Dalam apa pun jenis rezeki yang kita dapat, semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah SWT. Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia adalah merupakan satu ibadat selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum. Kerja lah apa pun asal punca rezekinya halal baru berkat kehidupan.

Kalau betul caranya, kita akan sentiasa berasa cukup dengan apa yang kita ada dan adakalanya berasa lebih daripada cukup walaupun tak mewah. Tidak dinafikan kadang-kadang kita berssa tidak cukup dan tidak puas dengan rezeki dan itu adalah tanda seseorang yang mendapat rezeki tanpa keberkatan. Seperti contoh, gaji baru saja masuk tapi duit rasa sekejap sangat habis dan tak tahu ke mana perginya duit-duit tu.

IKLAN

MUHASABAH Diri Kenapa Duit Tak Pernah Cukup, Hidup Sentiasa Bermasalah & Hati Tak Tenang. Ini Sebabnya!

Ini antara sebab kenapa rezeki kita susah masuk dan sentiasa saja tak cukup walaupun gaji dah berpuluh ribu. Sentiasa dalam kekurangan dan masih tidak puas lagi dengan apa yang seseorang itu ada.

1. TANGGUNGJAWAB KEPADA IBU BAPA

MUHASABAH Diri Kenapa Duit Tak Pernah Cukup, Hidup Sentiasa Bermasalah & Hati Tak Tenang. Ini Sebabnya!

Lupa akan tanggungjawab kepada keluarga dan kedua-dua orang tua. Tidak mempedulikan keperluan dan kehendak mereka. Jarang bertanya khabar dan terlalu sibuk dengan perihal peribadi seperti kerja dan rakan-rakan. Kena ingat, ibu bapa lah yang melahirkan dan mendidik kita sehingga menjadi insan yang berguna. Doa seorang ibu adalah doa yang paling mustajab sekali. Jadi, dapatkan keredaan ibu bapa terlebih dahulu dalam setiap perkara.

 

2. KEDEKUT

Kita berkira nak infaq sedikit harta kepada orang memerlukan. Secara umum, infak bermaksud membelanjakan harta pada jalan Allah SWT. Seperti contoh, memberi belanja kepada ahli keluarga dan menunaikan zakat, ia adalah wajib. Dengan cara itu harta dapat menyelamatkan manusia daripada diazab pada hari akhirat. Jangan pernah ragu-ragu dengan rezeki Allah yang beri pada kita kerana lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita dapat,

 

3. SALAHKAN ORANG LAIN

Sering saja menyalahkan orang lain dalam apa jua perkara, Ada saja yang tak kena dan semua bukan kesalahan yang dilakukan diri sendiri. Tak pernah nak mengaku salah dan meminta maaf ketika membuat silap.

 

IKLAN

4. HUBUNGAN ANTARA KELUARGA

Dalam duniani, kita tidak akan ada sesiapa yang sudi menjaga dan mendengar luahan kita ketika susah melainkan keluarga. Selain ibu bapa, adik- beradik adalah rakan terbaik kita. Tidak ada sesiapa juga yang boleh memahami kita sepertimana mereka ‘masak’ dengan perangai kita. Bergaduh macam mana pun, air dicincang tak akan putus. Bahagiakan adik-beradik kita juga.

MUHASABAH Diri Kenapa Duit Tak Pernah Cukup, Hidup Sentiasa Bermasalah & Hati Tak Tenang. Ini Sebabnya!

5. PERBUATAN KOTOR

Kita seorang ‘Pengotor’ secara amalinya. Fikiran, percakapan & tindakan. Semua yang dikeluarkan bakal menyakitkan hati orang sekeliling. Jaga percakapan dan perbuatan anda supaya sentiasa dapat keredaan Allah SWT.

IKLAN

 

6. SOLAT

Solat merupakan suatu ‘doa’ dan cara kita berkomunikasi dengan pencipta. Jangan sesekali  melaksanakan solat sambil lewa sahaja dan sentiasa 100% yakin dengan kuasa doa kepada Allah SWT. Selain itu, jangan suka bertangguh dan melambatkan banyak perkara termasuk solat. Ini masalah paling utama umat manusia di muka bumi. Dari Solat sehinggakan ke fardhu kifayah. Semuanya bertangguh sahaja.

 

7. LEKA

Terlalu leka mengejar kemewahan di dunia tapi sebenarnya kita miskin akhirat.

`Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu bahkan kamu sentiasa mencintai kesenangan-kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya.” (Al-Qiamah:20).

Jadi, janganlah kita terlalu tamak mengejar kesenangan  di dunia sehingga lupa bahawa segala kesenangan tersebut hanyalah sementara. Sesungguhnya perjalanan hidup kita masih jauh dan dunia ini hanyalah persinggahan untuk kita menuju ke suatu alam yang kekal abadi iaitu alam akhirat.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI