MashaAllah, hanya mereka yang mengamalkan dan memahami setiap isi kandungan Al-Quran berpeluang merasai kurniaan ini. Kedengaran agak cliché namun itulah hakikat yang dialami Hajah Jaliah Haji Simin… ibu kepada Juara Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut.

Biarpun beliau sudah berusia 63 tahun dan khatam Al-Quran untuk kesekian kali, Hajah Jaliah setia membaca kitab suci Islam ini dan mengajar keindahan yang terkandung di dalamnya kepada para wanita tanpa mengira peringkat umur setiap hari. Seperti anak gadisnya, Hajah Jaliah juga merupakan bekas qariah dan pernah mengikuti pertandingan tilawah Al-Quran bersama arwah suami, Haji Panut Haji Markum.

IKLAN

Menceritakan rutin hariannya, ibu kepada lima anak ini tenang berkongsi cerita. “Aktiviti hari-hari memang mengajar mengaji. Biasanya kaum ibu-ibu datang ke rumah saya untuk mengaji bersama. Tambahan pula, di rumah ada bangunan khas. Arwah suami yang wakafkan tanah dan bina bangunan ini khusus untuk kegunaan penduduk setempat.

Misalnya dijadikan tempat belajar mengaji atau adakan majlis ilmu. Beberapa bulan lepas pun ada persatuan yang buat majlis kebajikan warga emas di sini. Tak ada bayaran pun. Memang kami alu-alukan majlis macam ni. Sekurang-kurangnya ada benda yang boleh saya buat dan tambah kenalan baru.

Baca Al-Quran Tiap Hari, Ibu QARIAH NEGARA Akui ‘Terang’ Mata & KUAT INGATAN Walau Dah 63 Tahun!

Baca Al-Quran Tiap Hari, Ibu QARIAH NEGARA Akui ‘Terang’ Mata & KUAT INGATAN Walau Dah 63 Tahun!
Bersama anak-anak kesayangan

Bangunan yang diwakafkan arwah suami tidaklah besar mana, dalam lingkungan setengah ekar dan bersambung dengan rumah. Senang kami anak-beranak nak jaga dan bersihkan kawasan ini,” ujarnya sambil memberitahu bangunan tersebut sudah dibina sejak 2003 lagi dan arwah Haji Panut meninggal dunia lebih setahun lalu akibat kencing manis.

Walau sudah berumur 63 tahun namun ketangkasan Hajah Jaliah masih tajam seperti orang muda. Bahkan, beliau jugalah yang sanggup berulang-alik dan menghantar anaknya Farhatul ke sekolah atau menghadiri jemputan majlis. Sampaikan ada yang hingga ke lewat malam. Kuatnya tenaga ibu ini.

Baca Al-Quran Tiap Hari, Ibu QARIAH NEGARA Akui ‘Terang’ Mata & KUAT INGATAN Walau Dah 63 Tahun!Baca Al-Quran Tiap Hari, Ibu QARIAH NEGARA Akui ‘Terang’ Mata & KUAT INGATAN Walau Dah 63 Tahun!“Setiap hari saya akan mengajar mengaji di rumah mulai hari Isnin hingga Khamis. Cuma hari Jumaat dan Sabtu, saya akan pergi mengajar di luar pula. Memang penuh rumah sebab ramai yang sudi datang mengaji. Kami namakan bangunan yang ada tersebut dengan nama Raudhah Tilawah.

Dulu saya pernah belajar di Kelantan dan tok guru di sana namakan bangunan tu Raudhah Tilawah juga. Jadi itu ialah Raudhah Tilawah 1… yang kami punya ini, Raudhah Tilawah 2, Selangor.

Bila ada cuti terluang, saya akan pergi jumpa tok guru di Kelantan dengan kawan-kawan untuk mengaji. Di sana pukul 3 pagi lagi dah bangun dan ada yang dah tua umur 60-70 tahun lebih pun masih rajin mengaji. Mereka ni bukan hendak masuk tilawah tapi saja nak belajar. Tengok mereka yang dah berusia rajin macam tu… saya rasa belum terlambat lagi bagi yang muda untuk sama-sama belajar.

Subhanallah… Memang keluarga berbakat! Turun daripada ibu bapa ke anak-anak semuanya qari dan qariah berjaya ❤️?? #majalahnona #inspirasinona #nonasuperwoman #realitiimpianwanita #farhatul #tilawahantarabangsa #tilawahalquran #farhatulFairuzah #alquran #qari #qariah

Posted by Nona on Tuesday, 14 May 2019

Masa anak-anak masih kecil, saya dan arwah suami aktif ikut tilawah. Adalah menang dalam 4-5 kali. Bayangkan, waktu tu anak-anak masih kecil dan kami terpaksa bawa mereka bersama sebab nak masuk tilawah. Farha pun masa tu belum ada lagi,” ujar ibu penyayang ini sambil ketawa.

IKLAN

Ketika ditanya pendapatnya bila ada yang mengatakan mengaji Al-Quran mampu menguatkan ingatan, ini jawapan Hajah Jaliah. “Ada betulnya. Bukan ingatan je kuat, mata pun jadi terang. Dulu saya pakai cermin mata… tapi sekarang tak. Alhamdulillah.

Tahun ini umur saya dah 63 tahun. Memang biasanya saya yang hantar anak-anak pergi mengaji dan sekolah. Dah terbiasa. Ada juga makan supplemen tapi kadang-kadang je bila ingat.

Soal jaga suara tu jujur saya katakan tak ada apa-apa petua. Cuma jangan minum air batu. Anak-anak yang masuk tilawah, saya akan bagi mereka telur ayam kampung sebelum pertandingan. Makanlah sebiji dua sebab tarannum ni perlukan banyak tenaga,” kongsi Hajah Jaliah mengakhiri perbualan.

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI