Peluang bertemu dengan heroin drama Titian Cinta di majlis Alhumaira Contemporary Lebaran Show 2018 ini tidak dipersiakan. Tampil manis dan ringkas dengan seluar palozo putih yang dipadankan dengan baju putih sedondon. Solekan yang tipis pada wajah menyerlahkan kecantikan sebenar Farah Nabilah ini.

Cemburu melihat kulit wajah Farah yang halus, terus bertanya apakah rahsianya, “Saya jaga kecantikan kulit dengan banyak minum air. Pagi-pagi saya akan minum perahan lemon bersama air panas. Sikit jer pati lemon tu terus minum. Tanpa gula dan dengan perut kosong. Petua ini baik untuk detoks kulit. Sebab kan saya tak sempat nak exercise so banyak minum camtu kulit akan detoks sendiri,” terang Farah sambil tersenyum.

Oh! Rupa-Rupanya Detoks Kulit Adalah Rahsia Cantik Pelakon FARAH NABILAH!

Bercerita tentang perkembangan dirinya, “Sekarang saya baru habis drama untuk Slot Akasia Ramadan sebanyak 27 episod. Drama bertajuk Halal Kan Hati Yang Ku Curi. Watak kali ini agak berat apabila saya melakonkan watak seorang wanita daripada kaya sehingga dia jadi gelandangan. Watak ini memang tak ada mekap dan akan makan sampah. Saya nak jadi pelakon yang versatil jadi saya tak kisah wajah diburukkan atau tanpa sepalit solekan di wajah.

Sebab itu bukan diri kita. Kita hanya melakonkan watak orang lain. Macam cerita ini, hujung-hujung cerita memang tak pakai mekap. Kalau di luar pun saya memang seorang yang very simple. Mekap pun very minimal kadang-kadang tak pakai foundation pun pakai bedak sahaja. Saya tidak kisah asalkan comfortable,” bicara Farah.

Menurut pelakon cantik manis ini bulan puasa nanti dia hanya menghadiri event kerana merupakan Duta Ramadan Raya untuk TV3. Kalau ada shooting mungkin ada telemovie raya sahaja. Selebihnya duduk rumah rehat dan sembahyang terawih. “Raya tahun ini tak sure lagi, biasanya saya balik kampung di Kelantan. Tapi mungkin tahun ini berbeza sikit, tak tahu kat mana lagi,”tuturnya.

Oh! Rupa-Rupanya Detoks Kulit Adalah Rahsia Cantik Pelakon FARAH NABILAH!

Oh! Rupa-Rupanya Detoks Kulit Adalah Rahsia Cantik Pelakon FARAH NABILAH!

Adakah Farah akan beraya di rumah bakal mak mentua, “Oh tidak saya masih single. Kita sebagai pelakon orang ingat kita together. Sebenarnya hanya berkawan biasa sahaja,” ujar Farah sambil tersenyum.

Di kesempatan bertemu dengannya terdetik untuk bertanya kisah viral dirinya yang dikatakan over shadow Izara Aishah di majlis persandingan tempoh hari. “Farah dan Izara kenal daripada sekolah menengah lagi. Sebelum dia masuk Dewi Remaja lagi. Kita memang kenal sebelum dalam dunia glamor. Over shadow pengantin? Saya tak perasan pun terover shadow pengantin. Tapi asal kan pengantin tak komplen apa-apa saya okay jer. Izara yang suruh pakai baju cantik-cantik. Dia kata kalau tak pakai baju cantik kau jangan duduk sebelah pengantin. Sebab Izara suka benda yang cantik-cantik. Sebab kalau tak sesuai baju tu dia akan suruh tukar on the spot,” cerita Farah sambil tersenyum.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI