Banyak betul kisah bersalin C-sect yang membuatkan ramai takut untuk melaluinya. Tapi, adakah semuanya fakta sahih?
Bersalin secara pembedahan atau Caesarean atau C-sect adakalanya bukan sengaja dipilih si ibu. Ada yang terpaksa dibedah kerana dibimbangi akan memudaratkan sama ada bayi dalam kandungan mahupun si ibu itu sendiri. Semua orang impikan untuk bersalin normal, jadi tak adil jika kita terus ‘menghukum’ wanita yang terpaksa bersalin bedah.
Sebenarnya, cerita-cerita yang dimomok pasal C-sect ni terlalu banyak. Tak percaya? Teruskan membaca.
Mitos #1: C-sect bukan satu bersalin
Jika bayi itu keluar dari rahim si ibu, sudah terang lagi bersuluh ia adalah proses bersalin! Tak semestinya lahirkan anak secara normal, keluar ikut faraj sahaja disebut ‘giving birth’. Bezanya, bayi ini keluar ‘ikut tingkap’. Itu je!
Untuk kebanyakkan kes, pembedahan C-sect dilakukan secara emergency dan bukan pilihan. Mereka juga turut melalui contraction dan merasai kesakitannya.
Mitos #2: Kelas antenatal tidak diperlukan sekiranya C-sect
Setiap ibu berhak melalui kelahiran terbaik. Antara pengalaman kelahiran itu adalah menghadiri kelas antenatal untuk meningkatkan keyakinan diri. Sungguhpun anda melalui C-sect, anda tetap sama seperti ibu yang bakal bersalin secara normal.
Ads
Mitos #3: C-sect mudah je!
Amboi, sedapnya cakap. Sungguhpun C-sect seakan menjadi kebiasaan tetapi tak bermakna ia tidak serius. Malah penjagaan selepas pembedahan lebih detail berbanding bersalin normal. Kalua tak jaga betul-betul, jahitan pada luka boleh terbuka, bernanah dan sengal. Ibu yang tidak menjaga luka pembedahan dengan betul juga boleh terkena bentan tau!
Mitos #4: Tidak boleh menyusu badan selepas bersalin C-sect
Mencabar tidak semestinya TIDAK BOLEH. Selepas pembedahan, anda mungkin perlu lebih berhati-hati ketika ingin menyusukan bayi kerana bimbang terkena pada luka. Anda perlu ingat, walau macam mana pun, sentuhan pertama itu sangat penting termasuklah titisan susu pertama yang mempunyai kolostrum.
Ads
Mitos #5: Tidak ada masalah pendarahan
Sebab utama wanita akan mengalami pendarahan selepas bersalin adalah disebabkan berlakunya pengecutan rahim di mana rahim kembali kepada size sebelum hamil. Dalam proses ini, pastinya akan berlaku pendarahan. Tak kisahlah sama ada bersalin normal atau pembedahan, pengecutan rahim tetap akan berlaku dan semestinya berlaku sedikit atau banyak pendarahan. Jadi, perbanyakkan stok tuala wanita atau ambil dari hospital ok!
Mitos #6: Sekali C-sect, selamanya C-sect
Tidak semestinya! Walaupun anda pernah bersalin secara C-sect, anda masih boleh bersalin normal, jika tidak ada halangan kesihatan dan sebagainya.
Ads
Mitos #7: Tak sakit!
Anda akan merasai kesakitan secara langsung sebelum dan selepas bersalin. Tetapi bagi wanita yang memilih untuk C-sect, kesakitan itu datang selepas ubat bius anda hilang. Malah, kesukaran untuk berdiri dek kesakitan juga akan dirasai. Siapa kata bersalin secara pembedahan tak sakit?
Jaga kata-kata depan ibu bersalin C-sect, mereka juga melalui kesakitan saat-saat kelahiran permata hati!
Kredit foto: FB Dr. Hamid Arshat
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan kejayaan penyanyi Black Hanifah menaik taraf kehidupan. Bukan berasal dari keluarga kaya, pelantun lagu Teman Pengganti ini berusaha keras meraih kesenangan hidup sehinggalah berjaya mengumpul beberapa aset demi masa depan. Tahniah!
Baru-baru ini, nama Black kembali menjadi bualan apabila dia membuka sebuah villa peranginan di Pulau Langkawi, Kedah yang dikenali sebagai Rindu D’Villa. Khabar gembira itu dikongsikan Black sendiri di Instagram miliknya sejak Disember lepas dengan menunjukkan setiap perkembangan pembinaan villa berkenaan.
Lebih manis, dia menamakan villa itu sempena nama puteri kesayangan iaitu RIndu Dayyana. Rindu D’Villa dibina berkonsepkan Bali yang terletak di Cow Hill, Kedawang, Langkawi mengambil masa kira-kira tiga bulan.
Jelas pemilik nama Hanifah Md Hanafiah ini, idea pembinaan villa tercetus sejak Oktober tahun lalu ketika negara melalui fasa peralihan ke endemik Covid-19. Apa yang mengagumkan ialah, Rindu D’Villa dibina Black sendiri dan dibantu empat pekerja yang dibawa dari Kuala Lumpur.
Dia yang kini berusia 36 tahun berkata Rindu D’Villa sudah bersedia menerima kunjungan tetamu dan tempahan sudah mula dibuka pada bulan Mac.
Difahamkan, Black juga tidak menolak kemungkinan bakal menambah villa di sekitar lokasi tersebut pada masa depan kerana menganggap ia satu pelaburan yang baik untuk masa depan keluarga.
Saban tahun, pasti ada aset baru yang dimiliki anak seni ini. Januari tahun lalu misalnya, Black berkongsi proses ubah suai kediaman dua tingkat miliknya yang serba moden dan eksklusif.
Kredit Instagram @black.hanifahKredit Instagram @black.hanifahKredit Instagram @black.hanifahKredit Instagram @black.hanifah
Pada tahun 2019, dia dilaporkan menghadiahkan ibu bapanya banglo dan tiga chalet iaitu D’Sawah Chalet di Kupang, Baling, Kedah yang harganya dianggarkan mencecah RM200,000!
Black menjelaskan kediaman itu dibina atas tanah milik bapanya selepas mereka berhasrat menetap di kampung.
Black berkahwin dengan Naquia Yasirah Mohd Khairi pada 13 September 2013 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saksi 3 zaman berbeza, Tun Dr Mahathir Mohamad yang genap 99 tahun hari ini melihat sendiri perubahan Malaysia – zaman tanah air dijajah, zaman Malaysia bangkit dan zaman negara moden, semua ini berlaku di depan matanya.
Dilahirkan pada 10 Julai 1925, Tun Dr Mahathir meraikan ulang tahun kelahiran ke-99, hari ini. Bagaimanapun, tarikh kelahiran rasmi beliau direkodkan pada 20 Disember 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Lebih unik, tarikh lahir isteri tersayang, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pula jatuh dua hari selepas sambutan istimewa Tun Dr Mahathir. Tun Dr Siti Hasmah akan menyambut hari lahir yang ke-98 pada Jumaat ini.
Negarawan hebat yang hari ini berusia 99 tahun masih kuat ingatannya. Seperti berjumpa tokoh sejarah, Nona mengimbau kenangan fesyen, makanan dan kerjayanya sepanjang bergelar doktor zaman 50-an.
Jom saksikan imbasan temu bual Nona bersama Tun Dr Mahathir…
TOKOH POLITIK
He’s a walking encyclopedia, our living legend. Negarawan ini merupakan Perdana Menteri keempat Malaysia dan menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003. Pada 2018, Dr. Mahathir dilantik sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh.
Sebelum ini, Dr. Mahathir berkongsi rahsia beliau dalam memastikan tahap kesihatan diri sentiasa berada para paras maksimum dengan bersederhana dalam pengambilan makanan serta melakukan senaman.
Hasil perkahwinan Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah, pasangan tersebut dikurniakan tujuh cahaya mata.
Pada 22 November lalu, selebriti Lana Nodin telah melahirkan cahaya mata keduanya yang diberi nama William Daud McKienzie. Lana dan suami menggelarkan bayi yang baru berusia 3 bulan ini sebagai Billy sahaja.
Lana berkongsi khabar tentang kelahiran anaknya melalui laman Instagram sehari selepas perayaan Krismas yang memaparkan suaminya David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie sedang mengazankan anak kedua mereka. Sayu rasa hati seorang ibu apabila mendengar suaminya melaungkan azan sehingga menitis air mata kegembiraan.
William telah dilahirkan secara pembedahan dengan berat 4.15 kilogram. Menurut laporan di Berita Harian, keluarga belah suaminya begitu gembira dengan kelahiran William kerana sudah lama mereka menantikan kehadiran bayi lelaki dalam keluarga mereka.
Lana juga turut berkata proses kehamilan anak keduanya agak menguji apabila dia mengalami pendarahan ketika usia kandungan mencecah tujuh bulan, namun bersyukur semua urusannya dipermudahkan.
Namun, semalam Lana turut berkongsi di laman media sosialnya menyatakan William telah disahkan mempunyai masalah jantung sejak dilahirkan.
“Assalamualaikum…Nama saya William Daud McKienzie, AKA “Billy”. Saya dilahirkan dengan congenital heart defect called Aortic stenosis,” katanya.
Walaupun Lana mengumumkan tentang penyakit anaknya tetapi terserlah kemuliaan hatinya apabila turut menyeru kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan buat bayi yang senasib dengan anaknya.
“Anda semua boleh membantu less fortunate children macam saya untuk mendapatkan bantuan treatment donating dengan menderma kepada Yayasan IJN, please see the account info on the next photo. Semua donations are tax exempt jika anda menderma cukai anda akan dibebaskan. Please doakan saya esok dengan selamat as I am going in to relieve the pressure on my heart. Insyallah,”.
Ramai yang mendoakan Baby William dipermudahkan segala urusan dan membesar sihat seperti bayi yang lain. Semoga Lana dan suami terus tabah menempuh dugaan ini.
Lana telah mendirikan rumah tangga dengan David pada 15 Mei 2015 dan sebelum ini, dikurniakan cahaya mata perempuan, Gia Quinn McKienzie yang kini berusia 2 tahun.
Foto: Instagram @lananodinmckienzie
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.