Wang adakalanya menjadi kawan, adakalanya menjadi lawan. Wang juga mampu mengeratkan hubungan namun ada juga sebaliknya. Sedar atau tidak, kewangan menjadi salah satu punca perceraian masa kini.

IKLAN

Jika masalah ini dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian kemungkinan akan menyusutkan rasa cinta dan hormat terhadap pasangan. Sebagai suami isteri yang hidup sebumbung dan saling memerlukan, amalkan komunikasi efektif secara dua hala.

Selain kewangan, faktor lain yang menjurus kepada pertengkaran ialah tidak sependapat, kurang kepercayaan dan enggan berkompromi. Amalkan 5 langkah ini sebagai panduan bagaimana untuk mengendalikan kewangan rumah tangga dengan baik.

Pasang Surut Alam RUMAH TANGGA, Ikut 5 Cara Ini Untuk Elak Bergaduh Dengan Pasangan Tentang DUIT!

MATLAMAT KEWANGAN YANG SAMA

Hidup perlu ada tujuan. Jika permulaannya tiada tujuan yang jelas ia umpama perjalanan tanpa arah. Begitulah juga dalam pengurusan kewangan. Tetapkan target. Berbincang dengan pasangan apa yang anda dan keluarga capai demi masa depan. Rancang untuk tempoh 3, 5, 10, 15 tahun bahkan seterusnya demi memenuhi tujuan itu.

KENALI KARAKTER MASING-MASING

Antara masalah yang sering dihadapi ketika berbincang tentang kewangan ialah salah faham. Kenali karakter masing-masing dalam pengurusan wang bagi memudahkan anda menganalisis kekuatan dan kelemahan diri mahupun pasangan dalam mengenal pasti punca dan penyelesaian masalah.

Pasang Surut Alam RUMAH TANGGA, Ikut 5 Cara Ini Untuk Elak Bergaduh Dengan Pasangan Tentang DUIT!

IKLAN

KETELUSAN

Ini menjadi perkara paling ‘berat’ bagi kebanyakan pasangan. Berapa ramai yang bersedia untuk berkongsi secara terbuka dengan pasangannya bagaimana mereka menggunakan wang atau berapa banyak harta yang dimiliki.

Contoh, tidak salah seorang isteri mengetahui jumlah bonus yang diterima suaminya. Atau, seorang isteri mengaku yang dia gemar berbelanja sehingga adakalanya boros. Kejujuran mampu meruntuhkan tembok keegoan. Lakukannya demi kebaikan bersama.

IKLAN

KEPUTUSAN BERSAMA

Menabung dan penggunaan kad kredit boleh menjadi pilihan. Bagi keperluan peribadi, anda boleh menetapkan sejumlah wang saku bagi setiap minggu yang menjadi privasi masing-masing. Gunakan secara tunai sehingga anda jelas berapa jumlah yang diperoleh dan berbaki pada setiap hujung minggu.

NASIHAT

Pengurusan kewangan lebih komprehensif terutama dari segi pelaburan. Lantik perancang kewangan yang bertauliah. Selain itu, anda boleh juga mendapatkan khidmat rundingan pakar psikologi atau perunding perkahwinan bagi memperbaiki komunikasi anda dan pasangan. Masalah komunikasi mempengaruhi banyak aspek dalam rumah tangga. AMY MOHD

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI