Sebelum menghabiskan bulan terakhir dalam tahun 2020 ini, apakata kita gembirakan hati insan tersayang dengan bingkisan istimewa. Sungguhpun 2020 menjadi tahun cabaran tetapi kasih sayang dan ingatan indah untuk mereka jangan dilupakan!
SATURDAY SKIN YUZU VITAMIN C SLEEPING MASK
Tidurlah dengan lena selepas ‘diselimutkan’ dengan segala kebaikan daripada Yuzu Vitamin C Sleeping Mask ini. Magisnya buah Yuzu yang begitu terkenal dengan kebaikan dalam perubatan, penjagaan kulit dan mandian yang dipraktikkan dalam budaya Asia. Sebaik anda bangun dari tidur, khasiat dari buah Yuzu akan memberikan kulit terasa segar, lembap dan mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah. Ini berita baik kan? Cepat klik sebelum terlambat!
Ads
BRIOGEO FAREWELL FRIZZ
Bayangkan haruman minyak rosehip, argan dan kelapa membaluti mahkota indah. Tentunya bahan-bahan ini menjadi rawatan terbaik untuk rambut anda. Ia melembap, memberi kelembutan serta mengelakkan dari berlakunya rambut menggerbang. Dengan syampu, perapi dan conditioning spray dalam satu kotak, kit istimewa ini bakal menjadi teman baik anda tidak lama lagi!
Ads
TATCHA PURE GLOWING TRIO
Dihasilkan daripada beras ungu Jepun yang mewah dengan antioksidan, set tiga beradik ini iaitu Dewy Skin Cream, The Rice Wash dan The Silk Peony, anda bakal melihat perubahan kulit yang ketara lebih cerah, bersih dan halus. Hanya dengan membersihkan muka dengan The Rice Wash, anda akan begitu teruja untuk meneruskan sesi rutin kecantikan seterusnya.
Ads
HUDA BEAUTY NEW LIMITED-EDITION OBSESSIONS EYESHADOW HAZE PALETTES
Siapa yang tidak mahu menonjol dengan solekan paling indah? Pembayang mata dengan tiga pilihan warna; Khaki Haze, Sand Haze dan Purple Haze memberi modern-twist pada ikonik smokey-eye yang terbaharu. Setiap palet kekal dengan kualiti pigmented dan memudahkan anda ‘berkarya’ dengan mudah pada bahagian mata. Lihatlah pilihan warnanya, sungguh memukau!
MARIO BADESCU MINI MIST COLLECTION
Jangan kata ketika bercuti, di rumah dan di pejabat pun kita perlukan face mist atau penyegar wajah. Semburan penyegar wajah empat sekawan ini sangat menepati setiap mood anda. Di datangkan dalam set travel-friendly, kesegaran dari aloe vera, herba, rosewater, timun, teh hijau, chamomile, lavender, sage dan orange blossom boleh membuatkan anda tenang dan lebih relax.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah percintaan penyanyi dangdut Cita Citata dengan cucu bekas Presiden Indonesia, Didi Mahardhika pernah tular di media sosial sedikit waktu dahulu apabila pasangan ini dikatakan membatalkan pernikahan mereka pada saat-saat akhir.
Namun akhirnya, Cita Citata mendedahkan dirinya sudah setahun bergelar isteri kepada Didi Mahardhika melalui laman Instagramnya semalam. Dalam posting tersebut, pasangan berkenaan meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 9 Julai.
Dalam hantaran tersebut, Cita melahirkan rasa syukur sudah setahun bergelar isteri kepada cucu bekas presiden pertama Republik Indonesia, Soekarno.
Selamat hari pernikahan sayang… selalu bahagia , selalu saling sabar dan Semoga Cinta kita selalu dalam lindungan sang maha segalanya..
Muat naik di laman Instagram turut memperlihatkan Cita menitipkan doa dan nasihat buat rakan-rakan supaya tidak pernah berhenti berharap mencari pasangan hidup.
“Buat rakan-rakan yang belum bertemu jodoh sesuai mengikut kemahuan sendiri, sebaiknya perbaiki diri kita dahulu dan berdamai dengan diri sendiri,” ujarnya.
Sekitar September tahun lalu, pasangan ini bertindak membatalkan perkahwinan mereka kerana gagal hadir ke pejabat agama bagi urusan pendaftaran. Walaubagaimanapun, ternyata pasangan ini sebenarnya sudah bernikah lebih awal tetapi bertindak untuk tidak menghebohkan perkahwinan tersebut kepada khalayak umum.
Didi Maharadhika merupakan anak lelaki Rachmawati Soekarnoputri yang merupakan anak ketiga Presiden Soekarno dan Fatmawati. Merupakan seorang ahli politik, jejaka berusia 42 tahun ini dikatakan telah beberapa kali berkahwin dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan Garnetta Haruni. Pasangan ini berceraipada tahun 2013.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpaku dibuatnya apabila mendengar titah ucapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bersempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini. Setiap bait dan tutur kata Baginda jelas serta terang.
Sekaligus membuatkan khalayak terpikat dengan suara Tengku Permaisuri Selangor. Terubat rindu nak dengar Baginda baca berita!
Berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam pada 18 November lepas, DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-98 tersebut.
Baginda yang mengenakan persalinan tradisi kurung rona biru gelap dan bertudung bawal tampil anggun berseri. Ditambah dengan aksesori rantai leher mutiara yang melengkapkan lagi pesona Baginda.
Dalam titah ucapan, Baginda menyeru agar semua institut pengajian tinggi (IPT) menyediakan program yang dapat membentuk pembangunan bakat dan sahsiah graduan secara langsung dengan dunia sebenar.
Baginda yang juga Pro-Canselor UiTM bertitah, universiti perlu memberi ‘kepercayaan’ kepada pelajar untuk memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan mereka kepada komuniti.
Tegas baginda, perlu diakui bahawa pembangunan bakat merupakan elemen penting dalam membantu meningkatkan ekonomi negara.
Oleh itu juga, Baginda mahu agar sistem pendidikan negara mempunyai keupayaan menghasilkan modal insan berkualiti serta berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri.
Baginda turut berbesar hati apabila Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkenalkan Service Learning Malaysia – Universiti For Society atau SULAM dengan menyediakan ruang kepada pelajar untuk memperkembangkan idea mereka kepada komuniti melalui kaedah Pembelajaran Menerusi Pengalaman.
Semasa istiadat pertama hari ini, Baginda berkenan menganugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang dan sarjana kepakaran perubatan kepada 125 graduan.
Istiadat konvokesyen itu turut dihadiri sembilan orang alumni terawal UiTM, yang dahulunya dikenali dengan Dewan Latehan RIDA dari tahun 1959 hingga 1967.
Pesona Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sememangnya memukau pandangan. Penampilan Baginda sentiasa dinanti-nantikan dan menjadi tumpuan ramai. Apatah lagi, Tengku Permaisuri Norashikin memiliki raut wajah cantik dan penuh kelembutan.
Pada 27 November lepas berlangsungnya Istiadat Penganugerahan / Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-75.
Istiadat yang sepatutnya diadakan pada 11 Disember 2020 terpaksa ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mengiringi Sultan Selangor pada istiadat itu ialah Tengku Permaisuri Norashikin yang anggun mengenakan persalinan kebaya. Uniknya, busana tersebut diperbuat daripada Tenun Pahang Diraja.
Memetik perkongsian pereka fesyen tersohor, Datuk Radzuan Radziwill… ada kisah istimewa di sebalik busana berkenaan.
“Dirgahayu Tuanku. Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Tuanku Permaisuri Selangor menyarung persalinan Tenun Pahang Diraja. Kurniaan Tuanku Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kebaya Selangor ini telah ditelepok emas. Bercorak Bunga Tanjung pecah sembilan. Mewakili 9 daerah di negeri Selangor di bahagia baju dan juga sarung.”
Turut berangkat pada Istiadat itu ialah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Sementara itu, pada 24 November lalu juga penampilan Tengku Permaisuri Selangor dalam persalinan Tenun Pahang Diraja paduan rona biru dan kelabu di Majlis Santapan Malam bersempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 di Istana Negara, Kuala Lumpur turut mencuri perhatian.
Lengkap mengenakan perhiasan mutiara, baju tradisi Tenun Pahang Diraja Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyerlahkan lagi kejelitaan Baginda. Bagaikan tidak puas mata memandang!
Kredit foto: Facebook Selangor Royal Office & Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan mencerminkan keyakinan diri. Tidak hairanlah ramai wanita tercari-cari rujukan fesyen yang bukan sahaja menarik, malah memberi kesan mantap dan berkelas.
Luna Maya, dengan gayanya...