Jenama kecantikan, SKKN by Kim yang dimiliki oleh selebriti dan usahawan terkenal, Kim Kardashian diumumkan telah ditutup secara rasmi baru-baru ini. Produk penjagaan kulit dan solekan tersebut telah beroperasi selama tiga tahun.
“Dengan penuh rasa terima kasih, kami ingin memaklumkan bahawa SKKN by Kim akan menamatkan operasinya.”
“Meskipun begitu komitmen terhadap inovasi, penjagaan diri, dan keyakinan diri yang dibawa oleh SKKN akan terus hidup melalui cara-cara baharu yang lebih menarik.”
Keputusan ini sebenarnya tidak begitu mengejutkan.
Ads
Terdahulu, Kim Kardashian dilihat lebih konsisten menumpukan perhatiannya terhadap jenama pakaian dan shapewear.
Alami Kerugian
Jenama kecantikan milik Kim Kardashian menanggung kerugian sebanyak 71.1 juta dolar AS daripada penjualan produk kecantikan, selepas mereka membuat pelaburan dalam KKW Beauty.
Sejak awal, perkembangan produknya berhadapan masalah. Salah satunya kerana rangkaian produk penjagaan kulitnya dijual pada harga yang agak tinggi, iaitu lebih daripada 600 dolar AS atau sekitar RM10 ribu. Hal ini menyukarkan para peminat untuk memiliki produk kecantikan milik selebriti berusia 44 tahun ini.
Pada 2024, Kim Kardashian mengambil langkah baharu dengan melancarkan semula rangkaian produk kosmetiknya. Dalam pelancaran tersebut telah diperkenalkan produk-produk seperti lip liner, bedak serta palet eyeshadow.
Pun begitu, langkah tersebut tidak mampu memberikan hasil yang memuaskan.
Kim Kardashian tidak sepenuhnya berundur daripada dunia kecantikan. Menurut khabar angin yang tersebar, ibu kepada empat orang anak ini dikatakan bakal membuat kemunculan semula dalam industri kecantikan dengan pelancaran produk baharu pada 2026.
Jenama tersebut dijangka akan memperluaskan lagi empayar perniagaan Kim Kardashian dalam bidang fesyen dan kosmetik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beruntungnya Maia Estianty kerana sering dimanja dan ‘diratukan’ suami tercinta, Irwan Danny Mussry. Terbaharu, penampilan selebriti popular Indonesia itu ketika menghadiri acara siraman anak sulungnya iaitu Al Ghazali menjadi bualan hangat warga maya.
Bukan hanya kerana gaya Maia yang elegan pada usia 49 tahun tetapi juga perhiasan mewah yang diperagakan ibu tiga cahaya mata ini pada majlis berkenaan.
Dia yang anggun dalam persalinan kebaya berwarna biru dengan motif bunga-bungaan lengkap bersanggul khas Jawa tampil memukau dengan set perhiasan bertatahkan berlian dan batu permata nilam biru atau blue sapphire.
Maia Estianty mengenakan barangan kemas tersebut yang terdiri daripada cincin, rantai leher dan anting-anting.
Perhiasan mewah tersebut menjadi viral kerana disebut-sebut mirip cincin pertunangan milik mendiang Lady Diana yang kini dipakai Kate Middleton, isteri kepada Putera William.
Memetik laporan Kompas.com, set barang perhiasan Maia Estianty berasal dari koleksi eksklusif Bvlgari Burma No Heat Sapphire Jewelry Suite. Ia dianggarkan bernilai sekitar USD 578,000 atau RM2.45 juta.
Blue sapphire memang menjadi salah satu batu permata paling ikonik yang menjadi pilihan keluarga bangsawan di seluruh dunia.
Menerusi perkongsian video di YouTube ALElDul TV, kelihatan teman wanita Ahmad El Jallaludin Rumi iaitu Syifa Hadju memuji keindahan perhiasan mewah tersebut namun menolak pelawaan suami Maia untuk menggayakannya.
Jelas pelakon cantik itu, ‘ia umpama membawa rumah di badan’ kerana harganya yang ditaksirkan bersamaan nilai sebuah kediaman.
Kemewahan dan kesenangan yang dinikmati Maia Estianty hari ini bukan lagi perkara asing dalam kalangan peminat di Indonesia kerana umum mengetahui sosok suami bekas penyanyi kumpulan Ratu itu yang merupakan seorang usahawan kaya dan berjaya di Indonesia.
Irwan Mussry ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Time International iaitu pemegang hak rangkaian jam tangan mewah di Indonesia.
Dia yang kini meniti usia 63 tahun sah bergelar suami kepada Maia pada 28 Oktober 2018 di Tokyo, Jepun.
Maia berpisah dengan vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan terdahulu, Maia dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaludin dan Abdul Qodir Jaelani.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika wanita 70-an lain lebih senang menghabiskan masa bermain dengan cucu, berbeza pula ceritanya dengan pereka fesyen terkemuka, Vera Wang.
Pada usia senja, Vera Ellen Wang yang berusia 72 tahun ini masih aktif mengayuh basikal, bermain golf dan menghadiri majlis fesyen antarabangsa.
Tubuhnya yang kurus serta masih tegang, suka bergaya dengan baju sukan dan kasut tumit tinggi, menjadikan wanita berdarah Cina kelahiran New York itu begitu awet muda dan memukau mata.
Apa tidaknya, tatkala rakan sebaya lain kian uzur, Vera Wang pula terlihat bersahaja mempamerkan body yang masih kencang.
TENTANG VERA WANG
Meskipun baru menyambut hari jadi ke-72 pada 27 Jun lepas, Vera Wang membuktikan bahawa usia hanya sekadar angka kerana jiwa fesyen ‘memudakan’ dirinya. Terpegun betul tengok foto-foto beliau berbusana streetwear, apa agaknya rahsia langsing dan rambut hitam lebat tu?
1. Pereka Fesyen Gaun Pengantin
Vera Wang adalah seorang pereka gaun pengantin yang terkenal. Beliau mula meneroka perniagaan fesyen sendiri pada tahun 1989. Ketika itu, beliau merancang gaun pernikahannya sendiri.
Vera Wang kemudian terus belajar mengenai teknik dan rekaan gaun pengantin, hingga akhirnya mewujudkan Vera Wang Bridal House.
2. Anak Jati New York
Vera Ellen Wang lahir pada 27 Jun 1949, tahun ini usianya memasuki 72. Meskipun sudah memasuki golden age, tapi penampilannya tetap segar bagai wanita 40-an.
3. Ibu Dua Anak
Vera Wang telah mendirikan rumah tangga dengan Arthur P Becker pada tahun 1989. Sayangnya pernikahan itu berakhir dengan perceraian pada Julai 2012. Mereka memiliki dua orang anak yang diberi nama Cecilia Becker dan Josephine Becker.
4. Raih Banyak Pengiktirafan
Sebagai seorang pereka terkenal Amerika, karier Vera Wang juga cemerlang. Ramai selebriti kelas A mengidamkan sentuhannya, malah beliau juga pernah mendapat penghargaan CFDA’s Womenswear Designer of The Year di tahun 2005.
Selain itu, Vera juga pernah mendapat penghargaan Lifetime Achievement Award dari Persatuan Pereka Fesyen Amerika.
RAHSIA AWET MUDA
Cukup tidur
Dalam sebuah wawancara bersama Harper’s Bazaar 2012, Vera pernah memberitahu tentang rutin hariannya. Beliau ternyata bukan seorang morning person atau seseorang yang biasa bangun pagi.
Namun demikian, Vera merupakan orang yang disiplin menerapkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam setiap malam. Demi tidur yang nyenyak, Vera selalu berusaha menciptakan suasana yang nyaman dengan suhu rendah.
Pemakanan sihat
Lazimnya beliau makan yogurt, buah-buahan segar, telur atau sosej ayam. Salmon panggang dengan beras perang dan lemon serta minum kopi juga antara kegemarannya.
Beberapa menu yang biasa diambil ketika makan tengah hari adalah sashimi dengan beras perang dan sayur-sayuran, brokoli kukus Cina dengan ayam dan nasi, salad artichoke atau ikan dari Sant Ambroeus.
Menjaga pola makan sihat membuatnya bisa mengambil jajan kesukaannya di sela waktu makan, tetapi tentunya tidak setiap hari.
Vera Wang berusaha menghindari minuman soda dan jarang melewatkan waktu makan, termasuk makan malam, malah tegas membatasinya tidak lebih dari pukul 7.30 malam.
Kebiasaannya pereka hebat ini gemar makan malam di luar rumah, dengan pesanan menu-menu sihat.
Sementara pada hari minggu ia biasa mengundang teman-temannya ke rumah dan menghidangkan menu masakan Cina.
Berolahraga dan meditasi
Vera juga biasa meluangkan sedikit waktunya untuk belajar meditasi dan berolahraga di pagi hari. Bukan aktiviti fizikal berat, tetapi dijalaninya secara rutin.
“Saya biasa berlatih mengangkat beban, tidak berat, hanya sekitar 1kg – 1.3 kg dalam tempoh 5 minit,” terangnya.
Membahagiakan diri
Vera mungkin merupakan seorang pereka fesyen ternama yang sibuk, tetapi beliau tidak pernah culas membahagiakan dirinya sendiri. Pada pagi hari setelah berolahraga dan meditasi, beliau akan berendam dan merawat rambut serta kulitnya.
Ketika bekerja pula, beliau sangat jarang menggunakan pakaian formal. Sebaliknya Vera senang memakai t-shirt dan legging dari jenama Balenciaga, Givenchy, Danskin, atau jenama miliknya, Kohl’s.
Selain itu, Vera juga gemar membaca dan menyimpan banyak koleksi buku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau sebelum ini, ramai yang tertarik dengan cara Che Puan Syamim berkongsi tip untuk hilangkan perut buncit dengan berdiri, berjalan atau duduk selama dua jam selepas makan dan cara mengekalkan tahap kesihatan yang maksimum. Kali ini, beliau juga tidak keberatan untuk berkongsi dengan semua pembaca Majalah Nona rutin penjagaan kulit wajahnya yang sentiasa kelihatan berseri.
Kecantikan kulit wajah amat penting bagi setiap wanita dan begitu juga buat Che Puan Syamim. Jadi, sebagai permulaan hari beliau akan minum satu botol air kosong setiap kali selepas bangun tidur. Ini kerana khasiat air kosong bukan sahaja untuk membersihkan tubuh bahkan ia juga bagus ia juga dapat membantu untuk mengelakkan kulit kering dan berkerut.
Seterusnya, mungkin ramai tidak tahu dengan khasiat ais yang boleh dipratikkan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik sama seperti pelakon dan pengacara wanita berbakat ini. Menjadi rutin juga buat Che Puan Syamim untuk menuam muka dengan ais setiap pagi.
Petua menggunakan ais yang diamalkan oleh Che Puan Syamim ini sememangnya membantu mengecilkan liang pori pada wajah, mengurangkan mata sembap, mengurangkan kulit berminyak dan mengembalikan kesegaran wajah. No wonder lah kulit muka Che Puan Syamim ni sentiasa nampak flawless dan fresh!
Selain itu, beliau akan pastikan kulit wajahnya mendapat penjagaan yang sempurna dengan memakai face mask dan skrub muka dua hari sekali. Manakala, cara untuk membersihkan wajah pula beliau mengamalkan triple cleansing & 13 skincare steps setiap malam!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.