Siapa yang tidak mengidamkan bibir merah dan sihat. Aplikasi gincu merupakan alternatif untuk memerahkan bibir secara segera. Namun, ia secara tidak langsung akan memberikan kesan negatif terhadap bibir sekiranya mengandungi bahan kimia berlebihan.

Bagi kebanyakan wanita, bibir yang merah mencerminkan imej dan personaliti diri. Malah, bibir juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita yang menunjukkan tahap kesihatannya. Bibir yang kusam tentunya akan menyebabkan wajah lesu dan tidak bermaya.

IKLAN

Berikut adalah tip penjagaan bibir supaya sentiasa kelihatan merah dan menawan. Paling penting, boleh dihasilkan secara alami meskipun hanya ketika anda berada di rumah.

Madu

Nilai khasiatnya sangat tinggi baik untuk kesihatan dalaman mahupun luaran badan. Untuk memerahkan bibir, sapukan pada bibir hingga merata kemudian biarkan ia meresap ke bibir selama 15 hingga 20 minit. Setelah itu, basuh dengan air biasa atau suam. Lakukan rutin ini tiga atau empat kali dalam seminggu.

Limau nipis

Limau nipis selain dapat digunakan untuk menghilangkan jerawat, ia merupakan salah satu cara memerahkan bibir kerana limau diperkaya dengan vitamin C. Limau nipis dapat memudarkan warna hitam pada bibir. Sediakan air perahan jeruk nipis sebanyak dua sudu dan air suam dua sudu, kemudian campurkan kedua-duanya.  Sapu ke bibir anda dan biarkan 10 hingga 15 minit. Bilas menggunakan air suam.

Kelopak Mawar

Letakkan kelopak mawar ke dalam air dan kemudian sapukan air mawar ke seluruh bibir. Lakukan sebelum tidur dan jadikan ia rutin harian. Tip memerahkan bibir ini sesuai dilakukan sebelum tidur malam.

Minyak Zaitun

Campurkan madu atau gula dengan beberapa titis minyak zaitun Oleskan campuran minyak zaitun tersebut pada bibir anda. Tunggu dan bilas dengan air bersih.

Kunyit

Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan satu sudu teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari selama lima minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara semulajadi dan lebih kenyal.

IKLAN

Daun ketumbar

Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir. Hancurkan dua lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam. Lakukan  secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.

Minyak Badam

Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan. Minyak badam mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan bibir anda. Hanya sapukan minyak ini pada bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun.

Yogurt

IKLAN

Campuran madu, yogurt dan tepung beras serta beberapa titik jus limau nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk membuatnya kelihatan lebih merah.

Avokado

Kisar 50 gram buah avocado sehingga halus menjadi serbuk, kemudian titiskan dua hingga tiga minyak zaitun dan campurkan menjadi adunan. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama enam minit dan bilas menggunakan air bersih. Lakukan sebelum tidur.

Mentega

Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih segar dan kemerahan.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI