu Emmanuel baru berusia 15 tahun manakala Brigitte pula berusia 39 tahun. Namun pasangan ini hanya bercinta apabila Emmanuel berusia 18 tahun.
Percintaan ini mendapat halangan dari orang tua Emmanuel namun tiada apa dapat menghalang cinta mereka, walaupun Emmanuel telah jauh dihantar ke kota Paris bagi tujuan memisahkan mereka. Pada tahun 2007 sejurus Emmanuel tamat pelajaran di Universiti, mereka melangsungkan perkahwinan. Fiezreen Ahmad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masya Allah cantiknya! Itulah antara reaksi para peminat apabila pelakon Ada Apa Dengan Cinta, Titi Kamal memuat naik foto dirinya manis mengenakan hijab tatkala menghadiri acara The Islamic Mega Event 2022 yang berlangsung baru-baru ini.
Isteri kepada pelakon Christian Sugiono ini mengenakan jubah moden rona biru lembut rekaan @jennaandkaia.official yang cantik dan sopan menutup aurat. Malah posting di Instagram miliknya turut mendapat pujian dari ramai selebriti Indonesia antaranya termasuklah Oki Setiana Dewi, Zaskia Sungkar, Dewi Sandra dan beberapa lagi selebriti lain.
Titi Kamal juga turut melahirkan rasa penuh kesyukuran dan bahagia apabila dapat bertemu dengan sahabat-sahabat luar biasa di Islamic Mega Event serta bertemu Ustazah Aisyah Farid.
Katanya lagi, tanpa disedari air mata menitis atas rasa syukur dan terharu diberi kesempatan menghadiri majlis tersebut sambil mengucapkan terim kasih di atas kesempatan yang diberikan.
Untuk rekod Islamic Mega Event 2022 yang diadakan di Sentul International Convention Centre, Bogor, Jawa Barat bertujuan memberi pengetahuan kepada para muslimah di Indonesia mengenai bimbingan Nabi Muhammad SAW dan memberi ilmu yang lebih mendalam mengenai agama Islam.
Acara tersebut turut dihadiri oleh barisan pendakwah muslimah terkenal Indonesia serta selebriti muslimah terkenal antaranya termasuklah Dr Oki Setiana Dewi, Ria Ricis, Melly Goeslow dan ramai lagi.
Titi Kamal mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Christian Sugiono pada 6 Februari 2009 di Perth Australia. Titi Kamal dan Christian turut mempunyai youtube channel mereka tersendiri dan sering berkongsi kehidupan mereka di media sosial.
Untuk rekod, ini bukanlah kemunculan pertama Titi Kamal tampil berhijab malah dia pernah menghadiri majlis pertunjukan fesyen kolaborasi Laudya Cynthia Bella dan Zaskia Sungkar, SOEUR baru-baru ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.