
Mudahnya berdiet jika anda kenal makanan yang mampu membantu anda untuk mencapai matlamat itu. Nona sediakan 6 jenis makanan pelangsing tubuh secara semulajadi buat anda.
Pir
Ia kaya dengan serat dan kandungan air, sesuai dijadikan hidangan harian buat mereka yang berdiet. Ini kerana selain membantu anda untuk kembali langsing, kandungan airnya juga baik untuk kelembapan kulit. Kandungan seratnya pula dapat memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama.

Oren
Buah oren sangat tinggi vitamin C dan flavanoid yang membantu mempertingkatkan pembakaran lemak dalam tubuh. Mulakan hari anda dengan segelas jus oren segar tanpa tambahan gula. Selain diminum dalam bentuk jus, anda juga boleh tambahkan hirisan oren ke dalam hidangan salad.

Timun
Timun adalah sayuran segar rendah kalori yang paling mudah dinikmati saat berdiet. Ia juga mempunyai sifat penyejuk yang baik untuk badan kala cuaca panas. Anda boleh nikmatinya begitu sahaja sebagai ulam atau tambahkan ia bersama kekacang untuk dijadikan salad.

Yogourt
Yogourt anda wajib jadikan snek ringan ketika berdiet. Makanan yang rendah kalori dan tinggi nutrisi ini sangat mengeyangkan jika dinikmati. Ia juga tinggi kandungan kalsium yang baik untuk tulang dan penurunan berat badan.

Jus Lemon
Dua gelas jus lemon segar bersama satu sudu madu setiap awal pagi dan malam dapat membantu proses diet anda menjadi lebih efektif. Ia membantu membakar lemak serta membantu meremajakan kulit dari dalam.

Lobak Merah
Lobak merah boleh dijadikan sup, salad, jus ataupun manisan. Biasakan diri anda untuk menikmati semangkuk jus lobak merah sebelum hidangan utama bagi membantu menimbulkan rasa kenyang. Ia akan membantu anda mengurangkan jumlah pengambilan makanan dalam hidangan utama.Selain itu, lobak merah juga kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan anda

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!















YNA SAKINAH
“Kecantikan dalaman paling penting dijaga kerana ia permulaan untuk keseluruhan kecantikan luaran kita. Amalkan makanan seimbang agar kulit lebih cantik dan berseri. Manakala kecantikan luaran hanya perlu ditambahkan dengan solekan sederhana bagi menaikkan seri wajah.
Saya sentiasa membawa kit solekan dari produk saya sendiri. Set solekan tersebut sudah lengkap dengan gincu, pembayang mata, pemerah pipi, bronzer, highlighter dan eyebrow pencil di dalam satu palet. Saiznya juga sangat comel memudahkan saya membawanya ke mana-mana contohnya terpaksa bekerja luar kawasan.



Setiap wanita sukakan kecantikan. Namun begitu kecantikan biasanya didefinisikan dari sudut yang berbeza. Kecantikan itu juga datangnya daripada keyakinan diri yang kuat. Di samping itu, kecantikan juga membawa maksud sihat dan bersih.










