Percaturan gadis kelahiran Singapura ini terjun dalam dunia lakonan ternyata tidak sia-sia. Berbekalkan bakat semula jadi dan wajah yang ayu merupakan pakej yang lengkap untuk Atikah Suhaime, 28 tahun, terus mencipta nama.

IKLAN

Drama adaptasi novel Bila Hati Berbicara telah melonjakkan nama graduan Diploma Komunikasi dan Media ini. Atikah yang sering tampil bertenaga ini berkongsi tentang rahsia kecergasannya.

Atikah Suhaime Kongsi Rahsia Tidur 3 Jam Sehari Tapi Bangun Tetap Cergas

“Sebenarnya tubuh kita mempunyai memory recall untuk apa sahaja yang kita lakukan. Saya membesar dengan abang dan adik lelaki yang aktif bersukan. Begitu juga dengan ayah yang gemar bersukan. Jangan tidak percaya, semasa kecil saya bermain futsal bersama-sama mereka. Jadi kecergasan yang saya miliki kini adalah datang daripada aktiviti yang saya lakukan dahulu.

Walaupun kadang-kadang sibuk di lokasi penggambaran dan tidak dapat bersenam dua atau tiga minggu, namun apabila berkelapangan tubuh saya boleh berjogging seperti sebelum ini. Selain itu saya juga suka bermain roller skate.

Atikah Suhaime Kongsi Rahsia Tidur 3 Jam Sehari Tapi Bangun Tetap Cergas

Kebaikan bersenam ini memang banyak kalau hendak dihuraikan. Melalui pengalaman saya bersenam boleh meningkatkan stamina seseorang. Contoh yang boleh diketengahkan apabila kadang-kadang saya hanya mempunyai masa tiga jam sahaja untuk tidur. Tetapi, hanya dengan tiga jam itu saya boleh bangun dengan cergas tanpa rasa penat.

Saya memang seorang yang mementingkan bersenam dalam kehidupan seharian. Saya akan pastikan walau sesibuk mana jadual kerja tetapi sebelum tidur sekurang-kurangnya membuat plank exercise. Jika ada mempunyai lebih masa saya akan tambah dengan burpees exercise dan squat.

Atikah Suhaime Kongsi Rahsia Tidur 3 Jam Sehari Tapi Bangun Tetap Cergas

IKLAN

Bersenam juga memberi kesan kepada kecantikan diri. Saya pernah mendengar kata-kata orang yang bersenam akan nampak lebih muda daripada usia yang sebenar. Mungkin ada benarnya kata-kata ini. Pada saya awet muda pada kulit orang yang suka bersenam. Saya juga seorang yang tidak suka bersolek kalau keluar rumah. Tetapi dengan bersenam muka kelihatan berseri dan kemerah-merahan.

Percaya atau tidak kalau sakit saya akan keluar bersenam. Pernah suatu ketika ibu memarahi saya keluar bersenam ketika dilanda selsema yang teruk. Balik daripada bersenam saya terus sihat dan hilang selsema. Mungkin ini juga faktor kenapa saya jarang jatuh sakit,” tutur Atikah.

Atikah Suhaime Kongsi Rahsia Tidur 3 Jam Sehari Tapi Bangun Tetap Cergas

IKLAN

Tidak lengkap rasanya jika tidak bertanya bagaimana wanita jelita ini menjaga kecantikan kulitnya. “Walaupun sejak kecil masa saya banyak dihabiskan bergaul dengan lelaki tetapi ibu juga mempunyai pengaruh dalam kehidupan saya. Dia sangat mementingkan kecantikan dan sejak daripada tingkat satu lagi saya diajar untuk memakai losen pelembap.

Gadis lasak seperti saya ketika itu menjadikan kulit sentiasa kering dan pelembap sangat membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat. Selain itu saya mengambil suplemen seperti multivitamin untuk menjaga kecantikan kulit.

Atikah Suhaime Kongsi Rahsia Tidur 3 Jam Sehari Tapi Bangun Tetap Cergas

Rutin penjagaan wajah sangat ringkas tetapi saya komited. Apa yang saya lakukan adalah mencuci solekan setiap kali pulang ke rumah. Saya tidak pernah lupa untuk membersih solekan wajah lebih-lebih lagi dengan solekan yang tebal ketika penggambaran dan sesi fotografi. Penyegar dan pelembap berasaskan air menjadi pilihan saya.

Pelembap bibir dan penyamar noda adalah dua benda yang sentiasa ada di dalam beg tangan saya,” terang Atikah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI