Tak berkelip mata memandang kecantikan Datin Seri Maria Farida. Bakal mencecah 54 tahun tak lama lagi, gaya wanita campuran Melayu-Filipina itu nampak cukup menawan, apatah lagi dalam persalinan bertemakan ‘gatsby’ yang menyerlahkan kelangsingan tubuh beliau.

Berikanlah apa saja busana, gaya Datin Seri Maria Farida pasti tidak akan menghampakan. Dengan raut wajahnya yang jelita dan tubuh tinggi lampai, beliau mampu membawa ‘jiwa’ tersendiri pada pakaian yang digayakan.

IKLAN

Dalam satu hantaran beliau ketika menghadiri sebuah majlis makan malam korporat bertemakan ‘The Great Gatsby’, jelitawan ini tampil dalam sepasang dress sekuin labuh yang menampakkan tubuh badannya yang langsing. Memang cantik, ramai puji Datin Seri Maria Farida persis anak dara!

Pakai Dress Gatsby, Ramai Puji DATIN SERI MARIA FARIDA Cantik Macam Anak Dara

 

Pakai Dress Gatsby, Ramai Puji DATIN SERI MARIA FARIDA Cantik Macam Anak Dara

 

Pakai Dress Gatsby, Ramai Puji DATIN SERI MARIA FARIDA Cantik Macam Anak Dara

 

Pakai Dress Gatsby, Ramai Puji DATIN SERI MARIA FARIDA Cantik Macam Anak Dara

 

Justeru tak menghairankan nama beliau kekal relevan dalam industri. Sebagai aktres dan model fesyen setanding model-model lain yang masih muda di negara ini. Datin Seri Maria Farida juga kerap menghiasi acara fesyen Yan’s Creation di dalam dan di luar negara.

Masih segar lagi kenangan bersama Datin Seri Maria saat beliau menjadi penghias Nona Mac 2019. Dalam pertemuan waktu itu, dia mengakui perubahan diri seiring pertambahan usia saban tahun, tetapi bersyukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik.

Pakai Dress Gatsby, Ramai Puji DATIN SERI MARIA FARIDA Cantik Macam Anak Dara

 

Pakai Dress Gatsby, Ramai Puji DATIN SERI MARIA FARIDA Cantik Macam Anak Dara

IKLAN

 

Pakai Dress Gatsby, Ramai Puji DATIN SERI MARIA FARIDA Cantik Macam Anak Dara

 

Mengulas amalan yang dipraktikkan, ini jawapan jujur Datin Seri Maria.

“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang.

IKLAN

Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout.

Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah. Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula.

Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga.” Datin Seri Maria Farida

Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Seri Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan.

 

RAHSIA KECANTIKAN

“Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.

Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging.

Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.” Datin Seri Maria Farida

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI