Jutaan tahniah buat atlet para negara, Bonnie Bunyau Gustin yang berjaya ‘menghadiahkan’ emas sulung di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada 28 Ogos lepas. Jaguh powerlifting tersebut mewakili Malaysia dalam kategori lelaki 72 kilogram.
Menerusi acara tersebut Bonnie bukan hanya menjuarai emas bahkan mencatat kejayaan berganda buat rakyat Malaysia dengan memecahkan rekod Paralimpik sebelum ini.
Terdahulu, rekod acara powerlifting kategori berkenaan dipegang atlet dari Iraq iaitu Rasool Mohsin dengan angkatan 227 kilogram. Namun Bonnie yang berusia 22 tahun berjaya mengatasi rekod tersebut dengan mencatat angkatan seberat 228 kilogram.
Menelusuri latar belakang Bonnie, atlet ini dilahirkan di Sarawak pada 3 Jun 1999 dan mula menjalani latihan sukan powerlifting pada tahun 2014 ketika berusia 15 tahun. Memetik biografi Bonnie dalam portal Olympics.com, dia mengikut jejak langkah bapanya iaitu Gustin Jenang yang merupakan bekas atlet para powerlifting.
Bapa Bonnie sebelum ini pernah bertanding di Kejohanan Dunia Kuala Lumpur 2010. Sementara abang Bonnie, Bryan Junancey Gustin juga aktif menyertai sukan di peringkat antarabangsa.
Ads
Setahun selepas bergiat aktif dalam sukan ini pada tahun 2015, Bonnie yang ketika itu berusia 16 tahun membuat keputusan nekad untuk berhenti sekolah demi memberi sepenuh tumpuan kepada karier sukannya.
Ads
Bonnie membuat penampilan sulung sebagai atlet para powerlifting di peringkat antarabangsa pada tahun 2017. Dua tahun kemudian, dia berjaya memenangi pingat emas kategori 65 kilogram di 2019 World Championships Nur-Sultan, Kazakhstan.
Pada tahun yang sama juga Bonnie dipilih sebagai Atlet Para Terbaik 2019 oleh Sportswriters Association of Malaysia.
Syabas dan tahniah buat Bonnie! Moga kejayaan yang diraih menjadi suntikan inspirasi buat rakyat Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pelawak Sharifah Sakinah bukan saja terkenal dengan bakat lakonannya yang bersahaja, spontan dan kelakar. Tapi, Sakinah juga sinonim sebagai artis yang pandai menjaga bentuk tubuh badan dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Tidak hairan lah jika beliau dianggap ikon kepada netizen di luar sana untuk menjalankan kehidupan yang sihat.
Siapa saja tidak kenal dengan Sakinah yang memang seorang wanita lantang bersuara tentang apa jua topik. Terbaru, Sakinah sekali lagi menjadi tumpuan netizen kerana dia memperli artis yang jual produk kecantikan di instagram story miliknya.
“Mereka lakukan drip memutihkan kulit, lepas tu mereka keluarkan produk putih, Haa..tepuk!”, kata Sakinah,
” Sudah tu, cakap mereka putih kerana menggunakan produk itu. Haa..tepuk!”, tambah Sakinah lagi.
Ada betulnya apa yang Sakinah cakapkan itu. Sekarang ni, kebanyakan artis mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan dan keluarkan produk kecantikan sendiri. Industri kosmestik saat ini memang sedang berkembang, Mungkin para artis mengambil peluang ini untuk mencari duit lebih nak tampung kehidupan mereka yang harus sentiasa nampak cantik dan mewah?
Sakinah turut perli rakan artis yang menjual produk malangsingan badan tapi tidak menggunakan sendiri produk tersebut.
“Diet sampai sebulan dan tak makan, tak exercise lepas tu cakap mereka kurus sebab produk itu. Haa tepuk!”, luah Sakinah.
Sakinah menggunakan trademark ‘Haa..tepuk!’ menerusi drama lakonan beliau sendiri iaitu Bini Aku Dari… Walaupun topik yang dibincangkan agak serious, tapi dengan adanya ‘haa..tepuk’ netizen ternyata terhibur melihat video itu.
Sumber: IG Sharifah Sakinah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali datang bulan pasti mengundang berbagai rasa kurang selesa pada sesetengah wanita. Selain senggugut satu lagi ketidakselesaan yang sering mengganggu ialah masalah perut kembung. Kira-kira 85% wanita mengalami perut kembung semasa haid.
Walaupun keadaan ini normal tetapi penting untuk anda mengetahui puncanya serta mencari cara bagaimana untuk mengatasi. Salah satu puncanya ialah pengaruh estrogen di mana kadarnya sering turun naik sehingga menyebabkan berlebihan air dalam badan seterusnya perut menjadi kembung.
Punca seterusnya ialah gangguan pencernaan yang boleh menjejaskan nafsu makan sepanjang haid. Kajian menunjukkan peningkatan dan penurunan kadar estrogen mempengaruhi sistem pencernaan sehingga menyebabkan sembelit dan perut kembung.
Lakukan 4 cara berikut untuk mengatasi masalah perut kembung semasa haid.
ELAK MAKANAN BERLEMAK
Sepanjang kedatangan haid sebaiknya elakkan mengambil makanan berlemak kerana ia sukar dicerna. Sebaiknya gunakan sedikit minyak sahaja ketika memasak bagi mengelakkan pengambilan lemak yang tidak perlu.
KURANGKAN GARAM & GULA
Jika boleh elakkan makanan bergaram kerana ia cenderung menyerap kelembapan dan air. Badan akan lebih mudah menyimpan air menyebabkan perut terasa kembung. Jauhi juga makanan bergula bagi mengelakkan berat berlebihan.
MAKAN BANYAK SAYURAN & BUAH
Sayuran berserat seperti bayam serta buah-buahan segar seperti pisang, tomato, anggur, limau dan avokado sangat bagus untuk mengurangkan gejala kembung perut ketika haid.
SENAMAN RINGAN
Membantu mengurangkan rasa perut kembung dan gas berlebihan. Secara tidak langsung anda akan merasa lebih baik. Cubalah naik turun tangga beberapa kali bagi mengurangkan masalah perut kembung semasa haid.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejayaan demi kejayaan diraih oleh Erna Elliyana binti Rosli, penerima NONA Superwoman Award 2022 bagi kategori NONA Beauty & Health Brand Award ini. Mana tidaknya, melalui syarikat Alphacapital (M) Berhad, syarikat milik bumiputera ini menerokai pelbagai bidang termasuklah industri makanan dan minuman.
Testimoni berjaya restoran K-Town, memberi keyakinan buat syarikat bumiputera Alphacapital (M) Berhad untuk menerokai pasaran baharu industri makanan dan minuman, dengan melahirkan sebuah lagi jenama iaitu Daigor Hong Kong Muslim Restaurant (Daigor).
Memilih lokasi strategik iaitu di Jumpa @ Sungei Wang, Bukit Bintang, Daigor yang bermaksud satu-satunya, merupakan restoran halal Cina Muslim pertama menerbangkan keaslian citarasa masakan Hong Kong.
Pengasas Daigor, Andy Goh, berkata, keunikan masakan Cina Muslim Hong Kong berbanding lambakan restoran seumpamanya, terletak pada olahan menu yang serasi dengan selera lokal.
“Ada banyak restoran Cina Muslim di negara ini tetapi mungkin rasanya sukar diterima masyarakat Malaysia yang sukakan pada masakan pedas dan berempah. Sebaliknya hidangan Cina Muslim Hong Kong ia kena dengan tekak masyarakat Malaysia.
“Selain itu kesukaran peminat masakan Cina untuk mendapatkan hidangan halal seperti itik dan ayam panggang membuka ruang dan peluang Daigor Hong Kong Muslim Restaurant meneroka pasaran halal,” katanya.
Tambah Andy, Diagor melalui proses penyelidikan dan pembangunan selama tujuh bulan bagi mendapatkan rasa yang paling hampir dengan hidangan asal, sebelum sedia disajikan kepada umum.
Malah ramuan dan cara penyediaan makanan mengikut standard halal yang ditetapkan.
“Saya merupakan seorang bekas pramugara. Pengalaman menjelajah pelbagai negara dan berpeluang merasai aneka jenis hidangan luar membuatkan saya terfikir untuk membawanya balik ke kampung halaman saya, Kuala Lumpur.
“Menyedari masakan Cina juga digemari oleh orang Melayu, kami sangat menititikberatkan ramuan halal dan dalam proses permohonan mendapatkan pengiktirafan sijil Halal.
“Kami mempunyai central kitchen yang akan memastikan semua makanan yang disediakan memenuhi standard halal yang telah ditetapkan,” katanya.
Memilih itik panggang antara signature dish istimewa Daigor, jelas Andy, hidangan ini menjanjikan pengalaman gastronomi yang cukup menyelerakan.
“Menu signature kami ialah itik panggang. Memang ia banyak dijual namun sukar nak dapatkan yang halal. Menu Cheese Baked Rice dan pelbagai jenis daging, makanan laut, charcoal custard lava bun dan juga air kopi antara keistimewaan yang ditawarkan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AlphaCapital (M) Berhad, Syed Mahadzir Fadaak, berkata, mereka optimis bahawa industri makanan dan minuman mempunyai potensi yang cukup luas, pihaknya membuat pelaburan berani sebanyak RM1.5 juta kepada syarikat subsidari K-Town Alpha dan sebanyak RM700,000 diperuntukan untuk Daigor.
“Restoran pertama kami K-Town iaitu sebuah restoran makanan Korea mempunyai reputasi yang sangat baik dan sehingga kini telah mempunyai tiga cawangan.
“Kami yakin Daigor juga bakal mendapat tempat dihati peminat yang sukakan masakan Cina. Insya-Allah selepas ini kami akan memperkenalkan hidangan lokal atau mamak, namun kami perlu mengkaji pasaran terlebih dahulu.
“Selain hadir dengan olahan resipi tempatan yang lebih baik, sekaligus dapat dikomersilkan ke tahap lebih tinggi,” katanya.
Pada majlis perasmian hari pertama Daigor Isnin lalu, pihak pengurusan restoran ini turut menaja makan malam sempena Meet & Greet bintang berbakat besar Indonesia, Andmesh Kamaleng bersama peminat.
Konsert pelantun lagu Hanya Rindu itu bakal berlangsung pada 4 Jun 2023 di Plenary Hall, KLCC, ditaja oleh Kamya Glow iaitu produk kesihatan dan kecantikan dibawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd, yang juga sebuah syarikat subsidari Alphacapital M) Berhad.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit buah pinggang kronik semakin meningkat dalam kalangan wanita muda di Malaysia. Ketahui simptom awal, faktor risiko dan kepentingan ujian awal sebelum terlambat.