Mengembara atau melancong memang mengujakan namun mengemas beg pakaian memang suatu yang sukar untuk dilakukan. Lebih-lebih lagi kalau terpaksa bekerja out station.

Menyimpan baju di dalam beg pakaian mungkin lebih mudah berbanding dengan barang-barang keperluan peribadi. Jika takut tertinggal barang-barang keperluan tersebut adalah lebih baik menyimpannya di dalam sebuah beg atau travel kit.  Pasti tidak akan ada barang yang tertinggal.

IKLAN

Ada lagi satu tip yang boleh dilakukan iaitu jangan mengeluarkan barang-barang peribadi tersebut sehingga menggunakannya lagi untuk mengembara atau melancong kembali.

Untuk elakkan masalah tertinggal, jom semak barang yang patut ada dalam travel kit ini.

(1) Travel kit

Beg untuk menyimpan barang-barang peribadi ini biar tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Apa yang penting semua barang yang mahu dibawa muat di dalam beg.

(2) Pil tidur

Berjalan jauh mungkin mengganggu waktu tidur atau mungkin tempat tidur yang baru tidak selesa. Telan pil tidur jika keadaan benar-benar memaksa anda untuk melakukannya.

(3) Deodoran atau anti-perspirasi

Deodoran sangat penting dalam mengembara. Tidak semua bilik yang diinapi mempunyai bekalan air yang cukup. Deodoran sangat membantu penampilan anda ketika bercuti.

(4) Bekas kanta lekap dan saline

Jika anda pengguna kanta lekap, bekas kanta lekap dan saline adalah sangat penting dan sepatutnya berada di senarai pertama checklist.

(5) Pelembap bibir

Pelembap bibir sangat penting terutama jika melancong ke kawasan yang mempunyai cuaca sejuk. Jika kurang minum air bibir akan cepat kering dan mungkin boleh merekah.

(6) Pil sakit perut

Mungkin di luar kawasan anda makan makanan yang bukan menjadi kebiasaan. Sakit perut atau makanan tidak cerna boleh memburukkan keadaan. Pil sakit perut ini perlu ada dalam setiap travel kit.

(7) Alat jahitan

Siapa tahu baju yang dibawa terkoyak ketika melintas jalan. Hendak beli baru mungkin tidak termasuk dalam bajet. Cara yang terbaik adalah menjahit baju yang terkoyak tersebut.

(8) Trimmer

IKLAN

Pengembara lelaki jika tidak merapikan wajah dengan sempurna pasti akan selekeh umpama pengemis. Walaupun mengembara wajah perlu dirapi sempurna. Lebih baik jika membawa trimmer yang menggunakan kuasa bateri.

(9) Berus dan ubat gigi

Tidak akan lengkap hari seseorang jika tidak memberus gigi terutama selepas bangun tidur.

(10) Ubat titis mata

Berjalan di kawasan yang berdebu boleh mengganggu penglihatan. Ubat titis mata berguna jika mata gatal dan berair.

(11) Floss

Floss sangat berguna jika makan daging yang liat dan melekat di celah gigi.

IKLAN

(12) Pewangi

Penyembur wangian merupakan alat untuk melengkapkan kehidupan seorang pengembara. Mana tahu jika tiada air untuk mandi, pewangi boleh dijadikan sebagai penyelamat.

(13) Putik kapas

Putik kapas boleh digunakan jika telinga dimasuki air ketika mandi atau menyelam dalam laut.

(14) Syampu

Lebih mudah andai menggunakan syampu bersekali dengan mandian.

(15) Gel rambut

Penampilan lebih sempurna jika rambut dirapi sempurna.

(16) Pembersih muka

Wajah lelaki juga perlu dibersihkan daripada segala kotoran sebelum tidur. Jika tidak jerawat mudah hinggap. Hamizatul Maizan Mohamed