Jiwa dan semangat insan bernama Chef Datuk (Dr) Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ini memang benar-benar cetus inspirasi. Walau berdepan pelbagai dugaan hidup, personaliti bidang masakan ini tidak pernah menunjukkan riak wajah sugul. Sebaliknya, terus mengukir senyuman dan optimis menempuh hari mendatang.
Bahkan ketika hadir sebagai tetamu Nona Superwoman Award 2024 baru-baru ini, Chef Wan tampil sihat bertenaga dan ceria seperti kebiasaan. Tanggal 6 Januari lalu merupakan ulang tahun kelahiran figura ini yang ke-67.
Datuk Chef Wan Injak Usia 67 Tahun
Melihat penampilan personaliti ini tidak menggambarkan pun dirinya sudah mencecah usia lewat 60an.
Ads
Menerusi perkongsian di media sosial, bapa kepada Serina Redzuawan ini berkongsi momen istimewa yang dianjurkan kenalan rapat sehari sebelum hari lahir Datuk Chef Wan. Turut kelihatan, anak lelakinya iaitu Chef Riz dan isteri.
Terharu kerana dikelilingi insan yang menyayangi dirinya, Chef Datuk (Dr) Redzuawan Ismail meluahkan rasa syukur dikelilingi insan yang menyayangi dirinya.
“Celebrating my 67th birthday one day in advance at Cynna Chinese restaurant of the Hilton Sentral. Food and services are always very good and consistent up here.
Thank you, Clara and God Ma, for hosting the lunch this afternoon and inviting some of our guests. Lovely to see HRH Sultanah Kalsom that just flew in from Dubai to be at my birthday lunch too.
Ads
Omg am I 67 years old tomorrow. That a lot of candles to blow! Thank you to Allah for a blessful life. Alhamdulilah. Thank you also for all your kind wishes too.”
Sekitar Ogos 2023, Datuk Chef Wan pernah mendedahkan kesihatan dirinya yang disahkan menghidap kanser limfoma dan rawatan kimoterapi. Berkat doa dan kesembuhan yang diberikan Allah SWT, dia kini beransur baik dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.
Pemilik restoran de.Wan 1958 ini merupakan bapa kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan dan Serina Redzuawan. Selain terkenal dengan telatah menghiburkan dalam program masakan, sosok terkenal ini juga berjiwa pemurah.
Kejap sungguh masa berlalu. Masih segar lagi kenangan saat pertama kali Dato’ Sri Siti Nurhaliza melahirkan cahaya mata sulung, Siti Aafiyah. Berita kehamilan penyanyi nombor satu negara ini mengundang rasa teruja dalam kalangan peminat.
Apatah lagi ia merupakan zuriat paling dinanti-nantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
11 tahun mendirikan rumah tangga bersama Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K, akhirnya pasangan ini dikurniakan zuriat.
Bayi perempuan comel yang diberi nama Siti Aafiyah selamat dilahirkan secara pembedahan pada 19 Mac 2018.
Kredit Instagram @ctdkKredit Instagram @ctdkKredit Instagram @ctdk
Bersempena ulang tahun kelahiran puteri tersayang baru-baru ini, Dato’ Sri Siti meluahkan rasa syukur atas anugerah paling indah yang dikurniakan kepadanya kira-kira enam tahun lepas.
“Alhamdullillah, 6 tahun yang lalu, lahirlah puteri ibu Siti Aafiyah Khalid. Anak yang mengajar ibu tentang kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk menjadi ibu. 11 tahun menantimu.. MasyaAllah, Tabarakallah.
Doa ibu, Aafiyah menjadi anak solehah yang sentiasa dijaga Allah SWT. Anak yang cepat matang, terang hatinya, tegas dalam lembut, caring dan teruslah berbakti kepada agama dan masyarakat bila besar nanti ye.
Semoga Aafiyah anak ibu disayangi seluruh makhluk Allah SWT di langit dan di bumi, menjaga adab dan agamamu. Permata hati Ayah Ibu, Siti Aafiyah.”
Kredit Instagram @ctdkKredit Instagram @ctdkKredit Instagram @ctdk
Dato’ Sri Siti dan Datuk K sah bergelar suami isteri pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis pernikahan dan persandingan mereka disiarkan secara eksklusif di kaca televisyen dan mendapat perhatian masyarakat.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang lahir pada 19 April 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pergolakan rumahtangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana ibarat belum berkesudahan kini memasuki episod baru selepas sebentar tadi, pelakon dan pengarah filem Mat Kilau itu seakan-akan mencabar kesabaran isteri pertamanya dengan meminta dia dan madunya bertenang. Hantaran Syamsul tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi, kebanyakkan terkejut dengan kenyataan dibuat seakan-akan tidak menghormati perasaan isteri pertamanya. “Moga kedua-dua isteriku tenang & banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,” tulis Syamsul.
Selepas kenyataan Syamsul Yusof tersebut, Puteri Sarah dilihat memuat naik gambar dia dan anak-anaknya dan membuat kenyataan balas minta untuk dilepaskan kerana tidak rela bermadu dan bersuamikan seorang yang toksik dan narsistik. “Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic. We deserved better.”
Sebelum hantaran tersebut dibuat, Puteri Sarah juga ada buat kenyataan betapa kecewanya dia membaca hantaran terbaru Syamsul tersebut. “Syaikhul and Sumayyah sedang membesar and I can’t deny them from phones. Don’t ever hurt my kids and their feelings. Think before u post anything. Jaga sensitivity terhadap anak2 dan family u. Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni.”
Baru-baru ini, Syamsul Yusof mengesahkan dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, secara sah dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Kazar Saidi yang juga pelakon veteran di Thailand. Sejurus selepas itu, Puteri Sarah memberikan respon dengan membuat live dan memberikan maklum balas perkahwinan ‘rahsia’ tersebut.
NONA mendoakan semoga urusan semua pihak diberkati dan dipermudahkan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain terbuka aurat, makan dan minum dengan sengaja ketika menunaikan solat… keluarnya air wadi juga boleh membuatkan solat seorang muslimah itu tidak sah dan terbatal. Mungkin masih ada dalam kalangan kita yang belum sepenuhnya mengetahui hal ini atau sudah tahu namun tanpa sedar telah mengulangi kesalahan sama. Nampak remeh tapi besar kesannya!
Baik lelaki mahupun wanita, mengerjakan solat fardhu hukumnya wajib. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu air wadi? Air wadi ialah air yang keluar dari kemaluan berwarna keruh dan pekat yang menyerupai air mani dari sudut kepekatannya. Tetapi tidak sama dengan air mani yang tidak berwarna. Air wadi lazimnya keluar selepas kencing atau ketika mengangkat sesuatu yang berat.
Selain itu, air wadi keluar sebanyak satu ke dua titisan dan tidak perlu mandi hadas kerana tiada sebab dari sudut syarak yang mewajibkan mandi melainkan keluarnya air mani. Bagaimana pun, ia perlu dibersihkan sebelum mula solat.
Memang air wadi kadang-kadang tak nampak tapi punca tempat keluar yakni kemaluan perlu dibersihkan sebab masih terlekat di situ. Agar tidak berasa ragu-ragu dengan keadaan ini, semua wanita mesti membersihkan kemaluan dan berwuduk supaya ibadah solat mereka sah. Ini namanya beristinjak.
Jika pakai pantyliner, tukar kepada yang baharu terlebih dahulu sebelum solat dan pastikan sebarang najis atau air wadi tidak terlekat di seluar dalam atau pakaian kita. Bimbang kalau di bawa dalam solat, ia membuatkan ibadah terbatal begitu saja.
Sebarkan perkongsian ilmu ini kepada rakan-rakan dan kaum wanita lain agar kita dapat sama-sama mengerjakan solat dengan tenang dan diterima Allah SWT. Moga bermanfaat!
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Islam Syurgaku 92
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!