Hidup ini tidak semuanya indah. Pasti ada yang terluka dan bersedih hati dengan pelbagai ragam perwatakan manusia. Ini merupakan salah satu cabang ujian Allah SWT.

IKLAN

Sebagai manusia biasa semestinya hati yang terluka sukar dibuang. Jika terlalu lama memendam rasa maka perasaan dendam pula akan terbuku di hati.

Ada yang ikhlas memaafkan namun ada juga yang berkata maaf tetapi masih menyimpan dendam di hati. Itu bukan kemaafan yang dituntut oleh Islam. Ustazah Asni Mansor berkongsi cara terbaik bagaimana untuk memaafkan.

Firman Allah SWT dalam surah Al Hujurat ayat ke-10 bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perbaikilah hubungan persaudaraan di antara saudara-saudaramu.

Ada dua hubungan dalam kehidupan iaitu hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia.

Hubungan dengan Allah dipanggil iman dan hubungan dengan manusia dipanggil ukhuwah. Adakalanya hubungan sesama manusia diuji seperti hubungan dalam berkeluarga, jiran-jiran dan persahabatan.

Ada yang mengambil jalan pintas dengan menurut rasa dan gelora amarah. Tidak mahu memaafkan, tidak mahu bersua muka malah mendengar nama pun dijauhkan. Setiap kebaikan dan keburukan itu ada pintunya. Jika tidak mahu memaafkan, apa akan terjadi jika Allah SWT juga tidak mahu mengampunkan hamba-Nya?

Mengapa perlu kita membesarkan diri dengan tidak mahu memaafkan kesalahan insan? Carilah pintu silaturrahim. Pada pintu silaturrahim itulah ada kemaafan, pemberian, hadiah, doa dan ziarah yang akhirnya pintu itu membawa terus ke pintu syurga.

IKLAN

Kebaikan yang dicari maka syurga menanti dengan rahmat Allah. Tetapi andainya kita terus mengagungkan rasa kecewa, sakit hati, dendam dan tidak berpuas hati maka di situlah pintu kemusnahan silaturrahim.

Pada pintu kemusnahan silaturrahm itu ada dendam, tidak puas hati, mengungkit, menang dan tidak mahu kalah dan rasa sentiasa benar.

IKLAN

Maka jika itu yang kita agungkan, maka suburlah dendam dan berbuahlah kebencian seterusnya tumbuhlah permusuhan. Sabda Nabi SAW yang membawa maksud, “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.”

Mungkin kita kurang amalan, maka Allah uji dengan ujian ukhuwah untuk kita tambah dan kaut pahala dengan sabar dan reda. Allah Maha Pengampun. Kemaafan itu adalah kebahagiaan.

Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah maksudnya, “Dan kalau kau memaafkan itu adalah lebih dekat kepada taqwa.” 

Cara Memberi Kemaafan

  • Beristighfarlah kerana kita tidak dapat merasakan setiap kejadian dari Allah. Kadangkala ujian itu teguran buat kita.
  • Biasakan diri dengan memaafkan kerana jika hati bersih maka tidak sukar untuk memaafkan.
  • Leburkan kebencian dan kemarahan dengan kemaafan. Itulah jalan  taqwa.
  • Mohon dan berdoa pada Allah agar dikurniakan hati yang mudah memaafkan. Sesungguhnya Allah adalah pemilik hati kita. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI