Saban hari nama Engku Aleesya makin menjadi bualan. Bukan kerana statusnya sebagai anak kepada selebriti terkenal, Erra Fazira tetapi keupayaan gadis bijak yang juga puteri kesayangan Engku Emran ini dalam bidang akademik dan sahsiah diri.
Engku Aleesya Engku Emran yang kini meniti usia 16 tahun mula menarik perhatian umum kebelakangan ini sejak keputusan peperiksaannya tular di media sosial.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Ogos lalu, anaknya Aleesya melakar kejayaan cemerlang dengan memperoleh 7A dalam peperiksaan IGCSE.
Selain cemerlang dalam pelajaran, Engku Aleesya juga aktif dalam bidang sukan. Satu persatu pencapaian dirangkul cahaya mata kesayangan Erra Fazira dan Engku Emran ini.
Bagaikan belum puas dengan kejayaan yang diraih, Aleesya mencipta satu lagi momen indah sebagai penulis buku kanak-kanak apabila karya sulungnya ‘Little Nina and the virtues of Fatimah az-Zahra’ dilancarkan pada 23 November lepas.
Ads
Aleeysa membuktikan pada usia muda dia mampu menjadi penulis buku sekaligus nekad mengejar impian. Pada majlis pelancaran buku berkenaan, Engku Emran dalam ucapannya mengakui emosinya bercampur-baur apabila bercerita mengenai permata hati kesayangan.
Apatah lagi, perkahwinannya bersama Erra Fazira tidak berpanjangan dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada anak tunggal mereka.
“As a father your ultimate goal is to provide a happy, stable and loving home for your child. Alhamdulillah Aleesya has every material things that a 16 year old needs. I count my blessings every single day for that.
Ads
Her mom and I we have passed that stage. I realised years ago that this is the path Allah SWT intends us to take and I’m completely at peace with it. Every time when Aleesya and I have meals outside, my heart breaks to pieces when there’s a “complete family” seated next to our table.
I can also sense her sadness at every instance when this scenario plays out, because her soul is just like mine.
If you are still able to save your marriage do what you have to do before you give up. Give each another, another chance, more chances whatever, who cares! Because your child deserves every bit of it. Don’t give up easily because trust me you don’t want to carry my pain.
I sincerely pray that Allah SWT ease and relief everyone reading this from all difficulties and struggle.”
Terbaharu, Aleesya sekali lagi meraih tumpuan apabila dia dapat bertemu secara bersemuka dengan ulama ternama dunia iaitu Mufti Menk. Dalam masa sama, dia turut berpeluang memberikan naskhah bukunya kepada figura berpengaruh berkenaan.
Kongsi Engku Emran, “We will forever remember this moment. Aleesya and I are truly humbled to be in his presence.
The moment when Aleesya presented her book to our favourite mufti yesterday. Aleesya was so innocently funny when before that she said to Mufti Menk ‘I would like to give you this book for free’.
In my head I was saying of course we can’t make him pay for it Aleesya.”
Erra Fazira mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun dilaporkan bercerai pada 18 Februari 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau sudah kreatif apa pun ‘menjadi’. Bukan sekadar lukisan, kebolehan Ustazah Asni juga bukan calang-calang. Terbaharu, di kala berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Allah SWT telah mengilhamkan beliau untuk mencipta tabung sedekah Subuh dan tabung korban sebagai saham akhirat.
Lantas kreativitinya itu dikongsi buat semua pencinta karya seninya yang sentiasa tertunggu-tunggu dengan ‘buah tangan’ terbaharu.
TERCETUSNYA IDEA
“Tercetusnya idea untuk mewujudkan tabung sedekah Subuh ini adalah ketika saya sedang mengisi hasil lukisan yang ditempah ke dalam bekasnya. Tiba-tiba terdetik di fikiran saya, selain lukisan alangkah baiknya kalau bekas itu juga dapat memberi manfaat kepada penerimanya. Lalu saya pun mendapat idea untuk mencipta tabung sedekah Subuh.
Sebenarnya saya sudah pun memulakan projek tabung DIY ini sejak PKP lagi. Ideanya pun datang secara kebetulan, alhamdulillah saya terinovasi untuk melakukan beberapa perkara. Antaranya tabung DIY ini. Saya turut mencipta bentuk Kaabah daripada kotak-kotak.
Tabung ini diperbuat daripada paip PVC yang dipotong kemudian dibersihkan, digosok dan dicat mengikut kreativiti. Pada awalnya saya mengikut warna asal buluh pada tabung ini sehingga ramai yang ingat itu adalah buluh lemang. Sekarang ini saya upgrade semula menjadi edisi istimewa atau premium. Saya hasilkan dalam pelbagai bentuk seperti Frozen untuk anak perempuan, dan Spiderman untuk anak lelaki, pilihan warna biru dan merah.
GALAKKAN BERSEDEKAH
Tujuan utama tabung sedekah ini ialah untuk menggalakan kita bersedekah pada setiap hari dan setiap pagi. Maka dengan adanya tabung sedekah Subuh ini pagi-pagi lagi kita boleh masukkan wang. Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah bersedekah kerana bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana, dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.” (Riwayat al-Baihaqi & al-Tabarani)
Selepas solat Subuh boleh masukkan wang ke dalam tabung. Ketika memasukkan wang niatkan untuk bersedekah. Dari segi berapa jumlah wang yang hendak dimasukkan tidak kisah asalkan ada niat untuk bersedekah pada pagi itu. Ajar juga anak-anak kita untuk menabung dengan niat hendak beramal sedekah.
Boleh keluarkan seminggu sekali atau sebulan sekali, terpulang. Yang pentingnya niat untuk bersedekah pada setiap hari telah pun terlaksana. Jika kita tidak tahu kepada siapa hendak bersedekah, boleh gunakan wang tersebut untuk belanja makan anak-anak, keluarga atau kawan-kawan. Itu juga dianggap bersedekah.
Seterusnya ialah tabung korban. Kita digalakkan melakukan ibadah korban pada setiap tahun, bukannya sekali seumur hidup. Korban umpama renew roadtax, setiap tahun kena renew. Maka kita hendaklah melatih diri dan anak-anak faham bahawa setiap orang paling tidak pun ambil satu bahagian.
Kita satu keluarga jangan langsung tiada bahagian dalam ibadah korban. Kalau kita mampu menabung untuk pergi bercuti, kenapa tidak boleh menabung untuk korban? Sedangkan itu tanda bukti cinta kita kepada Allah SWT.
Ajar tangan kita untuk selalu memberi. Kita hendak ajar diri kita supaya ‘harta’ ada di tangan. Apabila ada di tangan senang untuk lepas. Tapi kalau harta ada di hati itu yang jadi bakhil (kedekut). Ini juga adalah training untuk mengajar keluarga dan anak-anak bahawa rezeki bukan untuk kita. Dalam hidup ini kita perlu belajar memberi. Barulah hidup kita akan bahagia.”
DAKWAH MELALUI KAYRA SENI
“Terpukau melihat setiap naskhah lukisan yang dikongsi di Instagram milik pendakwah terkenal, Ustazah Asni Mansor. Lukisan yang indah, unik dan semestinya kreativiti itu datangnya dari jiwa seni yang halus. Tidak sekadar cantik bahkan setiap lukisannya itu dititipkan cebisan doa dengan maksud yang cukup mendalam.
Saya berdakwah melalui karya seni iaitu lukisan. Saya mula serius dalam lukisan sejak lapan tahun lepas. Saya memang sukakan apa jua yang berkaitan dengan seni. Selain melukis saya juga suka berqasidah, bermain kompang dan piano. Saya yakin bahawa ada bakat-bakat tertentu yang sangat berguna untuk berdakwah.
Selalunya sebelum berkarya saya akan berdoa terlebih dahulu untuk mendapatkan ilham daripada Allah SWT. Dua tiga tahun lepas sebuah stesen televisyen ada menjemput saya untuk membuat tafsir Al-Quran. Alhamdulillah tercetusnya idea untuk saya taddabur ayat itu dengan satu karya yang saya tafsirkan maksud-maksudnya.
Kadangkala tercetusnya idea apabila saya banyak menerima direct message (DM) daripada wanita-wanita yang mempunyai masalah seperti rumahtangga. Maka saya akan kongsi doa-doa melalui lukisan untuk mereka amalkan setiap hari. Saya juga kongsikan di Instagram, doa Nabi Yaakub AS yang merintih dan merayu kepada Allah SWT. Kalau Nabi pun mengadu dan merintih kepada Allah SWT kenapa tidak kita.
Selain itu, saya turut kongsikan doa-doa yang bagus untuk kita amalkan setiap hari. Contohnya kalau kita suka letakkan perhiasan di rumah, biarlah perhiasan itu bermakna. Bila dilihat dan disebut kita boleh amalkan serta mendapat pahala. Itulah maksud saya berdakwah melalui karya seni. Bukan sekadar cantik tetapi juga memberi manfaat.
Telah banyak karya seni yang telah saya hasilkan, mungkin sudah hampir mencecah seribu karya sepanjang lapan tahun. Antara penyokong serta yang telah membeli hasil karya seni saya ialah Cik Puan Muda Julita Aishah, Jihan Muse, Heliza Helmi, Fara Fauzana (Fafau), Sherry Alhadad, Diana Amir dan sahabat-sahabat di Brunei.
PENDORONG
Antara sahabat baik yang menjadi pendorong kuat untuk saya terus melukis ialah Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dan Allahyarhamah Ustazah Shadiya Abbas. Kedua-duanya sangat memberi galakan kepada saya supaya terus berkarya kerana kata mereka ini merupakan satu kelainan dan sangat bagus untuk dikongsikan. Selain itu, ibu juga pendorong kuat saya. Adakalanya beliau rajin mengikut saya pergi berkarya.”
Ustazah Asni sangat bersyukur dan gembira kerana keempat-empat anaknya mewarisi bakat melukis. Masing-masing mempunyai minat serta karakter yang tersendiri. Paling ketara boleh melukis ialah anaknya yang keempat.
Ternyata, dakwah melalui karya seni ini merupakan satu kelainan yang cukup hebat dengan bersandarkan kebolehan yang dipinjamkan oleh Allah SWT untuk memberi manfaat buat insan-insan lain.
Kredit Foto & Video: Instagram Ustazah Asni Mansor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alicia Schmidt yang pernah digelar atlet terseksi di dunia akhirnya berjaya menembusi ke persaingan semifinal Kejohanan Eropah 2022 di Muchen, Jerman kelmarin. Menyarung nombor badan 400, kejayaan dikecapinya itu merupakan salah satu momen paling istimewa dalam kariernya. Ini dikongsi sendiri oleh Alicia menerusi hantaran di Instagramnya yang dilihat mempunyai 3.2 juta pegikut.
“Tembusi pusingan separuh akhir, itulah matlamat saya. Dan hari ini saya dapat beraksi sekali lagi di hadapan semua penonton tuan rumah. Hari ini benar-benar salah satu momen paling spesial untuk saya,” tulis Schmidt.
Alica yang berumur 23 tahun ternyata bangga dapat mewakili Jerman dalam acara larian 400 meter (m) selepas gagal memberikan aksi terbaik di Kejohanan Dunia di Eugene, Oregon baru-baru ini.
Bagi yang tidak mengenali Alicia Schmidt, ini adalah antara beberapa fakta menarik tentang atlet jelita ini.
6. Sudah berpunya. Alicia dikhabarkan sudah mempunyai teman lelaki yang bernama Fredi Richter.
Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Michelle Yeoh, bintang kelahiran Ipoh yang mencipta nama di persada Hollywood sekaligus menjulang nama Malaysia di peringkat global. Baru-baru ini, Majalah antarabangsa terkemuka, Time mengumumkan beliau sebagai Ikon Tahun 2022 tanda pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya kepada industri perfileman.
Melalui hantaran dikongsi di Instagram (IG) majalah itu, Time mengumumkan pemilihan aktres yang berusia 60 tahun itu dibuat atas pencapaian Yeoh yang dianggap bintang paling berpengaruh di Asia sejak berdekad-dekad lamanya. Tan Sri Michelle Yeoh yang kelihatan cukup anggun, menyarung busana ekstravagan Polka dot hitam dan putih. Michelle Yeoh distailkan oleh stylist popular Jordan Johnson dan dirakam oleh Watt Photo.
Kapsyen pada hantaran itu memperakui Yeoh sebagai kuasa besar dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong melalui penampilan dalam rangkaian filem yang turut memperlihatkan keberanian aktres itu melakukan aksi lagak ngeri.
Entri itu turut menyebut penampilan sulung Yeoh dalam filem terbitan Hollywood apabila membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 diikuti naskhah besar lain seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
Penampilan Yeoh dalam filem ‘indie’ arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert berjudul Everything Everyone All At Once dianggap detik yang sudah lama dinantikan di mana nama bintang itu menjadi sebutan ramai, malah beliau juga dikhabarkan bakal disenaraikan antara calon Oscar tahun hadapan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem tersebut.
Entri dimuat naik Time di IG itu turut dikongsi Yeoh yang mengucapkan terima kasih kepada majalah itu dan mengakui dirinya diberkati atas pengiktirafan diberi. Ogos lalu, Yeoh yang membintangi lebih 70 filem sejak empat dekad lalu, menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Karier seni Michelle bermula selepas memenangi pertandingan Miss Malaysia World ketika berusia 20 tahun pada 1983. Yeoh kemudian mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1983 di London, United Kingdom (UK).
Selepas itu, Yeoh dilaporkan menyertai pertandingan Miss International Tourism Quest dan muncul pemenang, lantas membuka laluan kepada dunia lakonan apabila terpilih menjayakan projek komersial bersama Jackie Chan hingga menarik perhatian penerbit filem Hong Kong, D&B Films.
Antara filem lain lakonan Yeoh adalah Memoirs of a Geisha yang ditayangkan pada 2005, Reign of Assassins (2010), Kung Fu Panda 2 (2011) dan The Lady (2011) di mana Yeoh membawa watak Aung San Suu Kyi.
Selain Everything Everywhere All at Once, tahun ini, Yeoh membintangi filem The School Of Good And Evil, Minions : The Rise Of Gru, Paws Of Fury : The Legend Of Hank dan Avatar : The Way Of Water.
Sumber: Berita Harian
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!