Siapa tidak mengenali Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon wanita kelahiran Ipoh Perak yang kini giat mencipta nama di persada Hollywood. Bakat dan aura pelakon ini memang tidak dapat dinafikan lagi, malahan semua filem yang dilakonkannya mencapai kutipan yang amat memberangsangkan.
Bermula dengan filem Crouching Tiger, Hidden Dragon, Tomorrow Never Dies, The Mechanic, Crazy Rich Asians dan terbaru, Minions: The Rise Of Guru, Michelle Yeoh kini menjadi antara personaliti Asian paling profilik dan dominan di Hollywood.
Walaupun sudah hampir berusia 60 tahun, Michelle Yeoh dikenali sebagai seorang pelakon yang berani, sering kali melakukan sendiri aksi stunt sendiri tanpa bantuan pelakon lagak aksi.
Foto: Instagram (@michelleyeoh_official)
Dan kini, nama Michelle Yeoh hangat diperkatakan apabila namanya disebut-sebut bakal mengungguli dan dicalonkan untuk anugerah Acedemy (Oscar) tahun hadapan. Walaupun senarai pencalonan masih belum dimuktamadkan, namun pada ketika ini pengkritik filem sudah mula meramalkan 5 nominasi untuk setiap kategori termasuk untuk kategori Pelakon Utama Wanita.
Ini dikuatkan lagi seepas kemenangan Michelle Yeoh pada Anugerah Golden Globe baru-baru ini dimana Michelle memenangi anugerah pelakon wanita terbaik untuk kategori filem komedi/muzikal.
Ads
Menurut Gold Derby, laman web tersebut meramalkan Michelle Yeoh akan tercalon untuk kategori utama menerusi filem Everything Everywhere All At Once. Filem tersebut turut meraih rating sebanyak 97% di laman web Rotten Tomatoes, dan mendapat ulasan positif dari kebanyakan pengkritik filem di Hollywood.
Selain itu, Awards Daily juga menyebut Michelle Yeoh kini menyasarkan pencolanan pertamanya untuk anugerah Acedemy di mana beliau dikatakan bakal bersaing dengan nama-nama hebat seperti Margot Robbie, Cate Blanchett dan Olivia Colman.
Ads
Jadi mungkinkah Michelle Yeoh menjadi pelakon wanita pertama kelahiran Malaysia yang tercalon untuk kategori utama anugerah Akademi?
Ads
Everything Everywhere All at Once merupakan film komedi multiverse mengisahkan Michelle Yeoh sebagai pemilik sebuah kedai dobi yang sedang diaudit Perkhidmatan Pendapatan Dalaman yang mendapati bayangan dirinya wujud dalam alam-alam selari yang perlu dihubungi agar dapat menumpaskan suatu unsur jahat yang mahu memusnahkan alam.
Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak Academy di mana anugerah Oscar 2023 dijangka akan diadakan pada 12 Mac 2023. Dan NONA berharap Datuk Michelle Yeoh dapat menembus senarai pencalonan itu nanti dan seterusnya menjulang nama Malaysia di persada perfileman antarabangsa.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Segala usaha dan kerja keras Zara Zya nyata berbaloi. Kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh wanita kelahiran Lenggong, Perak ini benar-benar menyuntik inspirasi.
Sebagai seorang wanita, boleh dikatakan pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini mempunyai segala-galanya. Memiliki seraut wajah yang manis, nama yang tersohor dan juga terkenal dengan kebolehan memasak. Bak kata orang, Zara Zya memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang wanita.
Foto: Instagram @zarazyaFoto: Instagram @zarazya
Nilai tambah yang ada pada dirinya, apabila pelakon yang mula dikenali menerusi drama Love You Mr Arrogant ini begitu aktif dan optimis melakukan kerja-kerja kebajikan.
Mahu berkongsi nikmat melakukan kebajikan dengan orang lain, Zara Zya telah menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan untuk merealisasikan niat berkenaan.
Foto: Instagram @zarazya
Sebelum ini Zara Zya telah melancarkan Projek Zara Prihatin #zaraprihatin untuk membalas balik jasa Frontliners. Wanita ini juga pernah menyuntik keceriaan kepada penghantar makanan atau rider dengan menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan berkenaan ketika musim PKP lalu.
Kini pelakon yang mudah tersenyum ini giat menjalankan aktiviti kemanusiaan bagi membantu mereka yang terkesan dengan banjir di Terengganu.
Wanita yang pernah menjadi pengacara TV rancangan masakan ini nampak selesa serta tidak segan silu menyarung t-shirt, bergelumang dengan becak dan memakai kasut ‘Phua Chu Kang‘ demi membantu mereka yang memerlukan. Sesungguhnya, bukan mudah untuk mempunyai jiwa murni sebegini.
Baru-baru ini, Zara Zya telah mencipta fenomena dan menyuntik inspirasi sekali lagi apabila berjaya membeli kereta idamannya, kereta jenis Porsche 718 Boxster. Bukan calang-calang wanita mempunyai impian untuk memandu kereta sebegini.
Foto: Instagram @zarazya
Menurut wanita yang berusia 37 tahun ini impian untuk memiliki kereta idamannya tercapai selepas lebih setahun mengumpul wang. Kiranya, tak lama juga wanita yang semakin manis sejak berhijab ini mengambil masa untuk mengumpul wang.
Foto: Instagram @zarazyaFoto: Instagram @zarazya
Khabarnya kereta mewah idamannya itu yang berharga kira-kira RM400,000. Tahniah! kerja keras Zara Zya selama ini telah menampakkan hasil. Apa yang lebih penting ialah terus menyuntik inspirasi kepada wanita lain untuk terus bersemangat mengejar cita-cita masing-masing.
Pelakon Hollywood terkenal Angelina Jolie sudah lama diketahui sebagai seorang selebriti yang aktif dalam aktiviti humanitarian atau misi kemanusiaan. Walaupun Anjelina seorang artis berkelas dunia yang sering kali sibuk dengan aktiviti seninya, Angelina Jolie pasti akan turun padang dan memberikan bantuan bagi mereka yang memerlukan.
Terbaru, Angelina yang juga duta khas Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian menarik perhatian antarabangsa apabila turun melawat Pakistan yang kini berhadapan dengan krisis banjir yang teruk. Menurut Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC), dia melawat secara dekat kawasan yang dilanda banjir dan berkomunikasi secara langsung dengan masyarakat yang terkesan.
Kredit foto: ABC News
Kelibat Angelina turut menarik perhatian antarabangsa ketika beliau mengunjungi daerah Dadu di wilayah Sindh pada Selasa, dan bertemu mangsa banjir, lapor saluran televisyen Pakistan.
Lebih 33 juta penduduk terjejas oleh bencana banjir itu berikutan hujan lebat monsun sejak pertengahan Jun. Jumlah kematian melepasi 1,550, termasuk beratus-ratus kanak-kanak, dan kira-kira 13,000 lagi cedera.
Utusan khas kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga sanggup menempuh bahaya dengan mengunjungi Dadu di Pakistan, antara lokasi paling teruk dilanda banjir yang telah menenggelamkan satu pertiga kawasan di negara Islam itu.
Angelina tiba di Pakistan pada Selasa untuk membantu penduduk yang terjejas akibat bencana banjir di negara itu dan melawat kawasan berbeza mangsa yang terjejas.
“Saya benar-benar bersama anda (rakyat Pakistan) dalam mendorong masyarakat antarabangsa untuk menyalurkan lebih banyak bantuan,” tambahnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan suami isteri, Sheahnee Iman Lee dan Naz Rahman cukup terkenal dalam industri pengacaraan tanah air. Bahkan sebelum mendirikan rumah tangga lagi, kedua-duanya sudah pun menceburi dunia penyiaran dan bakat mereka sering menjadi buruan syarikat swasta mahupun awam untuk menjadi pengacara majlis.
Kemunculan Naz Rahman atau nama sebenarnya Nazrudin Habibur Rahman sebagai hos Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Kepetahan Naz mengawal majlis dengan tutur kata yang tersusun kemas berjaya ‘menghidupkan’ acara berkenaan. Sekaligus mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi.
Sheahnee Iman Lee Isteri Naz Rahman Berbakat
Seperti suami tercinta, Sheahnee yang merupakan bekas penyampai berita NTV7 ini juga berpengalaman luas sebagai pengacara.
Meskipun wajahnya kini tidak lagi menghiasi kaca televisyen namun bakat dan kemahiran ibu tiga anak ini masih mendapat kepercayaan banyak syarikat berkelas dunia termasuklah Petronas.
Selain aktif sebagai emcee dan pencipta kandungan di media sosial, figura berusia 46 tahun ini juga memiliki HRDC-certified trainer!
Tanggal 26 Jun depan pasangan ini bakal menginjak usia perkahwinan ke-17 tahun! Sheahnee mewarisi keturunan Australia daripada ibu. Manakala bapanya pula berbangsa Cina.
16 Tahun Sheahnee Iman Lee Jadi Isteri
Menyambut ulang tahun perkahwinan ke-16 tahun lalu, Sheahnee meluahkan rasa syukur mempunyai ibu bapa yang sentiasa menyokong, anak-anak yang mendengar kata dan paling penting, suami yang memahami serta setia di sisi.
“I wouldn’t have known true joy and fulfilment had it not been for this man – my love, my partner and my rock of 16 years (18 if we are counting the courtship!). Happy anniversaryand THANK YOU for all that you do for me and our little family – my words will simply never be enough.
I truly appreciate each and every person who has made a mark – either positive or negative – on my life so far. Thru you, I learnt who I am and who I’m not. Those lessons were invaluable.
At 45, I am finally at a place in my life where I’m truly comfortable in my own skin. The good, bad and ugly, all of it. I accept my whole, and I’m grateful, so grateful for everything.”
Sheahnee dan Naz berkahwin pada tahun 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Zayd Aaqil.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.