
Makin lebarlah senyuman peminat fesyen sekarang. Sejak banyak butik-butik terkenal tawar pembelian online, nak melaram pun senang cuma klik dan tunggu pesanan sampai.
Mengekori jejak langkah Louis Vuitton yang membuka pintu e-dagangnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini satu lagi jenama popular di kalangan wanita muda iaitu GUESS melancarkan kemudahan online shopping buat pelanggan Malaysia.
Jenama Amerika Syarikat di bawah pengurusan FJ Benjamin Malaysia itu mengumumkan berita tersebut pada Jumaat lepas, dengan hasrat agar peminatnya kekal selamat di rumah.
Dengan pelancaran GUESS Online ini, setiap pembelian bernilai RM300 ke atas akan diberi potongan RM100 sebagai tanda penghargaan.
Menggunakan kod promo GUESS100, tawaran eksklusif itu hanya berlangsung selama 13 hari iaitu dari 8 hingga 21 Jun 2020 sahaja.
Selain dapat RM100, kita juga boleh tukar ganti item yang dibeli tanpa banyak soal. Jika terbeli saiz yang salah atau tak puas hati dengan item GUESS yang diterima, tukar je tanpa caj. Semua penghantaran pun percuma tau, sangat menjimatkan.
So dengan berita baik ni, bolehlah cari seluar jeans idaman atau beli hadiah istimewa untuk orang tersayang!
Review Nona
Meneroka sendiri ke laman web www.guess.my, rasanya jam tangan GUESS adalah barangan paling best dibeli.
Paparan spesifikasi teknikal jam dan harga dapat dibaca dengan jelas, maknanya tak perlulah kita sibuk nak bertanya itu ini pada jurujual.
Selain itu, koleksi jam tangan pun dari musim terbaru. Memang melting sangat tengok jam-jam GUESS di website, terus rasa nak tukar jam baru sekarang.
Ada juga koleksi tali pinggang, topi dan dompet yang sesuai dijadikan hadiah sempena Hari Bapa tak lama lagi. Mana tahu ada yang tercari-cari hadiah untuk bapa, suami atau kekasih kan?
Happy shopping!
Intip Pereka Fesyen Pilihan PERMAISURI RANIA & Menantu Di Majlis Perkahwinan Diraja Jordan

Majlis perkahwinan diraja Putera Mahkota Hussein dan pqasangannya Rajwa Al Saif sememangnya menjadi acara paling dinanti-nantikan di seluruh dunia. Mana tidaknya, upacara perkahwinan tersebut menjadi medan kerabat diraja dan orang kenamaan dari seluruh dunia berkumpul bagi meraikan pasangan baharu di rantau itu.

Selain tumpuan terhadap pasangan pengantin diraja, sudah tentu kelibat Permaisuri Rania Abdullah mencuri tumpuan. Untuk majlis bermakna puteranya, Permaisuri Rania mengenakan sehelai ball gown rona hitam dan emas rekaan Dior AW22 Couture Collection yang menawan dengan perincian di bahagian leher dan lengan menggunakan rona keemasan.
Baginda melengkapkan penampilan dengan sepasang tas tangan kecil keemasan dan aksesori berupa anting-anting keemasan senada dengan busana yang dikenakan.
Timbul perdebatan sebelum ini sama ada Permaisuri Rania akan menggayakan tiara di majlis pernikahan puteranya itu namun baginda memilih untuk kelihatan elegan dalam gaya tersendiri tanpa mengenakan tiara di majlis tersebut.

Keluarga dan para tetamu mereka berkumpul di bumbung terbuka yang dihiasi dengan bunga dan dikelilingi taman berlandskap untuk majlis perkahwinan tradisional Muslim yang dikenali sebagai ‘katb al-ketab.’ Orang ramai bertepuk tangan selepas menandatangani perakuan akad nikah.
Sebelum ini, Permaisuri Rania menggayakan kaftan bespoke collection Saiid Koebsiy untuk majlis berinai bakal menantunya itu. Gaun kaftan rona powder blue itu mempunyai perincian jemeki yang eksklusif dan menampilkan lagi sisi elegan Permaisuri Rania yang sememangnya menjadi ikon fesyen dunia.
Tidak lengkap jika tidak melihatn busana pengantin Rajwa Al Saif yang anggun mengenakan gaun rekaan pereka fesyen Lebonan, Elle Saab Bridal. Ramai memuji gaun pengantin yang digayakan oleh Rajwa yang tampil minimalis dan sopan dalam gaya tersendiri.


Antara kerabat diraja yang menghadiri majlis perkahwinan diraja Jordan termasuklah Putera William dan isterinya, Kate Middleton. Turut berangkat ke majlis tersebut ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Amirah Imanie, Membawa Label MONOKEROM Dengan Misi Tersendiri!

Pengalaman yang ditimba dalam bidang fesyen menjadikan Pengarah Kreatif dan pereka fesyen bagi jenama Monokerom, Amirah Imanie binti Anis Aminee melangkah setapak untuk membina label jenamanya sendiri. Monokerom yang kini sudah berusia 3 tahun semakin rancak melakar nama sekaligus kian mula menapak dalam industri fesyen tanah air. Amirah Imanie atau lebih mesra disapa Imanie merupakan graduan dalam jurusan perniagaan di Taylor’s University dan kemudian memilih untuk melanjutkan pengajiannya di Raffles Design Institure dalam jurusan Fashion Marketing & Management.
BAGAIMANAKAH JENAMA MONOKEROM TERCETUS?
Monokerom telah ditubuhkan pada tahun 2015. Ia dijalankan secara kecil-kecilan sahaja memadangkan ketika itu, saya masih lagi bekerja sepenuh masa. Namun lama-kelamaan, saya sedar bahawa saya ingin mengusahakan kreativiti saya tanpa dihadkan oleh sesiapa, dan kesedaran itu telah mendorong saya untuk fokus sepenuhnya dalam membina impian tersebut.
BAGAIMANAKAH PERMULAAN PEMBABITAN ANDA DALAM DUNIA FESYEN?
Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Fashion Marketing & Management, saya telah bekerja sebagai seorang Visual Merchandiser, Marketing Assistant, dan juga Stylist di syarikat yang berbeza-beza. Saya berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk menceburi pelbagai peranan yang berlainan di dalam bidang fesyen kerana ia telah membantu saya untuk meluaskan pengetahuan dan menimba pelbagai ilmu.
APAKAH SIGNATURE REKAAN MONOKEROM?
Minimalism, kepraktisan dan keselesaan.Perkara tersebut merupakan falsafah utama Monokerom apabila menghasilkan sesuatu rekaan. Misi kami adalah untuk membantu khalayak ramai untuk membina koleksi pakaian yang efficient dimana ia membolehkan mereka menjadi versi mereka yang paling kreatif, paling yakin, dan semestinya yang paling baik.
APAKAH KEKUATAN & KEISTIMEWAAN JENAMA ANDA?
Di Monokerom, we believe in mindful and careful consumption. Dengan mencipta dan menghasilkan pakaian versatil yang melampaui masa dan tempat, kami berusaha untuk membuat orang ramai ‘connect’ dengan pakaian kami dan forsake the excessive and disposable view of clothing that exists in our world today. Dengan menghasilkan pakaian yang tidak terhalang oleh trend, kami berharap untuk mencipta the classics of tomorrow.
BAGAIMANA ANDA MENDAPAT INSPIRASI DAN MENTERJEMAHKAN IA KE DALAM REKAAN PAKAIAN ANDA?
Saya mendapat inspirasi daripada memerhati orang lain dan cara pemakaian mereka yang berbeza-beza. Apabila saya melihat sesuatu yang menangkap perhatian saya dan mendapat satu idea, I’ll put it on paper dan dari situ akan mengubahkannya mengikut citarasa saya sendiri bagi mencipta sesuatu yang lain dan baharu. Secara jujurnya, saya juga banyak mendapat inspirasi daripada pemakaian orang-orang Jepun as I have always been intrigued by their culture.
APAKAH CABARAN YANG DIHADAPAI DALAM MEMASTIKAN LABEL ANDA BERTAHAN HINGGA KINI?
Terlalu banyak cabaran terutamanya sebagai jenama yang masih berada di peringkat yang awal. Antara cabarannya adalah untuk mencipta sesuatu yang original dan unik yang boleh diterima dan disukai ramai. Kadangkala kami mempunyai sesuatu idea atau design that we highly believe in tetapi itu tidak bermaksud bahawa orang lain juga akan mempunyai pendapat yang sama. Jadi apabila saya mereka sesuatu, saya harus berfikir untuk dua pihak iaitu sebagai pereka yang mempunyai individualiti sendiri dan juga sebagai seorang pelanggan.
BAGAIMANAKAN ANDA MELIHAT JENAMA ANDA PADA 5 TAHUN AKAN DATANG?
Saya amat berharap bahawa saya dapat meluaskan jenama Monokerom di peringkat antarabangsa dalam masa yang akan datang. That would be a dream come true.
APAKAH TREND FESYEN 2019?
Apa yang saya lihat, trend zaman 90s will make a comeback. Dan juga pakaian-pakaian oversized dan exaggerated yang lebih gender-neutral. Begitu juga dengan trend Waist-bags.
Jangan Pakai Baju Merepek Ke Rumah Terbuka, Ini Stail Fesyen Sempurna Agar Nampak Manis Dipandang!

Sempena bulan syawal yang mulia dan diraikan selama sebulan, pastinya jemputan ke rumah terbuka sukar untuk dielakkan. Sama ada di pejabat mahupun di rumah pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang menghadirinya bagi mengeratkan jalinan silaturahim. Bagi wanita, sudah pasti rancak memikirkan busana yang akan digayakan bagi menghadiri rumah terbuka. Namun, sewaktu menghadiri rumah terbuka, etika berpakaian harus dititikberatkan agar anda terlihat cantik dan sempurna. Tip fesyen kali ini berkongsikan tip berpakaian ke rumah terbuka supaya penampilan anda bukan sahaja anggun menawan malah lebih praktikal dan relevan.
1. PAKAIAN TRADISIONAL
Jika menghadiri rumah terbuka, lebih elok jika menggayakan busana tradisional kebanggaan melayu kita. Anda boleh mengenakan busana kurung moden, kebaya, kebarung, kurung kedah dan sebagainya. Terdapat banyak pilihan busana raya yang diberi suntikan tradisional yang boleh dijadikan pilihan hati. Malah ada busana tradisional yang diberi garapan moden agar ia relevan untuk digayakan di masa kini. Bukankah lebih manis jika memakai busana tradisional? Selain tampak sopan dan ayu, pakaian tradisional memudahkan anda untuk menyesuaikan dengan tema sambutan lebaran.
2. MIX & MATCH
Mungkin anda buntu untuk memilih pakaian ke rumah terbuka memandangkan semua busana raya anda sudah disarungkan. Jangan membazir untuk membeli pakaian baharu semata-mata untuk ke rumah terbuka. Anda boleh menggunakan konsep ‘mix & match’. Anda boleh memadankan koleksi top sedia ada samaada , peplum blouse ,body con dress, tunic, fishtail blouse bersama dengan skirt pelbagai potongan. Pilih skirt labuh potongan A , mermaid atau slit. Untuk padankan warna pakaian, fesyen blok warna atau colour blocking sentiasa menjadi penyelamat anda kala berfesyen. Malah trend ini juga menyuntik elemen segar dan ceria dalam gaya anda.
3. TIDAK MENJOLOK MATA
Anda dinasihatkan agar memakai pakaian yang sopan dan sedap mata memandang. Sekiranya busana anda diperbuat daripada fabrik sifon, pakailah inner atau pakaian dalam supaya tampil lebih sopan dan sempurna. Berpakaian seksi pula adalah tidak sesuai sama sekali untuk menghadiri rumah terbuka. Ingat, anda bukan menghadiri pertunjukan fesyen ya! Elakkan memakai pakaian yang mendedahkan terutama di bahagian dada dan kaki. Sebaiknya, pakailah pakaian dengan siluet yang lebih besar. Pakaian ini bukan sahaja lebih sopan dipandang malah akan memudahkan anda untuk bergerak.
4. SELESA
Jangan mementingkan kecantikan busana semata-mata! Tidak dinafikan, pasti ada ingin kelihatan menawan saat menghadiri rumah terbuka namun jangan ketepikan soal keselesaan. Keselesaan amat penting dalam berpakaian. Pilih pakaian yang selesa yang diperbuat daripada fabrik lembut dan tidak panas. Contoh fabrik yang boleh dijadikan pilihan adalah fabrik jenis cotton, sifon, como crepe, satin dan banyak lagi. Fabrik jenis akan memastikan anda berasa selesa sepanjang masa, malah jika anda seorang yang cepat berpeluh, fabrik ini mampu menyerap peluh dengan baik. Selain itu, sekiranya majlis diadakan di ruang terbuka, fabrik jenis ini akan memastikan anda sentiasa berasa selesa sepanjang majlis berlangsung.
5. PRAKTIKAL
Pastikan pakaian yang bakal anda sarungkan cukup relevan dan praktikal. Selain selesa, pakaian yang praktikal juga amat penting ketika menghadiri rumah terbuka. Jangan memakai pakaian yang terlalu sendat sehingga menyukarkan anda untuk bernafas. Selain itu, jangan memakai pakaian yang meleret dan sarat dengan perincian manik. Pakaian seperti ini membataskan pergerakan anda dan khuatir penampilan anda kelihatan seperti pengantin. Jika anda seorang yang gemarkan perincian, cukup sekadar di beberapa tempat seperti di pergelangan tangan atau di bahagian pinggang.
6. KASUT
Pilih kasut yang tidak terlalu tinggi agar memudahkan pergerakan anda. Untuk rasa yang lebih selesa, anda boleh memilih kasut jenis block heels ataupun wedges kerana kasut jenis ini mempunyai tapak yang lebih tebal dan seimbang. Sekiranya anda tidak biasa mengenakan kasut tumit tinggi, anda boleh memilih kasut jenis flat pump shoes. Kasut jenis ini memberikan keselesaan maksima buat anda dan memudahkan pergerakan. Ia juga amat praktikal sekiranya anda membawa anak anda ke rumah terbuka. Jangan sesekali memakai selipar kerana boleh mencacatkan keseluruhan penampilan anda.
7. BEG TANGAN & AKSESORI
Sebaiknya, pilihlah beg tangan yang bersaiz sederhana yang boleh memuatkan keperluan penting anda seperti telefon bimbit, kunci rumah dan kereta, beg dompet dan lain-lain lagi. Anda dilarang membawa beg tangan yang terlalu besar kerana menyukarkan anda semasa menjamu selera lebih-lebih lagi jika lokasi rumah terbuka diadakan di kawasan terbuka. Selain itu, Padankan beg tangan anda dengan busana pilihan anda agar tampil bergaya dan sempurna. Untuk pemilihan aksesori, cukup sekadar memilih aksesori yang ringkas dan minimalis. Pilih aksesori bersaiz sederhana dan sesuai dengan anda. Selain itu, Elakkan memakai perhiasan barang kemas yang terlalu sarat.