Tahniah, Nur Nazirah Md Nasir yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi! Tiga tahun melayari alam perkahwinan, akhirnya Nazirah dikurniakan rezeki untuk timang cahaya mata sulung. Alhamdulillah!

Berkongsi video di majlis gender reveal baru-baru ini, isteri Umar Annuar ini nyata teruja bakal menerima kehadiran bayi perempuan. Menerusi perkongsian tersebut kelihatan para tetamu termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat mengenakan pakaian berwarna biru dan merah jambu sebagai simbolik tekaan mereka mengenai jantina bayi Nazirah.

IKLAN

Sejurus belon kejutan dipecahkan, bertebaran belon kecil merah jambu memenuhi ruang mini pelamin Nazirah dan suami menandakan jantina bayi perempuan. Ruang dewan bertukar meriah dan dihujani tangisan kegembiraan.

“It’s a GIRL!!! Syukur alhamdulillah,” tulisnya.

View this post on Instagram

A post shared by N.N.N (@nazirahnasir97)

Pelajar PhD & Bakal Jadi Ibu, Nazirah Nasir Teruja Timang Anak Sulung Usia 26 Tahun!
Kredit Instagram @nazirahnasir97

Ketika dihubungi Nona, Nazirah yang genap berusia 26 tahun pada Julai nanti mesra menyambut baik pertanyaan penulis dan sudi berkongsi perkembangan diri.

“InshaAllah Estimated Due Date (EDD) pada 29 Julai. Setakat ini belum ada lagi nama bayi.”

Ditanya mengenai perjalanan kehamilan anak sulung, dia bersyukur diberi kesihatan yang baik dan tidak mengalami alahan teruk.

“Alhamdulillah, tak ada (alahan). Time first trimester je tak boleh makan lambat. Lepas tu dah okay. InshaAllah saya habis belajar hujung 2024.”

Pada 20 Mac lepas, Nazirah memuat naik video yang memaparkan detik istimewa mengumumkan berita kehamilan kepada suami tercinta juga bersempena ulang tahun kelahiran suami ke-30.

IKLAN
Pelajar PhD & Bakal Jadi Ibu, Nazirah Nasir Teruja Timang Anak Sulung Usia 26 Tahun!
Kredit Instagram @nazirahnasir97
Pelajar PhD & Bakal Jadi Ibu, Nazirah Nasir Teruja Timang Anak Sulung Usia 26 Tahun!
Kredit Instagram @nazirahnasir97
Pelajar PhD & Bakal Jadi Ibu, Nazirah Nasir Teruja Timang Anak Sulung Usia 26 Tahun!
Kredit Instagram @nazirahnasir97

View this post on Instagram

A post shared by N.N.N (@nazirahnasir97)

“Happy birthday to my one and only Umar Annuar. You’ve been a wonderful husband and I can’t wait to see what an amazing father you’ll be.

Syukur alhamdulillah Umar and I have been blessed with the greatest gift of all. After 3 years of marriage, insyaAllah soon there’ll be 3 of us.”

IKLAN

Nazirah atau mesra disapa Maggie merupakan adik bongsu kepada pelakon jelita, Anzalna Nasir yang mendapat perhatian ramai kerana kepintaran yang dimiliki.

Dia kini sedang mengikuti pengajian PhD di Universiti Malaya (UM) dan memperoleh gred A untuk Proposal Defence tahun lepas.

Pelajar PhD & Bakal Jadi Ibu, Nazirah Nasir Teruja Timang Anak Sulung Usia 26 Tahun!
Kredit Instagram @nazirahnasir97
Pelajar PhD & Bakal Jadi Ibu, Nazirah Nasir Teruja Timang Anak Sulung Usia 26 Tahun!
Kredit Instagram @nazirahnasir97
Pelajar PhD & Bakal Jadi Ibu, Nazirah Nasir Teruja Timang Anak Sulung Usia 26 Tahun!
Kredit Instagram @nazirahnasir97
Pelajar PhD & Bakal Jadi Ibu, Nazirah Nasir Teruja Timang Anak Sulung Usia 26 Tahun!
Kredit Instagram @nazirahnasir97
Pelajar PhD & Bakal Jadi Ibu, Nazirah Nasir Teruja Timang Anak Sulung Usia 26 Tahun!
Kredit Instagram @nazirahnasir97

Ikut jejak langkah ayah jadi profesor https://www.nona.my/umur-23-tahun-sambung-phd-nazirah-nazir-pelajar-pintar-ikut-jejak-langkah-bapa-tersayang/

Graduan kelas pertama Bachelor of Biomedical Science dari Segi University, Nazirah cukup bertuah kerana dapat ‘fast track’ sambung PhD dalam usia muda.

Bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sejak November lalu hingga 30 Oktober 2023.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI