Umum mengetahui Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya cukup akrab dengan anak-anak tirinya, lebih-lebih lagi dengan dua menantunya pelakon dari seberang isteri kepada Ashraf, Tya Arifin serta Izara Aishah, isteri kepada Adib.
Terdahulu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ada berkongsikan foto bersama dengan kedua-dua menantunya di laman Instagram sewaktu keluar bersama ahli keluarga berjaya undang perhatian ramai.
Kejelitaan Dan Keayuan Wajah Tokti Terserlah Di Usia 45 Tahun!
Manakan tidaknya, menerusi hantaran berkenaan, difahamkan mereka berada di sebuah restoran mewah terletak di ibu negara bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalif. Dan, majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Ads
Namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah penampilan Tokti, di mana netizen tidak dapat menyembunyikan keterujaan melihat keayuan penyanyi 45 tahun itu.
Malah, raut wajah yang kelihatan awet muda dan persis sebaya apabila bergambar bersama kedua-dua menantu tirinya iaitu Tya Arifin dan Izara Aishah.
Team NONA, sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat penyanyi nombor satu negara itu bersetuju bahawa penyanyi kesayangan mereka ini tak lapuk dek usia.
Ads
Mereka mengatakan ketiga-tiga wanita di dalam gambar berkenaan seakan di lingkungan umur yang sama meskipun usia TokTi jauh lebih berusia.
Di ruangan komen, ramai yang mula membanjiri komen dengan memuji keanggunan Tokti serta kedua-dua menantu tirinya.
Untuk rekod, Datuk Seri Siti Nurhaliza melangsungkan perkahwinan bersama ushaawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006, di Masjid Wilayah Persekutuan. Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata, Siti Aafiyah, 6 dan Muhammad Afwa, 3 tahun.
Ads
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Cantik Sumandak Sabah! Jo-Anna Sue Henley Rampas bertuah kerana bukan saja dikurniakan rupa paras cantik. Malah berpendidikan tinggi dan memiliki jiwa besar untuk membantu masyarakat.
Berasal dari Tuaran, kemunculan Jo-Anna sebagai ahli politik Negeri Di Bawah Bayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu menjadi tumpuan umum.
Wanita berusia 34 tahun dan berwajah Pan Asia ini lantang membawa suara masyarakat Sabah. Patutlah ramai menggelarnya ‘Beauty with Brains’. Tak bersandar kepada muka cantik semata-mata, Jo-Anna bukan calang-calang wanita.
Dia mewarisi keturunan Inggeris daripada bapa dan ibunya pula berasal dari suku kaum Kadazan. Jo-Anna menamatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of London dan Sarjana Undang-Undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of the West of England.
Anak sulung daripada tiga beradik ini berkahwin dengan Dr Devindran pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Danielle Arumugam yang meniti usia tiga tahun.
Dalam perkongsian di media sosial, Jo-Anna sering memuat naik gambar di samping anak tersayang. Bahkan dia yang aktif bersukan turut mengendong Danielle ketika hiking!
Ketika berusia 18 tahun, Sumandak ini memenangi pertandingan Ratu Cantik Unduk Ngadau 2007 dan fasih berbahasa Melayu, Inggeris serta bahasa Dusun.
Semasa di London, Jo-Anna bekerja dengan sebuah syarikat pengiklanan yang menguruskan Samsung’s Milk Music untuk Malaysia dan Indonesia.
Ikon Belia Parti Warisan Sabah itu aktif dalam bidang seni dan hiburan sebelum terlibat dalam politik. Beliau pernah bergelar penyanyi dan menyertai pertandingan Bintang RTM 2009 sekali gus merangkul tempat kedua.
Keluarganya turut mempunyai latar belakang politik. Ibu Jo-Anna, Sullah Rampas adalah calon Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada tahun 1994 dan bapa saudaranya pula Datuk Louis Rampas pernah menjadi ADUN Kiulu dari tahun 1999 hingga 2013.
Dia juga jurulatih kecergasan bertauliah.
Selepas kemenangan parti yang disertai, Jo-Anna dilantik sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan menyandang jawatan Timbalan Ketua Wirawati WARISAN.
Moga gaya hidup sihat dan kisah kejayaan Jo-Anna menjadi inspirasi buat golongan wanita mengecapi impian mereka.
Menghampiri usia 50 tahun namun pesona penyanyi kesayangan Indonesia, Krisdayanti kelihatan cantik dan anggun seperti wanita muda. Siapa yang tidak terpikat dengan kejelitaan isteri Raul Lemos ini.
Memiliki raut wajah sempurna, figura ini mempunyai nama besar dalam industri seni negara jiran dan turut terkenal di Malaysia.
Tidak sekadar dikurniakan kelunakan suara dan rupa paras jelita, dia juga melakar kejayaan tersendiri apabila turut bergelar ahli politik di Indonesia.
“Alhamdulillah telah diadakan press conference tentang Konsert Tunggal Krisdayanti (berjudul SEMESTA) yang akan diselenggarakan di JIEXPO pada tanggal 5 Ogos 2023 yang akan menandai 33 tahun Krisdayanti berkarya di industri muzik tanah air.
Hal yang paling spektakuler di konsert SEMESTA ini adalah ada bintang tamu iaitu puteri kami, Aurelie Hermansyah dan Amora Lemos serta beberapa bintang tamu yang akan menjadi unsur kejutan!”
Anak perempuan sulung Krisdayanti, Aurelie yang berkahwin dengan Atta Halilintar kini hamil anak kedua.
Walau sibuk dengan tugas harian, ibu cantik ini mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan mempelajari seni mempertahankan diri Wushu.
Pada April 2021, Krisdayanti pernah menerima pengiktirafan HighEnd Magazine Indonesia yang memilih figura ini sebagai salah seorang daripada 21 penerima Indonesia Beautiful Woman Award 2020/2021.
Terkejut tengok kulit seorang kenalan ini. Masa zaman universiti dahulu dia memang terkenal dengan masalah kulit muka sampai selalu jadi bahan usikan rakan kuliah. Lagi-lagi bila waktu tengah period, makin menjadi-jadi jerawat di mukanya. Sudahlah penuh dengan bintik-bintik kemerahan, ada pula yang bernanah. Kasihan sangat.
Baru-baru ini terserempak dengannya di sebuah pusat beli-belah. Hampir tidak dapat cam wajah yang dulunya penuh dengan ‘jerawat batu’ kini bersih dan licin macam artis Korea! Setelah dirisik, rupanya dia cuma amalkan khasiat bahan-bahan semula jadi. Malah tidak lokek pun berkongsi resipi kecantikan berikut.
Hanya lakukan di rumah saja.
AIR TEH & MADU
Gunakan air teh untuk mandian dan rendamkan tubuh di dalamnya. Anda juga boleh mengisi botol semburan dengan air teh dan semburkan pada wajah untuk menyegarkan kulit.
Gunakan teh biasa, teh hijau atau teh herba seperti chamomile, lavender dan pudina. Sama seperti anda menikmatinya untuk menenangkan tekanan, ia juga membantu memberi kesegaran dan rasa nyaman pada kulit. Anti oksidan dalam teh membantu menyingkirkan radikal bebas dan toksin dari kulit manakala madu pula membantu melindungi kulit daripada bakteria dan mengekalkan kelembapan.
Apa yang anda perlukan?
1 cawan air teh (suam)
2 sudu besar tepung beras
½ sudu besar madu
Tepung beras bertindak sebagai skrub terbaik dan madu pula melembapkan kulit.
Kaedah:
Campurkan kesemua bahan dan sapu pada kulit. Biarkan seketika sehingga topeng atau mask menjadi kering selama 20 minit. Sebelum dicuci, pastikan anda urut seperti gerakan bulat untuk menanggalkan sel kulit mati serta menjadikan tona kulit sekata.
OAT & LEMON
Oat adalah bahan pengelupasan semula jadi dan amat sesuatu untuk mereka yang mempunyai eczema. Untuk mengurangkan berat badan, wanita memilih oat kerana ia membekalkan tenaga serta mengenyangkan perut. Apa kata anda gunakan oat pada kulit wajah untuk membersihkan lebihan minyak, daki dan kotoran.
Lemon pula diperkaya dengan vitamin C serta mampu mencerahkan kulit. Anda boleh lihat penggunaan ekstrak lemon dalam kebanyakan produk pencerahan di pasaran. Kan lebih baik menggunakan jus lemon terus daripada buahnya.