Tengok aksi wanita menimbang bola bukan lagi perkara asing. Tapi bila gadis muslimah yang lengkap berhijab dan pakai jubah buat perkara sama, itu memang luar biasa! Seperti yang sedang tular di media sosial kebelakangan ini.. bakat dan kelincahan gadis berusia 18 tahun, Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi melakukan free style football ternyata mengejutkan ramai pihak. Masakan tidak, bidang yang selama ini dimonopoli kaum lelaki kini turut dikuasai golongan wanita. Beragama Islam pula tu, memang rare!
Difahamkan Nisa mula berjinak-jinak dengan sukan ini pada tahun 2016 dan berlatih mempelajari teknik baru hanya melalui YouTube. Sambil mempamerkan gaya bersahaja menimbang bola dengan berjubah, anak sulung daripada tiga beradik ini menafikan tindakannya memuat naik video tersebut di media sosial miliknya bukan untuk meraih perhatian netizen, jauh sekali menambah followers.
Sebaliknya, ia sekadar ingin berkongsi minat dunia sukan berkenaan sejak menemani adik lelakinya bermain futsal dua tahun lalu.
“Wanita berhijab bukan penghalang untuk menceburi mana-mana bidang sukan atau dalam free style football tetapi yang menjadi penghalang adalah diri kita sendiri sama ada mahu atau tidak,” kongsinya yang berlatih selama empat hingga lima hari seminggu.
Kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan anak gadis ini, bapa Nisa yang pada mulanya menentang akhirnya akur dengan minat pelajar jurusan Asasi Bahasa Arab dan Sains Islamik di Universiti Al-Madinah, Shah Alam tersebut.
“Free styling in baju kurung is 1000x harder than usual. Jangan risau, belum pernah baju kurung saya koyak sebab free style.”
Sumber: Instagram Qhouirunnisa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amboi, bukan main seronok lagi si comel Karl Mateen bercuti di Jepun. Macam-macam keletah! Sepertinya sekejap sungguh anakanda Datuk Mohd Haniff Borhan dan Datin Elvina ni membesar, dah empat tahun, tak lama lagi bakal jadi abang!
Dianugerahkan seraut wajah yang cantik dan lembut bukan tiket mudah untuk Datin Elvina atau nama penuhnya Norzalina Mohamad, mencipta nama dalam dunia lakonan.
Sejak bergelar pelakon, kehidupan beliau juga mula meraih perhatian termasuk famili dan anak lelakinya, Karl Mateen.
Isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Mohd Haniff Borhan ini berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang sarat anak kedua. Comel betul Datin Elvina dengan baby bump!
Berusia 28 tahun, Datin Elvina sekeluarga yang kini sedang bercuti di Tokyo, Jepun mengumumkan anak sulungnya bakal bergelar abang tidak lama lagi.
“We can’t wait to meet our new addition soon! Karl going to be a big brothaaa… #babynumbertwo” Datin Elvina
Geramnya tengok kecomelan Karl Mateen ni, pandai berdrama ya!
SERBA BOLEH
Selain berlakon, Datin Elvina juga bergelar pengasas produk kecantikan, L’Pure Beauty. Terlintas di fikiran bagaimana ibu kepada seorang anak ini membahagikan masa antara karier seni, perniagaan dan keluarga.
“Alhamdulillah saya ada pembantu dan dia memang banyak membantu menguruskan hal rumah kalau saya sibuk di set penggambaran. Lagi pun biasanya saya akan susun jadual kerja dengan teliti.
****************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
****************
Contoh macam dah shoot direct 2 bulan, kemudian saya akan beritahu pengurus nak berehat sekejap seminggu atau dua untuk fokus dekat famili dan bisnes.” Datin Elvina
Untuk rekod, Datin Elvina dan Datuk Mohd Haniff Borhan berkahwin pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen yang kini berusia empat tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pasti nak nampak kekal cantik dan awet muda, bukan? Apa yang penting amalan penjagaan kecantikan luar dan dalam sejak awal sangat membantu. Seperti mana yang diamalkan oleh 3 artis wanita Korea ini. Bukan saja terkenal bahkan kekal cantik dalam usia masing-masing biarpun dah bergelar ibu.
Rajin memanjakan diri termasuk mengamalkan rawatan kulit dengan mudah di rumah membantu memberi kesan positif kepada penampilan diri. Antaranya rutin body scrub dan penggunaan masker secara konsisten. Begitu juga dengan pemakanan yang seimbang dan sihat. Pengambilan sumber makanan yang mengandungi antioksidan tinggi bagi membantu mencegah munculnya tanda-tanda penuaan awal. Senaman ringan seperti joging dan yoga boleh juga diamalkan agar tubuh kekal aktif.
Inilah yang dilakukan oleh 3 aktres Korea ini. Walaupun terlalu sibuk dengan kerjaya seni masing-masing namun mereka bijak menguruskan me-time. Beberapa jam menghabiskan waktu untuk diri sendiri dapat memberikan rasa bahagia.
KIM TAE HEE
Isteri kepada penyanyi Rain ini dianggap sebagai salah seorang wanita tercantik di Korea Selatan. Wanita berusia 41 tahun ini memulakan kariernya sebagai model pada tahun 2000.
Sepanjang kariernya, Kim tae Hee telah memenangi banyak penganugerahan kerana bakat lakonannya. Salah satu dramanya yang paling diingati ramai ialah ‘Stairway to Heaven’ pada tahun 2003.
Kim Tae Hee berkahwin dengan Rain pada 19 Januari 2017 dan sempat berbulan madu di pulau Bali dan Sumbawa. Pada Oktober 2017, Kim Tae Hee dan Rain dikurniakan seorang puteri. Dua tahun kemudian, mereka dikurniakan pula anak ke-2 iaitu pada tahun 2019.
JUN JI HYUN
Aktres berusia 40 tahun ini merupakan salah satu wajah billboard terkenal di Korea Selatan. Tidak hanya drama, Jun Ji Hyun juga laris membintangi berbagai filem box office. Dilahirkan pada tahun 1981, wanita ini bertemu jodoh dengan seorang banker, Choi Joo Hyuk pada 13 April 2012.
Setelah membintangi drama ‘My Love from the Star’ pada 2016, Jun Ji Hyun melahirkan anak pertamanya yang merupakan seorang lelaki. Kemudian pada tahun 2018 dia dikurniakan anak kedua, juga seorang lelaki. Biarpun memiliki 2 anak lelaki tetapi pesona Jun Ji Hyun tetap terserlah malah kian berseri-seri!
LEE MIN JUNG
Para penggemar drama ‘Boys Over Flowers’ pasti mengenali figura jelita ini. Lee Min Jung sering memegang watak utama, antara drama yang telah menaikkan namanya ialah ‘Cunning Single Lady’ yang bergandingan dengan Joo Sang Wook.
Lee Min Jung yang bergelar seorang ibu ini tergolong dalam kategori aktres Korea yang awet muda. Perkahwinanya dengan Lee Byung Hyun pada tahun 2013 menjadi salah satu majlis selebriti termewah ketika itu. Mereka dikurniakan seorang putera pada Mei 2015.
Kredit Foto: Instagram Lee Min Jung, Jun Ji Hyun & Kim Tae Hee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila menatap wajah aktres jelita, Kate Winslet ini pasti terimbau lakonannya sebagai Rose dalam filem epik popular era 90an, Titanic. Kini aktres senior dengan nama sebenarnya, Kate Elizabeth Winslet masih lagi ligat di pentas lakonan antaranya membintangi filem Avatar 2 dan The French Dispatch.
Dilahirkan pada 5 Oktober 1975, Kate Winslet kini berusia 45 tahun dan ibu kepada empat cahaya mata. Pun begitu, pesonanya masih terserlah. Seperti mana wanita lain yang sudah berusia Kate Winslet cukup prihatin dengan soal penjagaan kesihatan dan kecantikan terutama dalaman.
Kate Winslet dianggap bertuah kerana dia sememangnya sudah pun memiliki kecantikan asli yang tersendiri. Dengan hanya menggunakan cara penjagaan paling sederhana pun sudah memadai untuk Kate Winslet kekal sihat dan awet muda.
SIHAT CARA KATE WINSLET Menjadi vegetarian dan mengamalkan green juice atau smoothie yang diperbuat daripada buah-buahan atau sayuran hijau seperti bayam, kale dan timun. Selain itu apa jua makanan yang diambil, Kate Winslet akan pastikan ianya berasaskan sayuran sebagai salah satu cara untuk detoks.
Menjaga kesihatan dirinya dengan melakukan aktiviti berlari secara rutin agar kulit kekal sihat.
Untuk kekal langsing Kate Winslet mengikuti kelas tarian dan pilates secara rutin. Dia turut menasihatkan golongan wanita agar mencintai tubuh masing-masing walau bagaimana pun keadaannya.
Mengamalkan minum air putih yang banyak. Penting baginya untuk menjaga kulit di usia 40an kerana air adalah kunci utama agar kulit kekal lembap dari dalam seterusnya mencegah dehidrasi. Kate Winslet juga percaya kulit yang lembap adalah rahsia untuk kelihatan awet muda.
Seterusnya, Kate Winslet sentiasa menjaga kualiti tidur agar penampilan dirinya sentiasa segar dan cergas terutama ketika berada di khalayak ramai.
CANTIK CARA KATE WINSLET
Tidak menggunakan terlalu banyak produk berasaskan bahan kimia khususnya pada kulit. Apatah lagi, Kate Winslet mengamalkan air putih sebagai medium penjagaan utama untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Kate Winslet turut memaksimumkan perawatan di malam hari. Rutinnya, membersihkan solekan dengan makeup remover dan pencuci wajah seterusnya menggunakan penyegar dan serum bagi melembapkan dan memberi nutrisi optimum pada kulit. Jika ada masa terluang Kate Winslet akan melakukan facial treatment bagi mengekalkan keanjalan kulit.
Kate Winslet turut mengamalkan diet khusus untuk wajah secara konsisten iaitu dengan meminum segelas jus limau yang dicampurkan dengan lemon, kiwi dan raspberry.
Untuk solekan pula, Kate Winslet lebih selesa tampil dengan solekan yang sederhana dan natural. Percaya atau tidak, Kate Winslet hanya memerlukan masa kira-kira lima minit saja untuk berdandan!
Setiap kali ada acara-acara tertentu Kate Winslet sebolehnya berusaha untuk mengenakan solekan seminima mungkin. Jika untuk aktiviti biasa Kate Winslet lebih selesa mengenakan concealer dan lip balm saja. Dengan tambahan maskara bagi memastikan bulu matanya kekal lentik sepanjang hari.
Tak ketinggalan, Kate Winslet juga mementingkan penjagaan rambut. Cara yang diamalkan mudah saja. Rambut tak akan disikat ketika masih basah. Agar rambut tak mudah kusut pula Kate Winslet akan menyikatnya dua kali sehari. Agar rambut tumbuh sihat, Kate Winslet akan pastikan hujung rambutnya di trim setiap 3 bulan sekali.
TERBUKA MENERIMA PROSES PENUAAN
Selain mengamalkan rutin penjagaan yang teratur, Kate Winslet juga seorang yang terbuka dengan proses penuaan. Baginya ia satu proses semula jadi yang semua orang akan alami.
Kate Winslet berpendapat, tidak perlu takut dengan garis-garis halus mahupun kedutan yang mulai muncul di sekitar mata serta wajah kerana ia satu proses natural yang tak boleh dielakkan namun boleh dilambatkan melalui rutin penjagaan yang betul.
Kredit: Instagram @kate.winslet.official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Muabellaz menerima Anugerah Tokoh Belia dalam Program Dari Akar Umbi Ke Jaguh Dunia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai usahawan kosmetik dan ikon belia yang berjaya membina empayar perniagaan dari Kedah.