Siapa yang tak kenal dengan jenama terkenal antarabangsa Versace. Bila sebut sahaja jenama ini pasti sudah terbayangkan koleksi penuh kemewahan dengan rekaan yang menggoda.
Jenama mewah terungguh ini telah menambah koleksi dengan memperkenalkan koleksi terbaharu rangkaian beg tangan yang digelar Versace Virtus Fall/Winter 2019. Koleksi ini mengetengahkan sifat wanita yang kuat dan berani untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Lambang kekuatan seorang wanita yang disampaikan melalui rangkaian beg tangan Virtus ini selayaknya buat Nona Superwoman.
Bagi merealisasikannya, Versace telah mengadakan sebuah majlis tertutup memperkenalkan koleksi Versace Virtus Fall/Winter 2019 buat Nona Superwoman. Para VVIP, Selebriti dan Fashionista terkenal telah diundang khas ke majlis yang bertempat di Butik Versace, Pavillion Kuala Lumpur ini.
Ads
Kemeriahan majlis ini dirasakan dengan kehadiran tetamu istimewa pada petang itu. Antara tetamu yang hadir ialah YM Tengku Datin Seri Zawyah Tengku Idham, Datin Yohko Lim, To’ Puan Hidayah, Dato’ Rozzana Rahmat, Datin Azila Caramella, Mawar Karim, Natasha Hudson, Fazulkafli dan ramai lagi.
Ads
Para tetamu begitu terpesona dengan koleksi terbaharu yang dipamerkan di atas rak yang dihias khas itu. Letusan warna-warna yang dipertaruhkan, memang bold dan berani. Rekaan koleksi ini begitu sempurna bak kata Pengarah Kreatifnya, Donatella Versace, “For women to have credibility, they have to work three times more than a man.” This is for you…,”.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Profesor Obstetrik dan Ginekologi Universiti Malaya, Dr Woo Yin Ling memenangi Anugerah Rachel Pearline 2023 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan globalnya kepada penyelidikan dan amalan kanser di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Menurut Yayasan Rose dalam kenyataannya, Dr Woo telah mengkonseptualisasikan dan melaksanakan Program ROSE (Removing Obstacles to Servical ScreEening) iaitu program saringan serviks inovatif yang menggabungkan pensampelan kendiri HPV.
Program tersebut menawarkan pilihan untuk menggunakan ujian swab kendiri kepada wanita sebagai satu pendekatan yang cepat, tidak menyakitkan dan berkesan untuk membolehkan ujian PCR HPV dijalankan.
“Ujian diproses di makmal Yayasan ROSE sendiri yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan serviks berpusat menggunakan ujian HPV dan keputusan dihantar terus ke telefon bimbit wanita melalui SMS atau WhatsApp.
“Wanita yang didapati positif HPV kemudiannya disambungkan ke hospital tertier terdekat untuk mendapatkan rawatan,” menurutnya.
Sejak 2019, Program ROSE telah menyaring lebih 23,000 wanita di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, dengan kebanyakan mereka terdiri daripada komuniti yang kurang berkemampuan dan kurang disaring.
Menurut Dr Woo, ia adalah penghormatan besar untuk Malaysia dan pengiktirafan tersebut adalah bukti rakyat Malaysia boleh menjayakan banyak perkara jika mereka bekerjasama.
“Program ROSE adalah kemuncak usaha kerjasama yang besar daripada ramai rakyat Malaysia yang percaya kepada visi Malaysia untuk bebas daripada kanser serviks,” katanya.
Program ROSE dilancarkan pada Januari 2019 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Program tersebut adalah inisiatif Yayasan ROSE yang bermatlamat menjadikan Malaysia antara negara pertama yang bebas daripada kanser serviks, iaitu kanser kedua paling banyak dihadapi wanita di bawah umur 44 tahun di negara ini.
Sumber: Bernama
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepuluh malam terakhir Ramadan bakal tiba ke penghujung tidak berapa hari sahaja lagi dan pecutan untuk mengutip segala ganjaran pahala yang disediakan dari awal hingga akhir bulan mulia ini sepatutnya semakin hebat.
Apatah lagi, ketika ini hadiah cepu emas sedang menanti mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkannya, iaitu malam lebih baik daripada 1,000 bulan seperti difirmankan Allah SWT dalam surah al-Qadar. Dalam keadaan setiap lapisan masyarakat masib tertakluk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, sudah semestinya lebih banyak masa dapat diluangkan untuk mengerjakan amalan sunat yang amat dituntut seperti membaca Al-Quran, mengerjakan solat sunat dan sebagainya.
Firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr; Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)
Sebagai hambaNya, sudah tentu kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang rugi, iaitu tidak melakukan sebaik mungkin bagi mendapatkan pahala berlipat ganda dan kurniaan lain disediakan Allah SWT, khususnya malam yang menyamai 1,000 bulan.
Simbolik Ramadan ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga menunjukkan mudahnya untuk masuk syurga serta susahnya ke neraka kerana pintunya ditutup. Sesuai sebagai bulan kebaikan, sepatutnya kita melakukan amalan baik sepanjang bulan puasa ini.
Memetik persoalan yang diajukan di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kenapakah bulan Ramadan pahala amalan digandakan lebih banyak, tidak sama seperti di bulan-bulan yang lain? Ini jawapan terhadap persoalan yang diajukan.
Sesungguhnya Allah SWT memberikan pahala kepada hamba-hambaNya yang melakukan amal soleh mengikut kehendakNya tanpa terikat kepada apa-apa peraturan. Allah SWT berfirman:
Maksudnya:Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(Surah Hud: 123)
Imam al-Tabari dalam menafsirkan ayat menyebutkan bahawa hanya kepada Allah SWT jualah setiap amalan yang dilakukan oleh setiap mereka yang melakukan amalan. Dia-lah yang akan memberikan ganjaran kesemua manusia berdasarkan amalan-amalan mereka mengikut kehendakNya. (Rujuk Tafsir al-Tabari, 1:235)
Allah SWT melipatgandakan pahala berdasarkan beberapa sebab antaranya disebabkan oleh kelebihan dan kemuliaan yang diberikanNya kepada beberapa perkara. Kemuliaan tersebut ialah seperti:
Maksudnya:Sekiranya telah tiba bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu mengerjakan umrah. Ini kerana umrah pada bulan tersebut menyamai pahalanya seperti mengerjakan haji. Dalam riwayat Muslim: seperti mengerjakan haji bersama aku (Rasulullah SAW).
Riwayat al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256)
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa kelebihan dan ganjaran yang besar yang ditawarkan oleh Allah SWT di bulan Ramadhan ialah kerana ia bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Allah SWT telah memilih bulan Ramadhan untuk beberapa peristiwa besar seperti:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya:Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.
(Surah al-Qadr: 3)
Oleh sebab itu, Allah SWT telah menggandakan amalan yang dilakukan di dalam bulan Ramadan berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih dalam agama dan menganugerahkan kita taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah dengan ikhlas kepadaNya terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, terbeliak mata tengok deretan jongkong-jongkong emas yang tersusun di rak sebuah gudang istimewa ini!
Ibarat jumpa harta karun, gudang simpanan emas yang dipercayai milik Bank of England ini dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai lebih 200 bilion pounds sterling atau bersamaan sekitar RM1,066,511,600,000.00!
Bukan hanya himpunan jongkong emas itu saja yang menarik perhatian, malah struktur gudang juga diperbuat dengan cukup rapi dan dijaga dengan kawalan ketat.
Berdasarkan gambar yang dikongsi dari Infinitos Fakta Terokai Pengetahuan itu, gudang simpanan emas berkenaan dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di kota London.
Ia turut dilaporkan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, iaitu terletaknya ibu pejabat Bank of England’s City of London.
Keluasannya juga membuatkan ramai yang terpegun apabila ia dikatakan lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.