Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena seni dan hiburan tanahair, mula melakar nama sebagai juara bagi Pencarian Dewi Remaja, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Hajah Lofa kini terus relevan meski sudah tidak bergiat aktif sebagai anak seni.
Terbaharu, usahawan tersohor jenama tudung Naelofar dan Innai Nunha ini mendedahkan bahawa hampir semua impianya di dalam kehidupan telah tercapai.
Tetapi hanya ada satu hasrat lagi yang ingin dicapai oleh isteri kepada PU Riz ini, iaitu memantapkan ilmu pengajian Al-Quran dan mahu menjadi seorang tenaga pengajar yang mengajar mengaji.
Ada Satu Hasrat Dan Impian Lofa Yang Belum Dicapai?
Menurut Neelofa, dirinya memanjatkan rasa syukur di atas segala nikmat dan semua impiannya yang dimakbulkan Allah, dan menyimpan hasrat untuk mengajar seseorang mempelajari Al-Quran selepas membaca berkenaan perkongsian satu hadis ini.
“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar.
“Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,” katanya.
Ads
Tambah Neelofa, dia tidak kisah seberapa ramai pun bilangan anak murid yang sudi menjadi pelajarnya kelak, cukup sekadar untuk melunaskan sahaja impian berkenaan.
“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu.
“Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” Ujar Lofa.
Ads
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkongsian hidup selama 4 tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sinetron negara jiran berjudul ‘Mutiara Hati’ pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar tahun 2005, watak bu Arini yang dilakonkan oleh aktres jelita tanah seberang Inneke Koesherawati memberikan kesan mendalam kepada rakyat di negara ini.
Inneke Koesherawati antara penyeri dalam drama berepisod tersebut. Watak dan jalan ceritanya cukup memberi kesan serta pengajaran.
Siapa sangka Inneke yang terkenal sebagai pelakon filem panas Indonesia sekitar tahun 1990-an, akhirnya mendapat hidayah dan memutuskan untuk berhijab pada tahun 2001 dan kekal istiqamah sehingga kini.
Pada tahun 2013, Inneke menyatakan hasrat mengundurkan diri industri seni kerana ingin fokus menguruskan suami, anak-anak dan keluarganya. Bagaimanapun, Inneke masih mempertimbangkan tawaran sebagai pengacara dan juga model busana muslimah.
Biarpun kini jarang muncul di televisyen namun Inneke Koesherawati masih aktif dalam dunia peragaan dan iklan.
Aura kecantikan wanita tinggi lampai ini masih terserlah biarpun usianya kini sudah mencecah 48 tahun.
AWET MUDA
Pada usia 48 tahun, Inneke Koesherawati kelihatan awet muda. Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini masih bergiat aktif sebagai model dalam pertunjukan fesyen muslimah di negaranya.
Selain itu, Inneke Koesherawati tetap aktif berkumpul dengan rakan-rakan selebriti meski wajahnya sudah jarang menghiasi layar televisyen.
FASHIONISTA!
Jika berada di luar negara, Inneke Koesherawati kelihatan bergaya dengan tudung labuh yang digabungkan dengan outer wear dan seluar hitam longgar.
MANIS BERHIJAB Biarpun sering bertudung labuh yang digabungkan bersama jubah berwarna krim, Inneke Koesherawati tetap kelihatan menawan.
Setiap kali memuat naik hantaran di Instagram, Inneke Koesherawati sering menutup ruangan komen.
Untuk rekod, pada tahun 2004 Inneke Koesherawati mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan berstatus duda bernama Fahmi Darmawansyah.
Mereka melangsungkan pernikahan di Menara Saidah yang merupakan aset keluarga Fahmi Darmawansyah. Ternyata, suami Inneke Koesherawati berasal dari keluarga yang berada dan terkenal.
Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Sofistikated, versatil dan berani adalah ungkapan yang selayaknya menggambarkan wanita kelahiran Taiping, Perak ini. Ungkapan ini bukan sahaja terpamer melalui penampilannya malah turut mengiringi perjalanan bisnes yang dibangunkan.
Tatkala duduk bersebelahan dengan pemilik Caramel Fashion Scarves ini sudah terasa aura luar biasa yang dimilikinya. Dalam keramahan dan gelak tawa, pasti terselit fokusnya ke arah pemerkasaan wanita. Datin Azila Caramella lambang Nona Superwoman yang tidak betah duduk ‘goyang kaki’ walau mampu bersenang-lenang dengan segala-galanya.
Menyingkap tentang bisnes skarf yang diusahakan, Datin Azila benar-benar telah bersedia sebelum menceburi bidang perniagaan fesyen ini. “Sebelum ini, saya aktif berkecimpung dalam perniagaan suami. Hinggalah suatu hari, tergerak hati ini mahu memiliki bisnes sendiri.
Jadi saya mulakan research, bertahun-tahun juga meneliti prospek, kaji market dan cita rasa pelanggan. Akhirnya selepas yakin dengan potensi dan permintaan skarf yang tinggi, lahirlah Caramel Fashion Scarves yang tidak khusus untuk hijabi semata-mata, tapi untuk semua lapisan peminat fesyen umumnya,” cerita Datin Azila.
Melihat sendiri keindahan deretan skarf yang tergantung di rak Caramel Fashion Scarves di Mytown, Cheras, jelas menggambarkan keperibadian Datin Azila yang tersendiri. Patutlah rekaan yang dipertaruhkan bercita rasa tinggi kerana Datin Azila pernah mendalami bidang couture di Paris selepas tamat pengajian dalam bidang Rekaan Fesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Apabila diajukan kenapa skarf, jawabnya jujur, “Negara ini bertuah dihuni penduduk pelbagai agama dan bangsa. Jadi saya kira, skarf Caramel sesuai digayakan tidak kira kaum Melayu, Cina dan India.
Saya tidak meletakkan skarf khusus untuk golongan Muslim sahaja, tapi sebagai item fesyen yang universal. Ibu mertua saya juga peminat skarf walaupun dia bukan orang tempatan. Sebab itu misi saya di Caramel, saya mahu menghasilkan skarf yang sesuai dipakai oleh sesiapa saja,” bicara Datin Azila penuh semangat.
Melihat penampilan Datin Azila yang penuh gaya walau sudah memiliki tiga orang cahaya mata terdetik di hati penulis untuk mencungkil rahsia kelangsingannya. Selain daripada pengambilan vitamin sebagai penambah tenaga, penulis tertarik dengan kenyataan isteri kepada usahawan berjaya, Datuk Marco Caramella yang mengamalkan pengambilan jamu sejak usia remaja.
“Saya dah mula amalkan jamu sejak usia 15 tahun lagi. Dari dulu saya suka dengar nasihat orang tua-tua agar menjaga kecantikan dalaman dengan makan jamu. Ketika itu saya masih ingat lagi saya mula makan jamu untuk remaja keluaran Mustika Ratu. Sehingga kini saya masih mengamalkan jamu tetapi selaras dengan peningkatan usia.
Walaupun saya berkahwin dengan lelaki berbangsa asing tapi saya patuh dengan amalan berpantang tradisional selepas melahirkan ketiga-tiga anak kami. Pada saya amalan berpantang sangat penting untuk mengekalkan kecantikan dalaman seorang wanita,” terang Datin Azila yang mengamalkan pengambilan vitamin Berocca bersama secawan lemon panas semasa perut kosong setiap pagi sebaik bangun daripada tidur.
Selaras dengan Kempen Bulan Kesedaran Kanser Payudara, penulis sempat bertanyakan beliau tentang isu kesihatan wanita tersebut. “Saya bersyukur kerana dalam lingkungan keluarga saya belum ada lagi sejarah yang menghidap kanser. Tapi, saya terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan melalui Majlis Kanser Negara (MAKNA). Walaupun sumbangan saya tak seberapa tetapi saya berharap sedikit sebanyak mampu menceriakan hidup pesakit kanser payudara agar terus positif meneruskan hari yang mendatang.
Saya sendiri mengambil langkah berjaga-jaga dengan berusaha menjalani gaya hidup sihat demi kesihatan diri. Saya mengawal pemakanan yang diambil, sentiasa bersenam dan kerap lakukan medical check-up untuk memeriksa tahap kesihatan dari semasa ke semasa. Sebagai seorang wanita, kita harus titik beratkan soal kesihatan kerana prevention is better than cure,” jawab Datin Azila mengakhiri perbualan kami.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dato’ Pandelela Rinong memang layak jadi ikon dan inspirasi generasi muda. Bukan hanya terkenal dalam kalangan peminat sukan negara, dia juga dikenali sebagai atlet renang bertaraf dunia yang sering menggentarkan pihak lawan dengan kemampuan luar jangkaan setiap kali beraksi dalam sesebuah pertandingan.
Dilahirkan di sebuah perkampungan Bidayuh, Kupuo Jugan di Bau, Sarawak, Dato’ Pandelela Rinong Anak Pamg mempunyai tiga adik-beradik iaitu seorang abang dan dua adik perempuan.
Difahamkan bapanya pernah bekerja sebagai buruh manakala ibunya seorang suri rumah. Ketika kecil, atlet ini bercita-cita menjadi pramugari kerana mahu mengembara ke seluruh dunia.
Menelusuri latar belakang bekas Olahragawati Kebangsaan ini, Dato’ Pandelela mendedahkan dia berdepan keadaan hidup yang sukar ketika kecil.
Apatah lagi tokoh sukan ini menghabiskan kebanyakan masa kanak-kanaknya dengan mengikut bapa tersayang bekerja dari satu tapak pembinaan ke tapak lain dan dibayar gaji harian.
Biarpun menjalani hidup susah, bapa Dato’ Pandelela sedaya-upaya memberikan yang terbaik buat semua empat anak tersayang.
Selepas mewakili Sarawak dan memenangi pingat emas serta perak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2006, Dato’ Pandelela mendapat tawaran Majlis Sukan Kebangsaan untuk menyertai pasukan negara pada tahun 2007.
Selaku atlet kebangsaan, dia perlu menjalani latihan selama lapan jam sehari, enam kali seminggu.
Sepanjang pembabitannya sebagai atlet terjun negara, pelbagai kejayaan dikecapi gadis Bidayuh ini. Apa yang pasti, bakat dan pencapaian cemerlang bekas Olahragawati Kebangsaan 2012 tersebut umpama memberi ‘nafas baru’ dan mengubah nasib keluarganya ke arah yang lebih baik.
Berkongsi pengalaman zaman kanak-kanaknya di Instagram, Dato’ Pandelela mendedahkan, “I didn’t have many things that I always wanted. When I was 5, I saw this miniature kitchen toy outside of this shop, so I pulled my dad’s hand and ask him to buy it for me.
He declined, making me upset and throwing tantrum. “Kalau daddy beli untuk kamu nanti sekejap saja kamu main, esok lusa daddy yang kemas” that’s what he said. The little me still persistent and crying, so my dad just buy it, and I play chef that night happily.
The next day, it became just like any other toys that my dad helped to put away while the little me forget our promise.
Since then every time I want to have something unnecessary, he will remind me above story, and when I grew older, he will say “Lebih baik beli makanan, lagi kenyang, perut pun happy”. And that’s one of the many life stories that I have with my dad, which also taught me to value needs rather than wants, and a food lover.”
Jelas anak kepada Hartini Lamin dan Pamg Joheng ini lagi, “At the age of 14, I left home to pursue my career as a national diver to achieve my goals in making my family proud and bringing honour to my country, Malaysia. It is not an easy journey to be honest. With a tight schedule everyday and far from home, I need to learn to be independent myself.
As I gradually improve in diving, I surprised myself when I qualified for my first Olympic Games in Beijing at the age of 15. Since then, I forced myself to think wiser than my age and set long term goals to compete in more Olympics.
Fast forward to 2012 London Olympic Games, my physical and mental were tested, but in the end I won my first ever Olympic medal. 4 years later in Rio Olympics, the expectations were definitely higher this time but I came back home with a silver.”
Berkat usaha dan kerja keras, Dato’ Pandelela berjaya melakar sejarah apabila bergelar atlet wanita pertama meraih pingat Olimpik untuk negara.
Dato’ Pandelela dan Datuk Leong Mun Yee menerima anugerah Pasukan Wanita Terbaik dalam majlis Anugerah Sukan Negara 2019/2020.
Semoga segala kejayaan Dato’ Pandelela dapat menyuntik semangat buat seluruh rakyat Malaysia dan kaum wanita khususnya untuk terus berjaya!
Dari seorang pelakon kemudian aktif menyertai arena politik, kini Datin Anne Ngasri melangkah setapak lagi ke hadapan apabila dia memberanikan diri menceburi bidang perniagaan secara serius. Kalau sebelum ini dia sudah pun membuka rangkaian Kopi ...