Siapa tidak kenal dengan Dato’ Jovian Mandagie. Kehadirannya di dalam industri fesyen Malaysia benar-benar berjaya mencipta sebuah empayar yang melekat dihati pencinta fesyen. Dari koleksi couture ke koleksi ready-to-wear setiap satu memiliki elemen ultra feminin yang mewah dan anggun. Untuk koleksi terbaru yang digelar ‘Agaisnt Barrigade’ ini menyaksikan pereka fesyen ini membuat satu peralihan drastik dengan persembahan koleksi fesyen street wear  sopan berteras gaya sporty untuk penampilan pertama jenamanya di Singapore Fashion Week 2017 untuk MODESTyle.

IKLAN

Pakaian Jalanan Berteras Stail Yang Sopan Ilham Jovian Mandagie Di Singapore Fashion Week

Kesegaran jelas terasa pada koleksi baru ini kerana ia berada dilaluan angin berbeza berbanding gaya Jovian sebelum ini. Biarpun berkonsep sporty namun setiap perincian yang diterapkan jelas menonjokkan sisi ketelitian dalam penghasilan. Dari teknik manipulasi fabrik menghasilka bentuk-bentuk menarik sehinggalah pemilihan skema warna biru denim, koleksi ini jelas menembus gaya wanita berkuasa yaang berani memecahkan aura konvensional dalam gaya yang tidak mendedahkan.

IKLAN

Pakaian Jalanan Berteras Stail Yang Sopan Ilham Jovian Mandagie Di Singapore Fashion Week

IKLAN

Siluet busana yang diangkat cukup longgar bertepatan dengan tema gaya sopan, namun biarpun ia longgar dari segi perincian perhatian yang diberikan cukup tajam. Lihat sahaja perincian seolah-olah labuci rona merah disusun menarik berbalas rona biru denim. Selain itu perincian teknik pleats yang melingkari bahagian lengan dan juga leher mencipta aura gaya yang edgy. Bagi wanita-wanita yang mahu tampil sopan namun kelihatan fashion forward dalam masa yang sama, koleksi ini antara yang harus ada dalam gerobok busana anda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI