
Sekali pandang, macam gadis Jepun. Cantiknya Nadiah Ramli! Bakal memasuki usia perkahwinan yang pertama pada Februari depan, Nadiah merupakan anak perempuan kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.
Kelibat Nadiah pernah menjadi perhatian peminat seni apabila dia datang memberi sokongan kepada bapa tersayang ketika Datuk Ramli menjadi juri program hiburan popular, Gegar Vaganza.
Mengimbas kembali detik bersejarah bergelar isteri, ratu hati Taufiq Nadzri ini diijab kabul ketika Covid-19 melanda. Walau diraikan secara sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat yang menjadi saksi.





Berkongsi perkenalan awal dengan suami kepada followers di Instagram, Nadiah menjelaskan mereka mula mengenali di antara satu sama lain kira-kira empat tahun lepas iaitu pada hujung tahun 2017.
Ketika itu Nadiah mengambil khidmat Taufiq sebagai jurugambar profesional. Inilah namanya ‘Kalau dah jodoh tak ke mana!’
Menerusi gambar-gambar di majlis pernikahan Nadiah dan Taufiq, jelas terpancar wajah gembira kedua-dua mempelai. Tampil sedondon dalam persalinan tradisi rona putih, Taufiq kelihatan segak berbaju melayu sementara Nadiah pula anggun dalam busana indah ilham pereka Syafieq Ayman.





Paling mencuri tumpuan ialah wajah penuh ayu yang dimiliki Nadiah. Ternyata dia mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish. Ibu Nadiah merupakan penggiat seni terkenal tanah air, Jennifer Thompson.
Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama. Difahamkan Nadiah bertugas di Universal Muzik.
Pernah Digelar “Gemuk & Hodoh” AISHWARYA RAI Buktikan Usia 48 Tahun Tak Mustahil Kekal Kejelitaan!

Wanita mana tidak pernah berhadapan dengan masalah berat badan apatah lagi usai proses melahirkan cahaya mata? Ia adalah kitaran kehidupan normal yang harus dilalui oleh wanita usai melahirkan anak.
Bagi pelakon yang pernah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai, dia juga tidak terlepas dari berhadapan masalah tersebut selepas melahirkan anaknya, 12 tahun yang lalu. Malah, dia hampir tertekan dek masalah kenaikan berat badannya itu.
Pelakon kelahiran Mangalore, Karnataka, India ini juga pernah melalui saat “dimalukan di media sosial” di mana foto dirinya dimanipulasi dan dijadikan bahan ejekan. Walaubagaimanapun, Aishwarya sering kelihatan tenang berhadapan dengan tekanan dan menganggap situasi tersebut turut dihadapi oleh ramai selebriti lain di seluruh dunia.
Tidak dinafikan persoalan body shaming sememangnya menjadi topik yang hangat diperkatakan seantero dunia kerana ramai beranggapan individu bertubuh besar mempunyai stigma tidak cantik dan mempunyai masalah kesihatan.
“Mereka punya banyak masa untuk menjatuhkan orang lain kerana tindakan itu membuatkan mereka bahagia. Namun pada penghujungnya, kita hanya mampu untuk memikirkan cara mereka ber kir.
“Biarkan mereka bantu diri mereka sendiri. Kita hanya dapat menolong dengan tidak mengambil kisah tentangnya,” ujar Ratu Dunia 1994 itu.
Menjangkau usia 48 tahun, Aishwarya masih dihujani pujian kerana berjaya mengekalkan kejelitaan dan mengatasi masalah berat badan. Malah penampilannya dalam filem terbaharu, Ponniyin Selvan serta merta mengunci mulut pengkritiknya yang selama ini meyakini bahawa kegemilangannya sebagai pelakon sudah berakhir.
Menurut portal Times Of India, Aishwarya mengamalkan diet ringan, selain membudayakan aktiviti kecergasan untuk mendapatkan bentuk fizikal dan kecergasan yang diperlukan bagi menghidupkan watak Nandini dalam filem tersebut.
Pelakon tersebut dilaporkan amat menggemari masakan ala Mangalore terutamanya kari ikan dan ayamnya. Aishwarya turut mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan nasi.
Beliau juga dilaporkan mengamalkan pengambilan jus lemon suam bercampur madu setiap pagi. Antara rahsia yang terkandung dalam minuman jus lemon suam bercampur madu termasuklah ia mampu menurunkan berat badan, mencegah infeksi saluran kencing dan mampu membersihkan hati dari racun.Selain itu, rutin senaman aktress tersebut termasuklah yoga berbanding melakukan aktiviti senaman di gimnasium.
Guna Nama Along, Angah, Alang, Achik, Acu Untuk Lip Matte. Gaya Kreatif Skindara Pikat Hati Penggemar Lip Matte!

Sebut sahaja kosmetik, sudah tentu pelbagai jenama ksometik tempatan mahupun antarabangsa mula berlegar di benak fikiran. Mana tidaknya, produk kosmetik menjadi sebahagian gaya hidup wanita untuk kekal jelita demi untuk penampilan diri sekaligus membangkitkan aura seseorang wanita. Tidak hairanlah mengapa semakin ramai usahawan menceburkan diri dalam bidang kosmetik memandangkan ia mendapat sambutan hangat di kalangan wanita.
Antara jenama kosmetik yang semakin mendapat tempat di hati pengguna termasuklah Skindara Global di bawah jenama Skindara yang diasaskan oleh Iskandar Abdillah Suffian dan isteri tersayang, Nur Hidayu Zorkafli. Walaupun jenama Skindara baharu ditubuhkan kurang setahun yang lalu, namun ia semakin mencuri tumpuan pengguna kosmetik yang mementingkan jenama tempatan yang membawakan produk berkualiti setaraf antarabangsa.
Ketika ditanya di sebalik jenama Skindara, ia sebenarnya mempunyai kisah menarik di sebalik terbitnya jenama yang dekat di hati masyarakat Melayu.
“Skindara telah ditubuhkan lebih kurang setahun yang lalu. Tetapi kami suami isteri tidak terlalu fokus terhadap perniagaan ini kerana mempunyai perniagaan lain iaitu fesyen dan tekstil,” ujar Iskandar mewakili jenama Skindara.
Iskandar dan Nur Hidayu merupakan pengasas jenama fesyen terkemuka Shawlpublika dan Sp.casual. Namun begitu, pasangan suami isteri ini kami kembali aktif beberapa bulan lepas dengan mengeluarkan lipmatte pertama Skindara. Mereka juga tidak menyangka lipmatte yang dikeluarkan di bawah jenama Skindara mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
“Alhamdullilah sambutan yang kami terima terhadap produk lipmatte ini amat menggalakkan. Lipmatte dan wanita sememangnya berpisah tiada. Pasti setiap hari masa ada sahaja wanita yang hendak mendapatkan lipmatte baharu dan mencuba lipmatte baharu,” ujar Iskandar yang turut berkongsi strategi pemasaran turut memainkan peranan penting dalam menguruskan perniagaan.
“Antara perkara yang amat kami titikberatkan dalam perniagaan adalah membuat kajian tentang tabiat pengguna. Alhamdulillah setelah kami membuat market survey dan market research, kami dapati permintaan terhadap produk ini amat tinggi. Itu adalah antara sebab utama kami mengambil keputusan menceburkan diri dalam satu lagi cabang perniagaan berasaskan kosmetik dan menghasilkan lipmatte,” ujar Iskandar lagi.
Tidak lengkap perjuangan seorang ahli perniagaan tanpa berhadapan dengan cabaran untuk memajukan lagi jenama yang diperkenalkannya. Walaupun Shawalpublika sudah mempunyai followers yang ramai dan tidak sukar untuk memperkenalkan jenama baharu untuk para pengikut setianya, namun bagi Iskandar dan Nur Hidayu atau lebih mesra disapa Ayu berkata cabaran dalam perniagaan kosmetik dan tekstil mempunyai cabaran tersendiri dan ia perlu ditangani dengan bijak dan professional agar setiap cabaran mampu diatasi sebaik mungkin.
“Antara cabaran yang dihadapi ialah dari segi kelewatan supply dari pembekal memandangkan permintaan terhadap produk ini begitu baik wlaupun baharu sahaja diperkenalkan di pasaran. Ia merupakan sesuatu yang diluar jangkaan kami apabila produk tersebut mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna lipmatte,” ujar Ayu yang menggunakan pendekatan lokal untuk memperkenalkan jenamanya.
Tambah Ayu lagi, terdapat beberapa faktor mempengaruhi penjualan mendadak produk lipmatte Skindara antaranya termasuklah penggunaan nama untuk setiap jenis lipmatte yang dihasilkan.
“Skindara lipmatte sangat berbeza dengan produk lain yang berada di pasaran kerana lipmatte kami sangat ringan, tidak melekat, mempunyai efek pemakaian yang tahan lama dan tidak mudah merekah di bibir selepas penggunaannya. Selain itu, lipmatte Skindara jugak tidak menghitamkan bibir seperti sesetengah lipmatte yang lain kerana kandungan minyak chamomile dan vitamin E yang membantu melembabkan kulit.
Lebih istimewa, kami memperkenalkan nama-nama yang unik untuk setiap lipmatte antaranya Along, Angah, Achik dan sebagainya. Nama-nama ini lebih dekat di hati masyarakat Malaysia untuk dikomersilkan ke peringkat antarabangsa,” ujar Ayu lagi.
Ayu turut berkongsi kisah lucu disebalik munculnya nama Skindara yang pada pandangan penulis mencuit hati dan amat dekat di hati pasangan suami isteri ini.
‘Ramai yang bertanyakan dari mana inspirasi nama Skindara itu. Sebenarnya nama itu diambil sempena nama suami iaitu “Iskandar” dan sedikit penambahan melengkapkan nama jenama ini,” ujar Ayu yang ternyata gembira dengan perkembangan perniagaan lip matte itu.
Perniagaan yang diasaskan oleh pasangan suami isteri ini juga menggunakan motto Man Jadda Wa Jadda yang membawa maksud sesiapa yang berusaha pasti berjaya sekaligus melambangkan usaha tanpa mengenal jemu pasangan ini untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan yang diusahakan oleh mereka. Walaupun mengetahui bahawa sejak kebelakangan ini sudah ramai di kalangan usahawan dan golongan selebriti yang menceburkan dalam bidang perniagaan, Iskandar secara jujurnya mempunyai pandangannya tersendiri.
Menjadi salah satu jenama kosmetik tempatan yang menerima anugerah NONA TOP BEAUTY ENTERPRENUER baru-baru merupakan satu permulaan terbaik buat jenama Skindara mengorak langkah memeriahkan lagi industri kosmetik tempatan.
“Secara jujurnya, sesuatu produk itu tidak mampu berdiri hanya kerana pengasasnya semata-mata tetapi kerana kualiti produk yang dihasilkan serta sistem pemasaran yangg proaktif. Saya yakin rezeki Allah amat luas di muka bumi ini dan usaha adalah kunci utama untuk mengecapi kejayaan. Saya yakin, satu hari nanti jenama Skindara bukan sahaja mampu menguasai pasaran Malaysia tetapi mampu menembusi pasaran luar negara dan diterima oleh semua lapisan masyarakat. Saya ingin menjadikan jenama skindara sebagai household name di Malaysia,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Berat Badan Tidak Berubah? 10 Tip Untuk Atasi Masalah Plateau Berat Badan

Dah diet tapi berat badan tidak berubah atau dah kurang berat badan tapi kini berat badan masih sama walaupun anda amalkan pemakanan dan senaman yang sama?
Jangan risau. You are not alone dan ya, anda mungkin berdepan masalah plateau berat badan yang normal. Berikut adalah 10 tip untuk bantu anda break though masalah plateau berat badan anda.
1. Fokus Pada Kualiti Makanan
Setelah anda berjaya kurangkan berat badan melalui defisit kalori dan kawalan kuantiti kalori, cuba alih perhatian anda kepada kualiti makanan. Ini bukan soal kalori tapi soal: garam, fiber dan nutrient-density makanan. Garam dan fiber terutamanya membantu dalam kawalan water retention dan perlawasan.
2. Rehat Seketika
Yes, saya faham anda bersemangat untuk bersenam sepanjang masa tapi ‘overtraining’ adalah stres pada badan. Malah senaman itu sendiri sememangnya merupakan stres fizikal which is OK tapi jangan memperkecilkan kepentingkan rehat dalam usaha untuk kurang atau kawal berat badan.
3. Kurangkan Stres. Cukup Tidur?
Sambungan cerita “stres”. Stres berlebihan dari pelbagai sumber kehidupan termasuk social media, kewangan dan kurang tidur, boleh mengelorakan hormon badan yang boleh mempengaruhi simpanan lemak badan. Jadi, take a step back, meneliti kehidupan anda dan cuba seimbangkan stres sebanyak mungkin.
4. Lawas Anda OK Tak?
Jangan memperkecilkan kepentingan melawas dalam usaha anda untuk mengatasi masalah plateau berat badan. Berapa kali sehari? Sasarkan 2 kali sehari. Di sini kualiti pemakanan, pengambilan air dan tabiat melawas anda penting untuk melawas dengan konsisten.
5. Pelbagaikan Senaman, Termasuk Intensiti!
Jangan terlalu manjakan diri dalam amalan senaman. Badan sukar untuk mengatasi plateau berat badan atau plateau kecergasan kalau anda asyik mengamalkan senaman yang sama. Push yourself untuk memaksa badan to break through the plateau. Badan perlukan sebab untuk berubah.
6. Cuba Tukar Coach!
Bukan soal curang tapi soal kepelbagaian dalam usaha anda untuk didedahkan kepada bentuk dan intensiti senaman yang berbeza. Yes coach anda memang hebat tapi setiap coach ada corak senaman yang beliau gemari tapi over time, bagus kalau anda tukar kepada jurulatih atau bidang senaman yang lain. It helps to shake things up.
7. Diet Puasa To Shock The System
Tak semestinya diet intermittent fasting atau lain tapi amalan puasa enam, sunat atau Ramadhan itu sendiri memang mempunyai pelbagai manfaat dalam membantu stabilkan hormon, kejutkan metabolisma badan dan macam-macam lagi.
8. Jika Perlu, Recalculate your BMR
Dah kurangkan 20kg? BMR anda pun dah berkurangan dalam 150-200kcal setiap hari. Kenapa? Kerana antara faktor yang mempengauhi BMR adalah berat badan. Jadi jika perlu, go back to basics dan kira semula BMR, DCR atau keperluan kalori anda.
9. Celebrate Your Non-Scale Successes
Dalam usaha untuk terus kurangkan berat badan demi mencapai berat badan yang ideal, penting untuk anda meraikan kejayaan non-scale seperti gaya hidup aktif, kecergasan, kekuatan dan macam-macam yang sangkut paut dengan gaya hidup sihat. Kalau anda hanya menilai angka berat badan, anda pasti STRESS dan tak kurus-kurus juga.
10. Trial & Error
Akhir kata, tiada satu cara atau kaedah yang sesuai untuk semua pembaca di sini. Trial & error untuk cuba menilai yang mana sesuai untuk anda. Adakah ia mudah? Harapan saya tidak kerana kalau ia mudah, kebarangkalian besar, anda tidak akan menghargainya.
Semoga tip-tip ini membantu dalam usaha anda untuk mengatasi masalah plateau berat badan anda.
Kredit: kevinzahri.com