Sekali imbas memang iras wajah ibundanya, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kejelitaan yang dimiliki Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah ini ternyata diwarisi daripada kecantikan Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang. Penuh keayuan dan sejuk mata memandang!
YAM Tengku Puteri Jihan merupakan puteri bongsu kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
27 April lalu, puteri diraja ini genap meniti usia 22 tahun. Semakin menginjak usia, semakin anggun dan matang anakanda kesayangan Baginda.
Berkongsi momen indah bersempena ulang tahun keputeraan Tengku Puteri Jihan menerusi Instagram Air Tangan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah menzahirkan rasa syukur atas anugerah Allah SWT ini.
Ads
“Happiest birthday to my baby. My miracle child. Thank you for being the perfect beautiful daughter I could ever have asked for. May Allah SWT bless you always and guide you!
Love you with all my heart! My baby turned 22.”
Ads
Dalam foto yang dikongsikan kelihatan ibu dan anak ini bergambar mesra sambil berpelukan. Malah beliau turut berkesempatan memotong kek hari lahir dan disuap ibunda tersayang.
Terserlah sisi manja puteri bongsu Tunku Hajah Azizah dan Al-Sultan Abdullah ini!
Ads
Tunku Azizah berkahwin dengan Al-Sultan Abdullah pada 6 Mac 1986. Pasangan diraja ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Rambut yang sihat mampu menukar karakter seseorang dalam sekelip mata. Tapi kalau mahkota itu dilanda masalah kekeringan, kelemumur, bercabang dan gugur, keyakinan diri pasti terjejas.
Tidak semestinya membuat rawatan di salon untuk menjaga kecantikan rambut, apa yang perlu dilakukan adalah menjaga kecantikan rambut umpama memelihara wajah.
(a) Hindari syampu dengan air panas
Pilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut dan jangan abaikan kesihatan kulit kepala. Syampu mempunyai fungsi menghalang kotoran daripada melekat di helaian rambut serta mengeluarkan minyak yang tidak diperlukan pada kulit kepala. Biarpun begitu, jangan mencuci rambut dengan air panas kerana apabila suhu air terlalu tinggi boleh membuat rambut kering. Rambut kering terjadi apabila kehilangan minyak di kulit kepala yang berfungsi sebagai pelindung rambut. Sebaik-baiknya pilih air sejuk tetapi, jika masih mahu juga membersihkan dengan air hangat boleh memilih air dengan suhu bawah suhu tubuh.
(b) Elak pakai syampu setiap hari
Ini yang selalu wanita buat! Bersyampu setiap hari, terutamanya di kalangan wanita bertudung. Tak perlu bersyampu setiap hari kerana tindakan ini boleh menghilangkan kelembapan semula jadi rambut. Cuci rambut sekurang-kurangnya tiga kali seminggu demi memelihara kelembapan rambut dan melindungi minyak semula jadi rambut.
(c) Pakai pelindung rambut sebelum berenang
Semua tahu bahan kimia diperlukan untuk memastikan air di dalam kolam renang terpelihara. Namun, bahan kimia ini boleh merosakkan rambut terutama jika berenang merupakan aktiviti riadah yang dilakukan setiap hari. Apa yang boleh dilakukan agar rambut tetap terpelihara cantik dan masih boleh berenang ialah basahkan rambut dengan air bersih kemudian sapu perapi rambut. Jika perlu pakai topi renang sebelum terjun ke dalam kolam. Perapi rambut akan melindungi rambut daripada terkena bahan kimia ketika berenang.
(d) Konsisten potong hujung rambut
Rambut manusia secara dasarnya tumbuh sekitar 1.25cm setiap bulan. Pertumbuhan rambut berlaku secara konsisten di seluruh kepala. Pola pemakanan yang seimbang boleh mempengaruhi tingkat dan kualiti pertumbuhan rambut. Mungkin terdapat produk yang boleh mempercepat pertumbuhan rambut tetapi tidak begitu efektif. Agar rambut kekal sihat dan cantik potong hujung rambut secara teratur sekurang-kurangnya enam minggu sekali. Memotong hujung rambut ini boleh menjaga hujung rambut tidak kering dan bercabang.
(e) Jangan sikat rambut ketika basah
Tahukah anda rambut yang masih basah tiga kali ganda lebih rapuh, mudah gugur dan putus berbanding rambut kering. Oleh itu, tidak perlu menyikat rambut jika rambut masih basah apatah lagi sebaik sahaja bersyampu. Selepas bersyampu keringkan rambut dengan tuala dan guna jari untuk meleraikan rambut. Jika anda mempunyai sikat bergigi jarang boleh gunakan dalam pergerakan yang perlahan dan lembut.
(f) Hindari guna pengering rambut
Seperti yang diketahui rambut dalam keadaan basah sangat rapuh. Mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut bukan langkah yang terbaik. Pelihara kecantikan rambut dengan mengeringkannya secara semula jadi. Boleh membiarkan rambut kering sendiri atau menggunakan kipas angin jika mahu lebih cepat.
(g) Guna telur sebagai masker
Selain menggunakan produk rawatan rambut moden boleh juga menggunakan cara tradisional untuk memelihara rambut. Telur ayam mempunyai pelbagai kegunaan dan boleh melembapkan rambut. Mudah sahaja caranya iaitu ambil putih telur mengikut kepanjangan rambut dan sapu di setiap bahagian rambut. Bungkus dengan kain yang telah direndam dengan air hangat. Biar selama 20 minit kemudian bilas dan syampu seperti biasa.
(h) Perapi rambut bersama madu
Jika tidak suka dengan bau telur boleh juga mencuba satu lagi cara yang mudah. Campur satu sudu besar perapi rambut yang biasa digunakan dengan satu sudu teh madu. Sapu di bahagian rambut seperti mana kebiasaan menyapu perapi rambut. Biar selama 30 minit kemudian bilas sehingga bersih. Madu boleh membuat rambut bersinar dan lembut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dilraba Dilmurat sememangnya dikurniakan raut wajah sempurna. Memiliki sepasang mata bundar yang cantik, hidung mancung, bibir mungil, kulit putih mulus dan bentuk badan menawan. Jadi tidak hairanlah Dilraba atau lebih dikenali sebagai Dilireba dalam kalangan peminat sering menjadi buruan jenama mewah antarabangsa termasuk syarikat produksi untuk menjadi duta dan tarikan dalam sesebuah drama mahupun filem.
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28 pada 3 Jun lalu, aktres, model dan penyanyi yang dilahirkan di Urumqi ini sebenarnya mempunyai darah keturunan etnik Uighur. Mengikut bahasa Uighur, nama Dilraba Dilmurat bermaksud ‘cantik rupawan’. Memandangkan latar belakangnya sebagai masyarat etnik minoriti Uighur, dia mengakui fasih bertutur bahasa tersebut selain sedang mempelajari bahasa Korea dan Thailand!
Patutlah populariti Dilraba turut menjadi perhatian di negara luar, dah pandai cakap Korea dan Thailand nanti boleh cuba tembusi industri seni di sana pula.
Minat dan darah seni dalam diri Dilraba sudah mula berputik sejak zaman kanak-kanak lagi. Memetik laporan Hotpot TV, ketika berusia lingkungan tujuh tahun dia sudah meminta
ibu bapanya menghantar ke kelas muzik piano, violin, gitar dan kelas menari. Malah, menerusi perkongsian gambar kanak-kanak Dilraba… jelas menunjukkan kecantikan aslinya sudah terserlah.
Atas sokongan keluarga terhadap minat Dilraba, dia kini merupakan antara selebriti berjaya di China yang menerima pelbagai pengiktirafan sepanjang pembabitannya bergelar anak seni. Kerjaya Dilraba mula disedari ramai sekitar tahun 2015 / 2016 selepas dia membintangi drama siri 37 episod ‘Hot Girl’ yang melayakkannya menerima anugerah ‘Outstanding New Actress’ di 2016 ENAwards. Pada tahun yang sama juga, dia menerima satu lagi anugerah iaitu ‘Best New Actress’ di China Britain Film Festival menerusi watak yang dijayakan dalam Mr Pride vs Miss Prejudice.
Selain itu, dia turut dimahkotakan The Golden Eagle Goddess 2018 iaitu salah satu penghargaan tertinggi yang diberikan kepada pelakon di China. Tahun lalu sahaja, nama Dilraba Dilmurat menduduki tempat ke-16 dalam senarai Forbes China Celebrity 100 List dan popularitinya melonjak sehingga dia diberi bayaran lakonan mencecah sehingga 100 juta Yuan atau lebih USD 14 juta bagi satu drama!
Kejayaan yang diraih ini bukan bersandarkan kepada rupa paras menawan Dilraba semata-mata. Sebaliknya, dia merupakan selebriti yang rajin bekerja dan menerima banyak tawaran. Selepas mencatat percapaian luar biasa menerusi drama siri popular Eternal Love pada tahun 2017, tawaran yang diterima Dilraba datang mencurah-curah. Dia menjalani
penggambaran drama dan filem berturut-turut di samping menjadi jurucakap produk jenama mewah antarabangsa seperti Mikimoto, Louis Vuitton, Dolce Gabbana dan produk kecantikan dan kosmetik mewah Perancis, Clarins.
Tak puas mata memandang kecantikan Marian Rivera. Sememangnya aktres Filipina ini bertuah kerana dikurniakan rupa paras yang cantik dan berbakat dalam bidang seni. Tidak hairanlah pada usia mencecah 40 tahun, Marian Rivera kekal popular dalam industri seni di Filipina dan antara selebriti berjaya serta kaya di sana.
Apatah lagi Marian baru saja menggondol Best Actress Award Cinemalaya 2024 baru-baru ini. Sekaligus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran yang disambut pada 12 Ogos lalu.
Genap meniti usia 40 tahun, jelitawan Filipina ini bagaimana pun kelihatan muda remaja dan cantik. Biarpun sudah bergelar ibu, penampilan Marian Rivera Gracia Dantes kekal popular dan mempersona.
Pendek kata, persis anak dara. Pandai isteri Dingdong Dantes ini jaga badan!
Bertuah empunya badan dikurniakan pakej lengkap. Patutlah sering menjadi buruan
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol, anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini bukan calang-calang wanita. Dia memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.
Bapa Marian merupakan warganegara Sepanyol manakala ibunya pula rakyat Filipina. Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Bakat Marian juga mula bersinar selepas kejayaan drama Marimar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Bahkan Marian juga ada bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.
Marian Rivera berkahwin dengan aktor kacak Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Hasil perkongsian hidup hampir sedekad, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Maria Letizia dan Jose Sixto G Dantes IV.
Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas perniagaan bunga bungaan segar Flora Vida by Marian.
Selain perniagaan bunga segar, Marian juga mengeluarkan koleksi fabrik dan dekorasi kediaman rumah serta melancarkan jenama pakaian miliknya sendiri.
Meskipun sudah setahun berlalu namun pemergian isteri tercinta ke rahmatullah masih meninggalkan kesan mendalam terhadap Ridz Okumura sampai ke hari ini. ‘Kehilangan’ Allahyarham Akiko Okumura pada 28 Februari 2025 bukan hanya mengejutkan warga maya yang sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial suami, Ridz Okumura.