Bagi mereka yang mengidap diabetes perlu menjaga kesihatan diri kerana anda adalah golongan yang berisiko ketika mendepani pandemik COVID-19 ini.
Pesakit diabetes adalah 3 hingga 4 kali lebih mudah mengalami gejala Covid-19 yang serius berbanding mereka yang tidak mempunyai diabetes.
Bukan sahaja mereka yang mempunyai diabetes kena berhati-hati, malah mereka yang tidak menghidapi penyakit ini juga perlu menjaga diri kerana tidak menjaga pemakanan ketika berada di rumah musim pandemik ini.
Masih ramai yang tidak menyedari atau lewat mengetahui yang mereka menghidap penyakit diabetes.
Sehubungan dengan itu, Kempen For Your Sweetheart telah dilancarkan dengan menawarkan Pemeriksaan Diabetes Percuma untuk seluruh rakyat Malaysia. Bagi yang mahu melakukan pemeriksaan percuma ini boleh mendapatkan di klinik-klinik yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Inisiatif murni dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang hubung kait antara diabetes dan penyakit jantung, dan usaha Pemeriksaan Diabetes Percuma ini mendapat sokongan dari Boehringer Ingelheim dengan kerjasama Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) dan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES).
Mengulas mengenai vaksin Covid-19 untuk pesakit diabetes, Dr Miza Hiryanti Zakaria, Pakar Endokrinologi dan Diabetes, Hospital Tengku Ampuan Afzan berkata, “Untuk memenangi Covid-19, beberapa langkah telah dilaksanakan.
Ini termasuk memakai topeng pelindung muka, mengamalkan penjarakan sosial dan yang paling penting adalah dengan mencapai imuniti berkelompok melalui vaksinasi. Kumpulan berisiko tnggi, seperti pesakit diabetes, harus divaksin secepat mungkin.
Vaksin direka untuk memprogramkan sistem ketahanan tubuh agar dapat mengenali dan menyekat virus yang menyebabkan Covid-19 dengan selamat.”
Dr Miza turut menyatakan bahawa pesakit diabetes perlu konsult dengan penjaga kesihatan atau doktor mereka sebelum vaksinasi bagi membantu mereka merancang pelan pengurusan hari sakit mereka bagi menangani kemungkinan kesan sampingan vaksin.
“Ubat-ubatan diabetes tidak mempengaruhi keberkesanan vaksin, dan begitu juga sebaliknya. Beberapa kesan sampingan boleh menyebabkan turun naik gula dalam darah, maka penting untuk mengetahui bagaimana menangani situasi tersebut dan mendapatkan nasihat perubatan jika diperlukan,” tambah Dr Miza.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendapatkan pemeriksaan diabetes percuma Kempen For Your Sweetheart:
- Log masuk ke https://www.foryoursweetheart.my/screen-for-diabetes.php
- Pilih negeri semasa anda.
- Skrol dan pilih cawangan/klinik pilihan anda
- *Tekan ‘Download’ untu memuat turun baucar anda*
- Hubungi cawangan/klinik yang mengambil bahagian untuk membuat temu janji Pemeriksaan Diabetes Percuma.
- Hadirkan diri di cawangan/klinik yang mengambil bahagian pada hari/waktu temu janji yang dijadualkan untuk Pemeriksaan Diabetes Percuma.
*Setiap cawangan/klinik menawarkan bilangan baucar yang terhad, berdasarkan berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Pemeriksaan Diabetes PERCUMA ‘For Your Sweetheart’ bermula dari Julai sehingga Disember 2021.