Ads

Padu Padan Seluar Culottes Buat Si Kecil Molek, Jangan Salah Pakai Kalau Tak Mahu Digelar Katik!

Seluar culottes kini menjadi antara trend terhangat sepanjang tahun 2017. Buat sang penggemar fesyen, pasti tidak akan ketinggalan untuk menggayakannya. Namun, sebelum mencubanya perhatikan beberapa perkara terutama sekali, si kecil molek.

Jangan tersilap menggayakannya takut anda dicop sebagai mangsa fesyen pula. Anda masih boleh bergaya dengan culottes yang bersaiz lebar itu. Jom semak tip penggayaannya bagi anda yang bertubuh genit.

(a) Pakai Kasut Tumit Tinggi

Padu Padan Seluar Culottes Buat Si Kecil Molek, Jangan Salah Pakai Kalau Tak Mahu Digelar Katik!

Ini sudah tentu kerana saiz tubuh anda yang kecil molek pastinya memerlukan sedikit ‘penambahan’ pada ketinggian anda. Kasut bertumit tinggi juga akan memberikan ilusi lebih panjang pada bahagian kaki sehingga bentuk culottes akan terlihat jelas dan memanipulasi tubuh anda yang kecil molek itu.

(b) Pakai Cropped Top

Ads

Padu Padan Seluar Culottes Buat Si Kecil Molek, Jangan Salah Pakai Kalau Tak Mahu Digelar Katik!

Pilihlah potongan atasan yang sedikit tinggi sehingga jatuhnya sedang elok di bahagian pinggang. Ini akan memberikan ilusi ke pinggang sehingga menjadi lebih ‘panjang’.

(c) Pilih Motif Yang Unik & Perincian

Ads

Padu Padan Seluar Culottes Buat Si Kecil Molek, Jangan Salah Pakai Kalau Tak Mahu Digelar Katik!

Alihkan perhatian dengan mengenakan culottes dengan motif yang unik kepada gaya anda. Contohnya, anda boleh memilih motif garis vertikal untuk memberikan ilusi ke bahagian kaki.

Selain itu, anda juga boleh memilih culottes dengan perincian lain dari yang lain atau ‘lucu’ sehingga sesiapa sahaja yang memandangnya akan tertarik.

Ads

(d) Pilih Lebar Yang Sepadan

Padu Padan Seluar Culottes Buat Si Kecil Molek, Jangan Salah Pakai Kalau Tak Mahu Digelar Katik!

Nah, inilah yang paling penting. Jangan memilih culottes yang terlalu lebar kerana ia boleh membuatkan anda kelihatan tenggelam. Dan, jangan memilih potongan yang terlalu lurus pula kerana ia akan menyerlahkan lagi saiz tubuh anda yang genit itu!

Maka, pilihlah lebar yang tepat dengan saiz anda. Amy Mohd

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Azeva Natassha Ikut Jejak Langkah Ibu Bapa Dalam Seni

Berbakat, Cantik & Bijak, Azeva Natassha Warisi ‘Darah Seni’ Ibu Bapa...

Nama Azeva Natassha menjadi bualan ramai kebelakangan ini khususnya dalam industri hiburan. Ini selepas dia diumumkan sebagai salah seorang peserta program hiburan Talk To My Manager musim kedua yang berlangsung pada 19 April 2026.