Hebatnya genggaman seorang ibu, mengalirkan kekuatan dan semangat pada anak yang dibelainya. Kasih sayang inilah yang menjadikan kita seorang manusia yang lebih berperasaan, ada empati dan integriti.
Dibesarkan oleh ibu tunggal, jelas menjadi motivasi terbesar Cikgu Vee atau Ramlah Mohamed untuk berjaya ke tahap sekarang. Menjadi tenaga pengajar muzik di Sunway International School serta memiliki Vee Music Centre dalam satu masa.
Wanita berusia 38 tahun ini juga mahir bermain alat-alat muzik seperti biola, xylophone dan piano. Malah beliau juga mempunyai kelulusan Masters in Music Education serta Ijazah Kewangan.
“Saya membesar dengan ibu tunggal dan ada adik perempuan kecil yang ramai. Tertekan masa tu sebab terpaksa bekerja sambil belajar sepenuh masa.
Lepas dapat ijazah, saya sempat kerja dalam bidang kewangan sekitar dua tahun je.
Akhirnya saya pilih bidang yang saya minat iaitu muzik kerana tekanan hidup. Masa tu asalnya saya terima pelawaan mengajar dan menjadi guru orkestra di Sekolah Sri KDU pada tahun 2009.” Cikgu Vee
Mahir bermain biola
Ads
Antara aktiviti di Vee Music Centre
MOTIVASI
Mempunyai dua kerjaya dalam satu masa bukanlah sesuatu yang mudah. Cikgu Vee sendiri tidak menafikan hal ini lebih-lebih lagi beliau sendiri pernah melalui episod kegagalan rumah tangga.
“Wanita sekarang banyak cabaran. Jadi jika ada kebolehan buat lebih dari satu kerja itu bonus. Apatah lagi kalau buat perkara yang diminati.
Kaum wanita mesti kuat dan cari cara keluar dari tekanan hidup. Saya pun banyak belajar dari kisah ibu bapa saya yang bercerai dan ia memberi pengajaran tersendiri untuk saya.”
Ads
Enggan merahsiakan ujian hidup yang ditempuhi, Cikgu Vee terbuka untuk berkongsi motivasi kejayaannya.
“Saya belajar main biola sejak di bangku sekolah rendah. Banyak buat pertunjukan kanak-kanak sampai remaja.
Bila ibu bapa saya bercerai, saya makin bersemangat nak asah bakat yang ada.
Ads
Saya pernah berumah tangga dan sewaktu masih bergelar isteri, saya tak bekerja. Tahun 2011 saya tubuhkan Vee Music Centre dan bina empayar bisnes I am Lejen Shop dengan bekas suami.
Sayangnya jodoh tak panjang. Saya kembali bekerja sebagai pensyarah muzik selepas bercerai dan fokus pada Vee Music Centre sekarang,” jelas Cikgu Vee yang merupakan anak seorang pensyarah seni halus itu.
BANGKIT
Berdamai dengan masa lalu adalah cara menemui ketenangan yang sebenar. Menurut wanita hebat yang suka menggesek biola, bermain ice-skating, menulis lagu dan memasak ini, biarpun pandemik banyak menjejaskan hidup tapi perancangan yang betul adalah kunci mengurus tekanan.
Impian dan cita-cita yang belum tercapai… “Saya nak beli rumah dan selesaikan hutang kereta sport Mini Cooper sekarang.
Saya juga nak jadi Senior Lecturer atau Profesor Madya. Sebab utama, nak tolong ibu bapa saya,” akhiri Cikgu Vee.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengalaman berkhatan bagi orang lelaki adalah suatu momen yang mahu dingat sehingga ke hari tua. Berbagai ragam mereka yang mahu berkhatan sering menjadi bahan jenaka. Proses berkhatan menjadi semakin mudah apabila berubah daripada menggunakan pisau kepada ‘clamp’ atau laser.
Berkhatan ini terpulang kepada ibu bapa yang menentukannya sama ada mahu dilakukan ketika usia tadika, usia sekolah rendah atau pun ketika masih bayi. Dr. ‘Afifah Tawfek isteri kepada penyanyi Nubhan mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih untuk berkhatan ketika masih bayi.
Doktor muda ini berkongsi pengalamannya di laman Instagram, “Masih ramai yang tanya saya boleh ke sunat masa baby? Tak ramai ibu bapa yang sunatkan anak lelaki masa baby sebab beranggapan ia akan menyakitkan dan susah hendak dijaga.
Budaya masyarakat Melayu lebih cenderung untuk sunatkan anak lelaki semasa mereka berusia tujuh tahun ke atas. Kalau dalam budaya masyarakat Arab, mereka memang memilih sunatkan anak lelaki ketika bayi lagi kerana mengikut sunnah yang dianjurkan oleh Nabi SAW.
Dari Saidatina Aaisyah RA, “Sesungguhnya Nabi SAW mengkhatankan Hassan & Hussain pada hari ke 7 dari hari kelahiran keduanya.” — Riwayat al Baihaqi.
1- Berkhatan time baby hanya mengambil masa about 24 jam je untuk sembuh, berbanding kids yang sudah besar yang mengambil masa berminggu-minggu. Doktor Aaffan ambil kaedah letak “special glue” supaya mudah nak mandikan.. tak sakit bila kena air… “special glue ni akan tercabut dengan sendirinye bila dah betul-betul heal” for Aaffan it took about 6 days to detach. Alhamdulillah Aaffan tak meragam lepas sunat. Means tak ada langsung nampak macam discomfort at that private area.
2- Sembuh tanpa apa-apa risiko & infection, berbanding kids yang sudah besar yang mungkin terdedah kepada pendarahan, bentan, nanah dan seumpamanya.
3- Tidak Perlu Kepada Ubatan. Baby Yang Hanya Minum Susu, Amat Cepat Sembuh Kerana Masih Dalam Proses Pembesaran. Untuk Kanak-Kanak Pula Terpaksa Disediakan Makanan ‘Pantang’ Khas Serta Ubatan Tertentu Untuk Memastikan Cepat Sembuh.
Alhamdulillah, haritu tak sampai 10 minit pun doktor sunatkan Aaffan… pukul 8am smpi hospital, pukul 9am boleh balik… lama tunggu giliran nak bayar je. Yang paling best, masa sunat Aaffan he was only 2 weeks old and no need of general anaesthesia for him sbb baby belum lasak…,” kongsinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
SubhanAllah, kagum tengok hasil lukisan Ustazah Asni Abu Mansor! Di sebalik setiap kehalusan seni yang dilakarnya di atas kanvas putih, terselit kalimah suci Allah dan coretan khat yang cukup indah. Mengamati karya seni bekas juri program Da’i ini, terserlah kecintaan beliau terhadap alam semula jadi dan elemen islamik.
Sering tampil spontan dan petah menyampaikan dakwah di kaca televisyen, Ustazah Asni sememangnya seorang yang punya aura tersendiri. Lebih-lebih lagi tatkala mengutarakan hujah-hujahnya. Yang mendengar pasti tertarik dan yakin dengan apa yang ingin disampaikan. Selain melukis sebagai terapi diri, Ustazah Asni turut menjual karya seninya kepada individu yang berminat.
Ustazah Asni di samping Datuk Ustazah Norhafizah Musa
‘Luahan’ ilham ustazah berusia 43 tahun ini juga dipamerkan dalam beberapa program berbentuk islamik di stesen televisyen. Antaranya lukisan Kaabah, Demi Langit dan Alburuj Galaxy semasa siaran Nasi Lemak Kopi O.
Beruntung sungguh Ustazah Asni kerana bukan hanya dikurniakan kelebihan berdakwah malah memiliki kemahiran dalam lukisan.
Sumber: Instagram @asnimansor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Indahnya alam rumah tangga bila suami isteri saling memahami dan menghormati di antara satu sama lain. Terasa nikmat perkahwinan itu cukup indah dan membahagiakan. Itulah perasaan yang sedang berbunga-bunga di hati pengasas jenama muslimah popular Bella Ammara, Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Shah sekarang.
Sedang hamil anak kedua dan bakal melahirkan cahaya mata lelaki, isteri kepada Muhammad Khalif Samsudin atau lebih dikenali dengan panggilan Carl Samsudin ini meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang begitu penyayang dan bertanggungjawab.
Melalui ungkapan romantis yang dikongsikan Belle dalam laman Instagramnya, ibu kepada puteri sulung, Nur Nabila Ammara nyata sedang meniti saat indah di samping keluarga tercinta. Selain memiliki perusahaan yang maju dan terkenal, kehadiran seorang insan bernama suami seperti Carl melengkapkan lagi kehidupan usahawan jelita berusia 29 tahun ini.
“Tugasan seorang suami bukan senang. Sangat berat. Dialah pemimpin dan imam kepada keluarga, dialah yang bertanggungjawab mencari rezeki yang halal untuk isteri dan anak-anak, dialah yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri dan anak ke jalan Allah SWT dan dialah yang membentuk sebuah keluarga.
Belle sangat terharu tengok macam mana Carl Samsudin bekerja keras untuk menggembirakan keluarga tanpa kisah penat, makan or sakit. Apa yang dia happy, bila tengok keluarga dia happy.
Dan paling Belle tersentuh macam mana dia menunjukkan contoh dan mendidik Belle untuk menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik. Yela, mungkin dulu Belle banyak lakukan kesilapan, tapi Carl tetap sabar mendidik Belle menjadi yang lebih baik dan macam mana dia terima kekurangan Belle seadanya.
Sebab tu setiap hari tak pernah sikit pun rasa sayang berkurang terhadap dia kerana akhlak dan prinsip yang ditunjukkan membuat Belle rasa bersyukur sangat ditemukan dengan insan yang sangat istimewa ini.”
Sweet sangatkan?
Moga dengan kehadiran cahaya mata baru yang bakal lahir nanti mengeratkan lagi kasih sayang di antara Belle dan Carl kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.