Nak Jadi Comel Si Pipi Merah? Wanita Ini Share Manfaat BEAUTY ROSES Yang Mudah Dibuat Di Rumah!

908

Pernah dengar tentang petua makan putik bunga mawar untuk awet muda? Kalau ikutkan amalan orang Cina, mereka pula percaya rendaman ‘beauty roses’ amat bagus untuk kecantikan dan kesihatan seluruh badan.

Nona tertarik dengan perkongsian Fatimah Murni Atemin, pengasas Seri 7 Malam di Shah Alam. Beliau bukan saja menjual beauty roses, malah beberapa produk tradisional lain seperti scrub & mask serta air mawar. Beliau juga seorang pengusaha spa berpengalaman!

Kalau tengok wajah ibu muda berusia 30 tahun ni, sesiapa pun mesti ingat orangnya masih muda remaja. Rupa-rupanya ada ‘amalan’ yang boleh ditiru! Bila diusik tentang pipi gebu, Murni cuma tertawa kecil sambil menunjukkan pek beauty roses keluarannya.

“Melihat uncle dan aunty saya yang berbangsa Cina sentiasa nampak muda membuatkan saya terdorong bertanya, apakah rahsia mereka? Dan jawapannya adalah amalan bunga mawar. Dari situ saya study berkenaan bunga ini dan akhirnya menamakan ia sebagai beauty roses.

Kalau nak tau, orang kita kurang terdedah dengan kebaikan bunga mawar. Tapi saya suka satu nasihat Bonda Rozita Jamu Ratu Malaya. Katanya golongan wanita wajib amalkan ni sebab banyak khasiat yang terkandung di dalamnya.

Bayangkan dengan 2 kali ganda lebih vitamin C daripada buah-buahan dan kapsul, beauty roses berupaya membantu memutihkan dan menegangkan kulit, memudarkan jerawat dan jeragat, membuat pipi pink, menaikkan seri wajah dan macam-macam lagi.

Beauty roses adalah gabungan 3 jenis bunga mawar yang dicampurkan. Berlainan dengan yang lain, kami beri kelainan dengan menggabungkan 3 jenis bunga mawar ini yang terkenal dengan pelbagai khasiat,” ujarnya lembut.

Berkongsi pengalaman sendiri, Murni rupanya mula mengkomersialkan beauty roses selepas mengalami perubahan drastik. “Selepas amalkan sendiri beauty roses, kulit saya yang sebelum ni kusam dan kering mula bertukar lebih lembap dan berseri. Paling best muka jadi tegang! Masalah haid pun mula lancar dan saya dapat tidur lena.”

Dengar pun dah teruja! Dan disebabkan beauty roses adalah produk organik, maka ia dijamin selamat tanpa kesan sampingan. Cuma kata Murni, wanita hamil tak digalakkan minum sebab takut terlalu lawas. Wanita yang taknak mukanya jadi terlalu cantik pun tak dibenarkan amal beauty roses!

So, macam mana cara nak minum beauty roses ni? Tengok video ni…

  • Ambil half bunga dari bungkusan.
  • Basuh dengan penapis supaya beauty roses tak jatuh.
  • Ambil botol 500ml.
  • Tuang air panas.
  • Biarkan selama 10 ke 15 minit.
  • Dah boleh minum suam-suam!

Sesapa yang berangan nak jadi Comel Pipi Merah macam lagu baru Dato’ Sri Siti Nurhaliza tu bolehlah amalkan beauty roses ni sekarang.

Sumber: Instagram @seri7malam