Pesona dan aura primadona, Ogy Ahmad Daud masih memukau. Meskipun mempunyai nama besar dalam industri seni tanah air namun figura ini cukup merendah diri.
Saat ramai yang memuji kecantikan dan bakat lakonan yang dimiliki, Ogy hanya tersenyum manis dan mengungkap kata syukur. Jauh sekali, melihat dia mendabik dada dengan segala kejayaan dan kurniaan yang diraih selama ini.
Bersandarkan peribadi yang menyenangkan tersebut, tidak hairanlah pada usia mencecah 61 tahun Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Dato’ Ahmad Daud masih menjadi perhatian dan kesayangan peminat.
Lebih bertuah, anak kepada seniman Dato’ Ahmad Daud dan seniwati Datin Saadiah ini turut dikurniakan cahaya mata perempuan yang makin menginjak usia remaja.
9 November lepas, permata hati Ogy yang diberi nama Nur Aminah Aishah genap berumur 16 tahun. Biarpun bergelar anak selebriti, namun Aminah enggan meraih populariti dan selesa hidup jauh daripada dunia glamor ibu tersayang.
Ads
Daripada perkongsian Ogy mengenai Aminah di media sosial sebelum ini, gadis berkenaan disifatkan seorang yang pemalu dan sangat disayangi bintang Filem Azura tersebut.
Mengulas peribadi anak tersayang, Ogy mendedahkan Aminah seorang anak yang baik dan rajin belajar. “Alhamdulillah, dia jump kelas dua tahun. Syukur alhamdulillah. Saya sangat strict seperti arwah ayah dari segi pelajaran.
Education is very important sebab ilmu itu sangat penting. Saya bersyukur dia tak terlibat dalam bidang seni. Dia tak meminati langsung dan tiada social media.
Dia bukan seorang introvert tapi terus-terang dia ialah anak yang tidak suka mengikuti saya ke lokasi penggambaran. Dia tak suka sangat. Dia lebih suka buku, belajar.
Ads
Saya pernah test, tak payahlah pergi sekolah. Tapi dia suka belajar. Saya syukur sangat-sangat. Impian saya nak dia melanjutkan pembelajaran ke luar negara.”
Sementara itu bercerita mengenai perwatakan dirinya yang sentiasa tampil ceria dan bertenaga, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1985 dan 1986 ini sambil ketawa menyusun bicara.
“Saya tak pernah mewujudkan dinding bahawa bila naik usia lima atau enam angka you dah masuk golongan tua-tua. Saya tidak pernah ada stigma sebegitu dalam kehidupan. Selagi Allah bagi nafas dan nyawa, just go with the flow.
Saya ialah orang yang penuh positivity vibes dalam diri saya. Ada masalah, saya hadap masalah itu saya tidak akan sembunyi. Saya memang orang yang suka bekerja. Saya kalau tak bekerja satu hari macam tepu otak.”
Ads
Tambahnya lagi, “Saya seorang yang suka berfikir but not overthinking. Berfikir dari sudut explore ilmu. Benda-benda itu buat saya jadi energetik dan saya tak suka flash back kisah silam.”
Antara lakonan Ogy yang masih menjadi bualan sampai hari ini termasuklah filem Azura, Ali Setan dan Suara Kekasih.
Jelitawan ini juga pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1990 bersama seniman, Eman Manan selama 13 tahun namun berpisah pada tahun 2003.
Selain masih aktif mewarnai dunia seni lakonan, Ogy juga ligat mengusahakan bisnes Ogy’s Food Biz yang menjual Sambal Goreng Saadiah dan Sambal Kurau Masin Berlado.
Hebatnya genggaman seorang ibu, mengalirkan kekuatan dan semangat pada anak yang dibelainya. Kasih sayang inilah yang menjadikan kita seorang manusia yang lebih berperasaan, ada empati dan integriti.
Dibesarkan oleh ibu tunggal, jelas menjadi motivasi terbesar Cikgu Vee atau Ramlah Mohamed untuk berjaya ke tahap sekarang. Menjadi tenaga pengajar muzik di Sunway International School serta memiliki Vee Music Centre dalam satu masa.
Wanita berusia 38 tahun ini juga mahir bermain alat-alat muzik seperti biola, xylophone dan piano. Malah beliau juga mempunyai kelulusan Masters in Music Education serta Ijazah Kewangan.
“Saya membesar dengan ibu tunggal dan ada adik perempuan kecil yang ramai. Tertekan masa tu sebab terpaksa bekerja sambil belajar sepenuh masa.
Lepas dapat ijazah, saya sempat kerja dalam bidang kewangan sekitar dua tahun je.
Akhirnya saya pilih bidang yang saya minat iaitu muzik kerana tekanan hidup. Masa tu asalnya saya terima pelawaan mengajar dan menjadi guru orkestra di Sekolah Sri KDU pada tahun 2009.” Cikgu Vee
Mahir bermain biola
Antara aktiviti di Vee Music Centre
MOTIVASI
Mempunyai dua kerjaya dalam satu masa bukanlah sesuatu yang mudah. Cikgu Vee sendiri tidak menafikan hal ini lebih-lebih lagi beliau sendiri pernah melalui episod kegagalan rumah tangga.
“Wanita sekarang banyak cabaran. Jadi jika ada kebolehan buat lebih dari satu kerja itu bonus. Apatah lagi kalau buat perkara yang diminati.
Kaum wanita mesti kuat dan cari cara keluar dari tekanan hidup. Saya pun banyak belajar dari kisah ibu bapa saya yang bercerai dan ia memberi pengajaran tersendiri untuk saya.”
Enggan merahsiakan ujian hidup yang ditempuhi, Cikgu Vee terbuka untuk berkongsi motivasi kejayaannya.
“Saya belajar main biola sejak di bangku sekolah rendah. Banyak buat pertunjukan kanak-kanak sampai remaja.
Bila ibu bapa saya bercerai, saya makin bersemangat nak asah bakat yang ada.
Saya pernah berumah tangga dan sewaktu masih bergelar isteri, saya tak bekerja. Tahun 2011 saya tubuhkan Vee Music Centre dan bina empayar bisnes I am Lejen Shop dengan bekas suami.
Sayangnya jodoh tak panjang. Saya kembali bekerja sebagai pensyarah muzik selepas bercerai dan fokus pada Vee Music Centre sekarang,” jelas Cikgu Vee yang merupakan anak seorang pensyarah seni halus itu.
BANGKIT
Berdamai dengan masa lalu adalah cara menemui ketenangan yang sebenar. Menurut wanita hebat yang suka menggesek biola, bermain ice-skating, menulis lagu dan memasak ini, biarpun pandemik banyak menjejaskan hidup tapi perancangan yang betul adalah kunci mengurus tekanan.
Impian dan cita-cita yang belum tercapai… “Saya nak beli rumah dan selesaikan hutang kereta sport Mini Cooper sekarang.
Saya juga nak jadi Senior Lecturer atau Profesor Madya. Sebab utama, nak tolong ibu bapa saya,” akhiri Cikgu Vee.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman tak perlu diperkenalkan lagi. Namanya bukan sahaja mekar sebagai usahawan yang berjaya namun menjadi idola kepada usahawan muda yang baru bertatih dalam perniagaan. Berpeluang berkongsi rasa dengan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah mencipta momen yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.
“Orang kenal Dato’ bila sudah di puncak, ramai yang tak mengenalinya semasa baharu bertatih dalam perniagaan. Jangan tak percaya! Selepas Dato’ ada duit RM30 juta baru berani beli Louis Vuitton (LV),” terang DS Shahida tentang suami kesayangannya itu.
Bila melihat gelagat DS Aliff yang hyperaktif terfikir bagaimana ibu kepada enam orang anak ini menghadapi suaminya. “Mula-mula saya memang stres asyik nak bergaduh jer. Tapi Dato’ pandai, kalau nampak saya macam nak marah Dato’ slow down. Jadi kalau nak diam kan Dato’ saya kena mengamuk,” gurau DS Shahida sambil tersenyum memandang suaminya.
Siapa yang tak sayangkan suami sendiri kan? Kongsi DS Shahida lagi, “Saya pandang Dato’ daripada satu sudut yang baik. Mungkin orang ramai nampak Dato’ ‘begitu’ tapi realitinya Dato’ seorang yang suka bergurau.
Dato’ seorang yang tak suka keluar malam, tak keluar lepak-lepak minum kopi dengan kawan-kawan dan kalau nak jumpa Dato’ lebih suka orang datang rumah. Dato’ seorang lelaki yang pandai transform hobi kepada perniagaan. Apa sahaja yang dia buat pasti ada kaitan dengan bisnes, Dato’ tak akan buat saja-saja,” terang DS Shahida.
Memiliki empayar perniagaan yang gah dan juga anak-anak yang sedang membesar sudah tentu Datin Seri Nur Shahida tidak cukup tangan untuk mengimbangi tugas sebagai seorang isteri, ibu dan majikan. Bagaimana agaknya wanita yang lemah-lembut ini meredakan tekanan atau stres?
“Stres saya akan hilang bila saya menghabiskan masa dengan anak-anak. Melihat mereka membesar dan melayan ragam anak-anak sudah cukup menghiburkan saya. Kalau ada masa, kami sekeluarga akan keluar bercuti.
Bercerita tentang harapan, sudah tentu saya mahu anak-anak mewarisi perniagaan kami suatu hari nanti. Tapi saya tak mahu paksa mereka berkecimpung dalam perniagaan ini kalau tak minat. Mujurlah nampaknya anak saya yang sulung seperti minat berniaga. Walaupun masih kecil tapi dia suka tengok tukaran mata wang asing. Tanya saja perubahan mata wang setiap hari pasti dia boleh jawab.
Saya lihat anak sulung saya sangat mengagumi bapanya sendiri. Ammar akan selalu sokong apa juga tindakan ayahnya dan kadang-kadang dia sendiri pun bagi nasihat. Kalau ditanya tentang pendidikan anak-anak pula saya lebih pentingkan akhlak dan sahsiah mereka berbanding sijil,” kata Datin Seri Nur Shahida mengakhiri perbualan kami.
Ketukan dram padu mengiringi persembahan kumpulan rock lagenda, Search di Konsert Nusafest 2023 di Bandar Malaysia minggu lalu mencuri tumpuan. Mana tidaknya, posisi pemain dram kumpulan tersebut diisi oleh seorang gadis berusia 17 tahun!
Naimi Daini baharu berusia 17tahun namun mempunyai skill bermain dram yang membanggakan
Gadis remaja dikenali Naimi Daini itu tampil bersama Search yang dianggotai Datuk Amy (penyanyi), Nasir Daud (bass), Hillary Ang (gitar) dan Man Kidal (gitar) dengan memainkan lapan lagu pada konsert yang diadakan di Bandar Malaysia itu.
Malah, ramai beranggapan Naimi mampu menjadi pelapis pemuzik terbaik negara sekiranya terus mendapat peluang beraksi dengan kumpulan rock hebat seperti Search.
Menurut kumpulan Search, buat masa sekarang, Naimi merupakan pemain dram undangan berstatus tetap dengan Search selain seorang lagi pemain drama berbakat iaitu Arthur.
“Naimi adalah sebagai permain drum muda yang sangat berbakat pernah kami temui di industri muzik tanah air. Memandangkan perjalanan Naimi yang masih jauh dengan usia muda, maka kami memberi ruang dan peluang kepadanya untuk bersama-sama di setiap persembahan kami untuk ‘menggali’ pengalaman lebih luas,” katanya.
Menurut Nasir, pada masa sama Search juga begitu menghormati status Naimi yang masih belajar di tingkatan lima di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Malah Naimi melalui perkongsian di Instagram miliknya memanjatkan rasa syukur diberi peluang untuk mempamerkan bakat bersama kumpulan Search dan menjadikan peluang tersebut sebagai satu inspirasi buat dirinya. Malah ramai memuji ketangkasan Naimi bermain dram selain mendoakan perjalanan karier Naimi yang masih jauh.
“Kami tidak mahu dia berasa tertekan dengan jadual Search nanti. Malah, kami memberi masa kepada Naimi untuk menghabiskan pelajarannya sebelum diserap sebagai pemain drum kekal Search,” katanya.
Dalam konsert itu, Naimi tampil dengan ketukan padu memainkan lagu-lagu Search seperti Diari Habil & Qabil, Gothik Malam Edan, Isi Atau Kulit, Cakap Memang Murah, Paranoid, Pelesit Kota, Pawana dan medley Rozana / Isabella.
Kumpulan Search bakal mengadakan Konsert Fantasia Bulan Salju yang bakal di adakan di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 12 Ogos akan datang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.