Kini trend kecantikan popular dari Korea dengan gaya solekan memukau menjadi ikutan di pelbagai pelusuk dunia.
Salah satunya ialah glass skin. Kulit yang diibaratkan umpama kaca dianggap bersih tanpa pori-pori, sangat halus, anjal dan berseri.
Kalau tanpa secalit solekan pun, wajah tetap nampak segar dan sihat.
Dipetik daripada Purplle, berikut adalah langkah demi langkah bagi mendapatkan glass skin ala wanita Korea.
DOUBLE CLEANSER
Kaedah double cleansing membantu membersihkan wajah daripada sisa solekan yang melekat atau menyumbat pori-pori kulit.
Dengan menggunakan kapas, bersihkan wajah dengan oil cleanser atau milk cleanser. Kemudian, gunakan pencuci wajah agar lebih bersih secara maksimum.
PENGELUPASAN (EXFOLIATE)
Walaupun wajah dah melalui tahap double cleansing, tetap perlu melakukan proses pengelupasan bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang terkumpul di bawah permukaan kulit.
Ads
Kulit akan lebih cerah, bersih, mencegah jerawat dan membantu penyerapan produk penjagaan kulit dengan lebih baik. Lakuan 2-3 kali seminggu.
PENYEGAR (TONER)
Wanita Korea gemar menggunakan toner dalam siri penjagaan kulit mereka.
Selain mencerahkan, toner juga membantu mengimbangi pH kulit, melembapkan dan membantu produk penjagaan kulit lain meresap dengan sempurna ke dalam kulit.
Elak guna toner yang mengandungi alkohol kerana boleh mengeringkan kulit. Pilih toner yang boleh melembapkan kulit dan mengurangkan minyak pada wajah.
ESSENCE
Membantu meningkatkan kelembapan dan memperbaiki tekstur kulit wajah.
Ads
Penggunaan pati pada waktu malam dipercayai dapat membuatkan kulit cerah dan berseri bak kaca di waktu pagi.
SERUM
Kunci utama bagi mendapatkan glass skin ala wanita Korea. Serum bukan saja melembapkan kulit, malah dapat memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Pilih serum yang mengandungi asid hyaluronik dan Vitamin E bagi membantu melicinkan dan menambahkan kelembapan pada kulit.
PELEMBAP
Sapu pelembap pada waktu pagi dan malam.
Ads
Selain melembapkan, pelembap juga boleh membantu mencerahkan kulit dan mempercepatkan penyerapan produk penjagaan kulit lain ke dalam kulit.
KRIM PELINDUNG MATAHARI
Fungsi utama krim ini untuk melindungi kulit daripada sinaran UV dan mengelakkan tanda-tanda penuaan.
Bagi memastikan wajah kekal bersih dan berseri, gunakan pelindung matahari walau berada di dalam rumah.
MASKER WAJAH
Terdapat banyak masker wajah di pasaran yang boleh membantu dengan pelbagai masalah kulit.
Untuk penampilan yang glowing dan melembapkan, gunakan sheet mask pada waktu malam 2-3 kali seminggu.
Kredit Foto: www.pexels.com
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, usia perkahwinan pasangan selebriti Zahiril Adzim dan Shera Aiyob sudah pun melangkau 13 tahun. Lebih sedekad bergelar suami isteri, kedua-dua mereka kian bahagia dan menjalani kehidupan ‘low profile’ meskipun Zahiril dan Shera merupakan anak seni.
Sepanjang perkahwinan, jarang dengar cerita kurang enak mengenai pasangan ini. Cukup bijak menjaga privasi keluarga, Shera atau nama sebenarnya Nur Syahirah Aiyob lebih memberi tumpuan kepada suami dan cahaya mata tunggal mereka.
Apatah lagi, sejak berkahwin wanita berusia 38 tahun tersebut mengambil keputusan untuk memperlahan aktiviti seni demi keluarga tersayang.
Sebelum berkahwin, Shera merupakan seorang pelakon dan pengacara televisyen.
Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-13, Zahiril menitipkan ucapan ringkas dan penuh makna buat isteri tercinta. Sambil memuat naik momen indah di samping Shera sepanjang melayari alam rumah tangga.
“13 years and still rock and roll. Alhamdulillah. Thank you to everyone who made dua for us. Your prayers mean the world to us.
Mengimbas kembali pembabitan Shera dalam industri seni, dia mula aktif berlakon sekitar tahun 2007.
Antara karya yang pernah dibintangi Shera termasuklah filem Karak, Juvana, Perempuan Paling Bahagia dan Duri.
Shera sah bergelar suri hati Zahiril Adzim pada tanggal 20 November 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 19 Jun 2013 yang diberi nama Nadi Anaqi.
Pasangan ini pernah diberi kepercayaan mengemudi program Masam Masam Manis musim ketiga di saluran TV AlHijrah.
Penampilan Shera sebagai selebriti dan isteri kepada pelakon popular meraih perhatian ramai selepas dia memutuskan untuk berhijab sepenuhnya pada tahun 2014.
Zahiril, selain aktif dengan kerjaya lakonan turut mengusahakan label pakaian miliknya iaitu Bobby San Supply.
Semoga kehadiran Nadi Anaqi memberi lebih makna buat Zahiril Adzim dan Shera Aiyob dalam melayari alam rumah tangga dan kekal bahagia sampai syurga.
Beruntungnya Datuk Sheila Majid dikurniakan rupa paras awet muda dan tak makan dek usia. Genap berusia 58 tahun pada 3 Januari lepas, isteri Hasridz Murshim Hashim atau lebih dikenali sebagai Acis kelihatan sihat bertenaga dan cantik dalam kelas tersendiri.
Melihat susuk tubuh kecil moleknya pasti ramai tidak sangka Datuk Sheila bakal menghampiri usia 60.
Dari awal pembabitan dalam dunia hiburan, Ratu Jazz ini tidak sekadar menghiburkan peminat dengan kelunakan suara. Malah dikagumi kerana pandai jaga badan dan kekal menawan.
Tidak hairanlah pada usia lewat 50an, Datuk Sheila memiliki stamina yang baik kerana dia mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Menerusi perkongsian di media sosial, figura ini dilihat aktif dengan rutin senaman pilates.
Bukan itu saja, Datuk Sheila juga amat menitikberatkan soal diet makanan. Memetik kenyataannya kepada media tidak lama dulu, jelitawan ini menjadikan ibunya sebagai idola terutamanya dari segi penyediaan makanan berkhasiat.
“Saya amalkan perkara yang sama untuk keluarga, Hanya sekali-sekala saja saya benarkan anak-anak menikmati makanan ringan.”
Datuk Sheila merupakan antara selebriti yang selesa tampil tanpa solekan tebal di wajah. Selain memastikan mekap tidak berada di wajah mulusnya terlalu lama.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sinaran ini mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Halia sememangnya tidak asing lagi dalam kehidupan kita kerana sering digunakan dalam masakan kerana halia sebenarnya menjadi ramuan penyedap! Mungkin selama ni kita fikir halia hanya satu jenis tumbuhan herba yang hanya boleh digunakan dalam masakan. Rupa-rupanya, halia juga memberi banyak khasiat kepada tubuh badan seseorang terutamanya wanita. Lagipun, halia sangat mudah didapati dan harganya sangat murah. Jadi, tak jadi masalah nak maintainkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan.
Ternyata terbukti halia mampu memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan kita dan ini adalah antara manfaat pengambilan halia kepada golongan wanita.
1. Buang Angin
Angin & toksin yang terdapat di dalam badan boleh dibuang dengan pengambilan halia dalam minuman. Caranya mudah saja. Hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh selok-eloknya teh hijau tanpa gula. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Jadikan ini sebagai rutin harian anda pasti angin dan toksin dalam badan dapat dibuang dengan mudah.
2. Redakan Tekanan & Naik Seri Wajah
Amalan minum air halia dengan madu setiap hari dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan kesihatan dalaman badan.Ia mampu membuatkan wajah serta tubuh tampak segar, membantu melancarkan perjalanan darah sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi dan menaikkan seri wajah.
3.Turunkan Berat Badan
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme serta memecahkan lemak dalam tubuh secara semulajadi.Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan.Caranya dengan menghiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas, madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong.
Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
4. Atasi Masalah Pencernaan
Jika mengalami masalah percernaan seperti perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia berkesan untuk mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.
5. Hilangkan Bau Badan
Halia juga dipercayai membantu menghilangkan masalah bau badan. Malunya bila badan dah lawa , muka cantik tapi badan pula berbau. Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.
6. Kuatkan Sistem Imun Tubuh
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit. Sekaligus memperkuatkan sistem imun dalam tubuh.
7. Menghangatkan Ranjang
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, info ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ reproduksi. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.
Banyak kelebihan halia ni untuk kesihatan dalaman tubuh. Jadi tak rugi jika diamalkan selalu.
sumber: suaramedia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki aktres Hollywood ini pada usia 62 tahun, Demi Moore muncul sebagai wanita tertua dinobatkan gelaran 'Orang Tercantik Di Dunia' oleh Majalah People.