Penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku dan Kosong, Najwa Latif, 27, selamat bergelar isteri kepada rapper, Akwa Ariffin, 30, dengan hanya sekali lafaz di Batu Pahat, Johor sekitar jam 8.30 pagi Jumaat.
Majlis ijabkabul yang berlangsung di sebuah hotel itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat.
Pada majlis penuh harmoni itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa mas kaHwin 2.5 gram emas kepada Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif.
Ads
Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan ahli keluarga kedua belah pihak.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Najwa turut berkongsi momen istimewanya bersama suami dengan memuat naik foto pertama mereka selepas bergelar pasangan suami isteri.
“Alhamdulillah, kami dah grad @akwaarifin,” tulis penyanyi Cinta Muka Buku itu ringkas.
Pasangan pengantin diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung selepas solat Jumaat.
Najwa dan suami sebelum ini pernah tampil bekerjasama menerusi dua single duet berjudul Dua dan Tak Kisah Pun.
Ads
Najwa yang kini bergelar pensyarah, sedang melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ads
Tempoh pengajiannya itu dijangka dalam tiga hingga enam tahun. Walaupun masih jauh ‘perjalanan’ itu namun bagi Najwa ianya bakal menjadi satu pencapaian luar biasa bagi seorang anak seni sepertinya, apatah lagi dia sendiri mengakui pernah tidak minat akademik.
NONA mengucapkan selamat pegantin baharu buat Najwa dan suami.
Sumber Foto: Instagram Najwa Latif
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal serta Raja Bollywood, Shah Rukh Khan dikhabarkan kini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci di mana gambar-gambar pelakon itu yang berada di Makkah tular di media sosial sejak semalam. Menerusi foto-foto yang tersebar, Shah Rukh Khan kelihatan memakai pakaian ihram dengan memakai pelitup muka berwarna biru.
Dalam gambar-gambar tersebut, kelihatan Shah Rukh Khan sedang menunggu sesuatu dan beliau juga dilihat ditemani beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadinya.
Menerusi laman web Hindustan Times, Shah Rukh Khan menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem Dunki di Arab Saudi. Selepas menunaikan umrah, Shah Rukh Khan dilaporkan akan menyertai Festival Filem Laut Merah di Jeddah.
Perkhabaran Shah Rukh Khan menunaikan ibadah umrah disambut baik peminat dan rata-rata memberikan komen positif mereka mendoakan agar ibadah pelakon itu terlaksana dan diterima Allah S.W.T.
Dalam satu temubual bersama Times of India sebelum ini, Shah Rukh mengakui bahawa dia tidak pernah menunaikan umrah sebelum ini. “Menunaikan ibadah itu sudah semestinya ada dalam agenda saya. Saya teringin ke sana bersama anak lelaki saya Aryan dan anak perempuan Suhana.” Namun tidak diketahui sama ada keluarga Shah Rukh Khan menemaninya menunai umrah atau tidak.
“Sangat gembira melihat beliau menunaikan umrah dengan hasrat melawat tempat suci ini,” kata salah seorang peminatnya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki pendidikan di aras yang tinggi walaupun sudah bergelar ibu dan isteri bukan lagi sekadar impian malah ia boleh menjadi kenyataan buat seorang wanita bergelar ibu dan isteri. Walaupun sudah mempunyai dua cahayamata yang masih memerlukan perhatian penuh, penyanyi Ana Raffali berkongsi kegembiraan kerana berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana baru-baru ini.
Anna Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali berkongsi posting penuh kegembiraan di laman Instagram miliknya yang memaklumkan dirinya berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Pengajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Penyanyi yang popular menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku ini turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang memberikan kepercayaan dan bantuan sepanjang pengajiannya itu. Nampaknya, Ana bukan sahaja berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan bermain gitar, malah kini tekah menambah satu lagi portfolio dalam dirinya sebagai tenaga pengajar!.
Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Teaching English as a second language (TESL).
Kejayaan Ana Raffali membuktikan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu bukanlah halangan untuk dirinya berjaya mengenggam ijazah sarjana yang diimpikan itu. Malah Ana turut terlibat dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan antaranya termasuklah KEMAS dan sebagainya. Sebagai graduan Education in TESL, Ana Raffali berkongsi 4 strategi yang telah terbukti boleh membantu sesiapa menguasai apa sahaja yang diingini.
Sekadar informasi, nama Ana pernah menjadi perhatian selepas dinobatkan pemenang utama di Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku. Selain itu, Ana juga turut popular menerusi lagu Kalau Berpacaran, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dan Hari Hari Hari Raya.
Ana Raffali mendirikan rumahtangga dengan Ahmad Aznaim Abdullah pada 25 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahayamata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya yang berlaku pada 16 Disember baru-baru ini nyata mengejutkan. Setakat petang semalam, 24 mangsa telah disahkan terkorban dengan sembilan lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa terlibat berdasarkan maklumat rasmi Polis Diraja Malaysia.
Sudah semestinya tragedi memilukan ini nyata menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Tidak lupa juga dengan pengorbanan pihak berkuasa dan para anggota keselematan seperti angkatan Pertahanan Awam (APM), Bomba, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta lain-lain yang bertungkus lumus dari hari pertama sehingga ke hari ini, cuba untuk mengesan baki mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus.
Turut terkesan dengan bencana yang menimpa serta nasib para anggota keselamatan yang masih bekerja keras di tapak tragedi, ibu kepada usahawan popular Dato’ Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda Rozita turut membantu memudahkan urusan team rescue terdiri daripada anggota polis dan bomba dengan memberi kebenaran mereka beristirehat di resortnya.
Dikhabarkan, staf di Rumah Hutan Terapi Alam yang terletak berhampiran lokasi kejadian turut menyediakan makanan buat para petugas yang berehat dan menyediakan kelengkapan untuk memulakan operasi mencari di lokasi tanah runtuh. Hal ini dilihat menerusi hantaran di satu akaun TikTok yang menggunakan nama @joker8scarface berkongsi video anggota-anggota SAR sedang berehat setelah bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat.
Dalam video terbabit, dia turut menulis menitpkan kesyukuran dan terima kasih kepada Bonda Rozita dan staf Rumah Hutan kerana memberikan mereka makanan dan tempat untuk berehat. Dapat dilihat deretan trak polis diparkir di kawasan tersebut menandakan operasi mencari dan menyelamat masih lagi berjalan.
Bonda Rozita juga turut menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian yang telah berlaku dan berbesar hati sekurangnya dapat membantu para petugas keselamatan untuk berehat di resortnya malah dapat menghantar stafnya memberikan makanan kepada rescue team termasuk para petugas media.
“Saya benarkan staf sumbangkan tenaga mereka ke lokasi kejadian, sangat menyeronokkan bagi staf bonda, kesempatan ambil pengalaman, sebenarnya orang awam & kenderaan tak dibenarkan masuk ke lokasi menyelamat. Staf bonda dapat masuk untuk beri makanan dari rumah hutan. Sejak awal kejadian, area parking resort halaman @rumah.terapi.alam rumah sampai hari ni penuh dgn kereta2 polis & bomba katanya berkemah,” tulisnya.
Bonda Rozita turut mengatakan yang selepas ini tidak akan membenarkan pengunjung membuat sebarang perkhemahan di resortnya kerana bimbang kejadian sama berulang lagi malah akur dengan arahan kerajaan.
Rata-rata ramai yang memuji keprihatinan Bonda Rozita kerana memberi kemudahan kepada rescue team untuk berehat sambil melepaskan lelah selepas seharian bergelumang dengan lumpur. Mereka juga mendoakan agar operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dipermudahkan dan menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Suami Saya Bukan Muda Lagi,” luah isteri Datuk Azizulhasni Awang selepas jaguh berbasikal negara itu merangkul emas keirin di Piala Dunia Trek Perth pada usia 38 tahun.