Satu lagi landmark terbaharu Kuala Lumpur kembali membuka pintu perniagaannya di tengah ibukota Kuala Lumpur. EQKL, dahulunya dikenali sebagai Hotel Equatorial membawakan tema Nostalgia Nipah, bertempat di Restoran Nipah, EQ yang terletak di tingkat bawah hotel tersebut.
IKLAN
Uniknya tema Nostalgia Nipah menjadi pilihan sekaligus mencerminkan kembalinya EQ dan Nipah Restaurant sebagai lokasi pilihan untuk berbuka puasa Ramadan kali ini. Mana tidaknya, ia mengetengahkan tema klasik yang pastinya dapat mengembalikan kenangan indah zaman dahulu melalui hidangan klasik yang keenakannya sudah tidak dapat disangkal lagi.
Buffet Ramadan yang bermula dari 6 Mei hingga 2 Jun 2019, menyediakan pelbagai menu istimewa istimewa dari seluruh Malaysia dan tidak dilupakan sajian dari luar negeri yang disediakan dari dapur pakar masakan di EQKL.
Bufet lengkap menyediakan hidangan di gerai-gerai membolehkan pengunjung menikmati lebih daripada 100 pilihan hidangan dan pastinya rambang mata memilih juadah yang bakal dinikmati ketika berbuka puasa kelak!
Antara menu yang disediakan termasuklah Briyani Gam, Daging Salai Masak Lemak, Ayam Goreng Berempah, Sambal Udang Petai, Ayam Tikka Masala, Ikan Kukus Pedas dan banyak lagi tersedia di sini. Selain itu, hidangan berasaskan mi seperti Mi Kari yang mana resipinya datang dari salah seorang chef perintis hotel tersebut sekitar tahun 80-an turut dipersembahkan kerana ia mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.
IKLAN
Selain itu, terdapat juga pelbagai Ulam-Ulam Kampung termasuklah Kerabu Mangga selain aneka jenis salad siap sedia dan hidangan vegetarian. Bagi melengkapkan lagi menu makan nasi bersama lauk pauk dan ulam-ulaman, kepelbagaian keropok ikan, keropok ubi kayu, Papadoms, Kerepek Pisang dan Ubi Kayu turut disediakan. Rambang mata juga memilih pelbagai hidangan enak di sini!
IKLAN
Bahagian kegemaran penulis tentulah pemanis mulut. ANtara hidangan yang menarik perhatian penulis ialah Sago Gula Melaka, Bubur Pulut Hitam dan Cendol Pulut. Sementelah itu, jangan lupa menikmati ais krim dengan pelbagai pilihan topping yang enak dan menjadi penutup untuk setiap hidangan.
Nostalgia Nipah disediakan setiap hari dari 6 Mei hingga 2 Jun 2019, jam 6.30 petang hingga 10.30 malam, pada harga RM178nett (Selera Warisan di Restoran Nipah) dan RM188nett di bilik fungsi (Sajian kasih).
Walaupun tahun baharu 2019 sudah memasuki angka 15 hari, tetapi masih belum terlambat untuk berkongsi resolusi tahun baharu yang boleh dijadikan panduan untuk wanita berjaya.
Tahun 2018, untuk pertama kali dalam sejarah Malaysia, kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri dari kalangan wanita iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Selain itu, Tan Sri Dato’ Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor ke-7 Bank Negara Malaysia merupakan wanita pertama dalam kedudukannya selama 16 tahun, mentadbir perihal kewangan dan ekonominegara dan kini menjadi ahli Majlis Penasihat Elit Kabinet Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut The Economist’s Women in Leadership, satu penyelidikan Asia, wanita Malaysia kini lebih aktif berbanding sebelum ini dalam bidang komersial dan politik serta terdiri lebih
daripada 10.2% jawatan lembaga pengarah dalam 100 syarikat teratas di Malaysia.
Senarai jutawan Forbes 2018, jutawan wanita sahaja berjumlah 256 daripada 2208 penyertaan dengan nilai kolektif melebihi $ 1 trilion.
Angela Merkel, Canselor Jerman, Melinda Gates, Pengasas Yayasan Bill & Melinda Gates,
Sheryl Sandberg, COO dari Facebook, Mary Barra, Ketua Pegawai Eksekutif General Motors,
Abigail Johnson, Presiden-Ketua Pegawai Eksekutif Fidelity Investments, Christine Lagarde,
Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Ginni Rometty, Ketua Pegawai
Eksekutif IBM semuanya wanita paling berpengaruh dalam senarai Forbes dari 100 Wanita
Paling Berkuasa di Dunia 2017.
Ini mungkin satu pencapaian yang amat tidak disangka-sangka suatu masa dulu tapi perkara sebegini akan lebih kerap berlaku dalam dunia VUCA – volatility (turun naik), uncertainty (ketidakpastian), complexity (kerumitan), dan ambiguity (kekaburan). Kebangkitan wanita akan lebih ketara di seluruh dunia dalam semua aspek dan bidang yang melibatkan ekonomi, pendidikan dan kehidupan – the basic necessities.
Dr Azizan Osman, pengasas RichWorks International sebagai peneraju program
bimbingan, latihan dan pembangunan ke program keusahawanan berkongsi fakta menarik tentang wanita yang banyak mendapat bimbingan untuk bergelar USAHAWAN.
Pernah dengar semua jenama ini dari pelbagai industri, Nurraysa Beauty, iFlawles, ichantique, Charms, Eskayvie, Zawara, Che Ta – Jus Goyang Rapat by RCW, Belle Beautyspells, Lesanda,Adelia, Dnars, Jamu Susuk Dara, Soap Lab Malaysia, SeraiMas, De’Xandra, Telekung AlKhautar, Siti Khadijah, Sabrina Bakery, Rempah Mak Siti, Ayaq Mangga By Bonda, eHati, CorNadi Wellness, Dr Kavi – Mommies Wellness Centre, SuperMom, Dewi Pet Shop, Jasmin7, Securido, Andalusia, Ayam Bismi dan banyak lagi yang pengasasnya atau pengurusan teratasnya semuanya wanita yang merupakan anak didikNYA. Mengapa kebangkitan wanita ini semakin ketara?
Wanita bila ditekan terlalu lama, mereka akan pilih untuk bangkit dan wanita prihatin tentang masa depan keluarga dan anak-anak. Selain itu, cabaran wanita dalam pengurusan manusia, dalam pematuhan berhemah (prudent compliance) serta pelbagai lagi tekanan yang menyebabkan wanita mula nak kuasai dunia pada abad ke-21 ini.
Tekanan demi tekanan kepada wanita dalam aspek kehidupan ini menyebabkan mereka ingin perbaiki kehidupan demi keluarga. Semua faktor ini menjadi sebab penting kebangkitan wanita di dalam menerajui dunia keusahawanan, sosial, politik, ekonomi, pekerjaan dan korporat dengan lebih agresif. Tiada lagi istilah wanita di ceruk dapur, wanita tidak boleh bekerja, tak pandai berniaga dan tak boleh memimpin dunia korporat!
Wanita hari ini mudah dibentuk, mudah mengharungi perubahan dan berdaya saing.
Dan apa lagi yang akan berlaku untuk beberapa tahun akan datang?
Di Asia dan terutamanya di Malaysia, pembangunan sosial wanita dalam bentuk pendidikan, pendedahan media dan peluang untuk bekerja di luar rumah memberikan mereka akses kepada ilmu dan idea-idea baru dan ini akan transformasikan nilai dan budaya wanita Asia di masa akan datang. Dan trend dunia digital akan memudahkan semakin ramai suri rumah yang berjaya membina perniagaan hanya dari rumah.
Peningkatan jangka hayat wanita pada saat lahir, pengurangkan jurang jantina dalam
persekolahan, tahap pendidikan yang bertambah baik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak juga meningkatkan kuasa ekonomi wanita.
Dari segi kepimpinan, tugasan kerja yang lebih teknikal dan berorientasikan teknologi,
kepemimpinan wanita akan lebih menyerlah kerana wanita lebih prihatin dan menjaga hubung dengan pekerja, faktor empati.
Bagaimana wanita boleh mempersiapkan diri untuk menunggang gelombang perubahan ini?
Kebangkitan wanita akan lebih ketara di seluruh dunia dalam semua aspek dan bidang jika
mereka bijak menyesuaikan diri mereka dalam dunia VUCA. Bagi usahawan dan peniaga wanita, sasarkan produk dan servis anda untuk pengguna wanita kerana potensi terbesar terletak pada enam industri ini; makanan (food), kecergasan (fitness),
kecantikan (beauty), pakaian (apparel), penjagaan kesihatan (health care) dan perkhidmatan kewangan (financial services).
Fikirkan cara bagaimana anda boleh bantu selesaikan masalah wanita di luar sana dengan lebih mudah, cekap dan pantas.Dan sentiasa menuntut ilmu. Belajar dan jangan berhenti mencari ilmu kerana sudah terbukti kebangkitan wanita hari ini dalam semua aspek kehidupan adalah kerana ilmu yang mereka ada dan bagaimana mereka memaksimakan potensi wanita.
Penyanyi yang sohor dengan imej ‘Miss Diva’, Ifa Raziah yang sering tampil memperagakan barangan kemas seperti loket hati gergasi, serta pengasas Serifa Beauty & Health mengakui bahawa cabaran wanita masa kini bukan hanya perlu tampil cantik semata-mata.
Malah, jelas Ifa yang kini merupakan Pengarah Urusan dan Pengasas jenama StarVendors, wanita kini perlu berpendirian teguh, berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu terlalu bergantung sepenuhnya pada pasangan.
Wanita Perlu Bentuk Karakter Tegas Dan Berpendirian Untuk Berjaya!
Ifa turut menjelaskan bahawa karakter wanita yang tegas dan berpendirian seperti ini yang membuatkan dirinya mempunyai kekuatan dalam mengendalikan urusan syarikat.
Sering membawa watak antagonis, hingga jelmaan wanita yang bermasalah itu sedikit sebanyak terpalit dalam kehidupan Ifa Raziah. Siapa sangka Ifa kini bergelar usahawan yang sangat menginspirasikan.
Kini Ifa mengadaptasi seluruh pengalamannya sebagai anak seni selama lebih dua dekad untuk memajukan bisnes pengurusan acara, StarVendors Event Sdn Bhd.
“Saya sebenarnya seorang individu yang bersemangat dan suka memberikan komitmen dalam setiap pekerjaan. Termasuklah dalam arena bisnes.
“Harapan saya agar suatu hari nanti semua kerja keras ini dapat meninggalkan legasi kepada anak-anak. Mungkin bila dah berusia nanti, saya dapat abadikan diri beribadah sepenuh masa sambil monitor saja bisnes yang mereka uruskan.” ujarnya.
“Jadilah wanita yang berduit kerana wanita yang cantik dah banyak!” – Ifa Raziah
Terkenal sebagai seorang wanita yang ekspresif, serta mempunyai sifat disiplin yang tinggi, rezeki Ifa Raziah dalam bidang seni terus mengalir tanpa henti.
Ifa kini terus mencatat satu demi satu kejayaan berskala besar ekoran strategi hidupnya, ingin sentiasa relevan dengan trend semasa.
Selain itu, Ifa turut memberikan satu kata semangat buat para wanita diluar sana agar “Jadilah wanita yang berduit kerana wanita yang cantik dah banyak!” dan kenyataan ini sedikit sebanyak berjaya mencuit perhatian NONA.
Ifa Akan Terus Bebrakti Pada Dunia Seni, Selagi Relevan
Pernah menjulang trofi Artis Versatil Popular dua tahun berturut-turut di ABPBH29 & ABPBH30, Ifa Raziah yang berstatus Dato’ mula terlibat dalam industri seni sejak tahun 90-an lagi.
Seterusnya, bakat beliau berkembang sebagai pelakon, pelawak dan pengacara sebelum kini sebagai Pengasas serta Pengarah Urusan StarVendors Event Sdn Bhd.
“Selagi masih larat dan kudrat mengizinkan, saya mahu terus aktif dalam bidang seni.
“Sebenarnya saya banyak menerima job daripada stesen TV, kehadiran saya sedikit sebanyak menaikkan rating program,” tambahnya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Posting terbaharu pelakon Datin Paduka Eina Azman memperlihatkan dirinya kini berada di bumi Madinah mengerjakan umrah. Eina Azman mengerjakan umrah untuk menyempurnakan nazar buat kali kedua bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.
Kata pemilik nama lengkap Ainur Syakina Azman, ketika insan kesayangannya itu bertarung dengan jangkitan Covid-19 sekitar Ogos tahun lalu, dia bernazar mahu kembali ke Tanah Suci selepas Kaiser sembuh seperti biasa.
“Tahun lalu saya ada bernazar untuk suami selepas kena serangan Covid-19.
“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Jadi saya akan menunaikan umrah bersama suami untuk kali kedua.
“Di sini kami ingin meminta maaf kalau kami ada buat silap dan salah.
“Doakan kami selamat pergi dan pulang. Insya-Allah, semoga yang baik-baik untuk kita semua,” katanya.
Pelakon The Maid 2 itu berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran Instagram yang disertakan gambar mereka berdua di Masjid Nabawi. Kunjungan ke tanah suci kali ini turut diiringi oleh ibunya, Amy Roshaida.
Terdahulu, pasangan itu disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos tahun lalu yang juga hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka.
Foto kenangan Eina Azman ketika mengerjakan umrah pada 2019.
Selain pemilik Eina, 27, dan suami, dua pembantu rumah mereka turut positif, namun Kaiser berdepan impak agak teruk apabila berada pada tahap empat.
Walau bagaimanapun anak kembar mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 6, bagaimanapun bebas daripada jangkitan. Untuk rekod pasangan ini pernah mengerjakan umrah bersama keluarga pada tahun 2019 yang lalu.