Sememangnya penampilan Datin Maria Arshad buat ramai wanita ‘cemburu’. Selebriti ini berjaya membuktikan usia hanyalah angka semata-mata.
Di usia 63 tahun, ibu mentua kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera ini kekal menawan. Cemburukan tengok gaya Datin Maria Arshad, kalah anak dara!
Seperti yang kita tahu hubungan Shiera dan ibu mertuanya umpama isi dengan kuku. Beruntungnya Shiera kerana disayangi dan sangat serasi dengan mertuanya itu yang dipanggil Mama.
Shiera merupakan ibu kepada lima orang anak iaitu Allisya, Airell, Airra, Auddra dan Adeena. Isteri kepada pelakon, Ijoy Azhari ini bukan saja mengkagumi cara didikan ibu mertuanya terhadap anak-anak malah dia juga bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga dan cantik.
Ads
Foto: Instagram @citarasa.mariaarshad
“Mama seorang yang sangat disiplin dengan amalan petuanya dan dilakukan bersungguh-sungguh tanpa putus asa. Saya pula sebaliknya, tak dapat nak ikut sangat petua-petua yang diamalkan sebab terlalu sibuk. Kalau buat pun hangat-hangat tahi ayam saja. Setiap orang ada cara masing-masing.
Kalau berbual tu memang kami tak pernah cakap topik kecantikan. Selalunya lebih kepada hal-hal anak cucu, ‘membawang’ pun ada lah sekali sekala. Walaupun mama tak pernah kongsi apa petua yang diamalkan tapi saya dapat lihat melalui perbuatannya,” kata Shiera.
Teruja melihat penampilan Datin Maria Arshad saat dikejutkan oleh anaknya yang sudah tiga tahun tidak berjumpa lantaran kerana COVID-19.
“Anak bongsu saya dah hampir 3 tahun tak dapat balik Malaysia sebab dia masih belajar di Perth dan disebabkan pandemik. Rupanya dia pakat dengan kakak dia untuk surprise ni,” kongsi Datin Maria Arshad di laman media sosial milik peribadinya.
Untuk rekod, tahun lalu, selebriti veteran ini telah disahkan positif COVID-19 selepas mengalami demam berpanjangan selama hampir dua minggu. Setelah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta, Datin Maria Arshad telah sembuh dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.
Bukan mudah bagi seorang mualaf untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan ajaran Islam. Namun Sheahnee Iman Lee berjaya membuktikan dia mampu menjadi seorang muslim yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan. 18 tahun berkongsi hidup bersama Naz Rahman, dia kini lebih memahami Islam dan mengasuh anak-anak dengan sebaik mungkin.
Peluang bertemu dengan bekas personaliti televisyen ini di sebuah majlis pelancaran, Sheahnee yang ketika itu menjadi moderator turut berkongsi pentas dengan suami tercinta yang bertindak sebagai pengacara majlis dalam acara sama.
Diaju pertanyaan mengenai rumah tangga bahagia di samping pengacara yang popular dengan program Jalan-Jalan Cari Makan itu, Sheahnee Iman Lee mengukir senyum sambil membuka cerita.
“Berbanding sekarang, masa tu saya adalah mualaf baru. Banyak benda yang masih saya tak tahu dan masih belajar. Pada masa itu, Abang Naz (suami) dia sangat sabar mengajar saya benda yang boleh saya buat dan tidak boleh saya buat.
Saya rasa lepas 18 tahun saya dah rasa oklah. Lepas tu ada anak sendiri, kita pula yang ajar anak, seperti mana Abang Naz ajar saya dulu. Nak puasa satu bulan tu agak susah tapi alhamdulilllah lepas 18 tahun saya rasa kira oklah,” dedah bekas penyampai berita NTV7 dan pengacara ini mengenai awal perkahwinannya bersama Naz Rahman.
Sementara itu, mengulas perkembangan kerjaya terkininya dan suami, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata mereka masih aktif dalam bidang pengacaraan namun di luar kaca televisyen dan lebih kepada program korporat serta majlis rasmi kerajaan.
“Saya banyak buat training bersama corporation company di Malaysia dan pada tahun 2026 saya mahu beri tumpuan kepada focus coaching. Lebih kepada one on one. Passion saya sekarang adalah untuk membantu orang lain untuk naik dalam apa-apa industri yang mereka nak ceburi.”
Tambahnya lagi, “Sudah lama saya tak bekerjasama dengan Naz dalam bidang pengacaraan. Sebab jenis event yang kami buat berbeza. Saya lebih kepada corporate dan conference, Naz pula banyak buat event kerajaan dan juga roadshow tapi lately dalam 2-3 tahun yang lepas ni Naz banyak buat event yang sama seperti saya. Bila client nampak gandingan saya dengan dia, mereka macam suka pula.
Saya cukup bersyukur sebab bila saya baru berkenalan dengan Naz, kami mulakan kerjaya televisyen sama-sama dalam The Breakfast Show. Bagi saya ini adalah peluang untuk kerjasama dengan dia lagi untuk explore balik chemistry yang kita ada sebelum ini dan saya rasa bestlah kerja dengan suami.”
Tahap profesionalisme dan gaya penyampaian jelas serta bertenaga Sheahnee Iman Lee dan Nazrudin Habibur Rahman membuatkan mereka sering menjadi pilihan penganjur acara.
Bahkan pasangan suami isteri ini diberi kepercayaan mengendalikan satu majlis gah dan penuh bersejarah iaitu Sidang Kemuncak ASEAN 2025!
Sheahnee dan Naz Rahman berkahwin pada tahun 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Zayd Aaqil.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di permukaannya terlihat sangat indah. Namun mungkin tidak seindah apa yang ditanggung. Zareth Shahar John, 32 tahun berkongsi perjalanan hidupnya dalam usaha mencari sesuap rezeki. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Ya! Perjalanan hidup kita tidak sama. Masing-masing punya jalan cerita tersendiri dan ada yang lebih sukar dan sukar diterima. Namun, kebangkitan wanita dari segi fizikal dan mental itu adalah usaha yang paling besar kerana seringkali dikatakan insan yang lemah.
“Saya sentiasa menyahut cabaran untuk melakukan apa jua kerja seperti jururawat, pramugari, instructor First Aid, modelling dan kini sebagai wealth planner. Setiap bidang pekerjaan saya laksanakan itu pastinya mempunyai dugaan yang berbeza.
Kerap kali juga berlaku keadaan yang tidak menyenangkan dan menyentuh hati saya dalam situasi kerja sebelum ini. Namun saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil hati atau membalas dendam dan sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada mereka atau pada situasi yang berlaku.
Semasa bekerja sebagai seorang jururawat, ada segelintir yang tidak menyenangi cara kerja saya. Pernah saya ditukar ke jabatan lain tanpa notis awal bagi menjadikan suasana kerja lebih sukar, sehingga mendorong saya untuk meletakkan jawatan.
Bayangkan walaupun kerja saya di nurseri tidak mudah, belum pernah saya membuat mana-mana bayi di bawah penjagaan saya menangis. Saya juga terpaksa menjaga 12 bayi pada satu-satu masa. Kadangkala apabila tiada pengganti, saya terpaksa bekerja dari jam 2 petang hingga 7 pagi keesokan harinya.
Keadaan itu menyebabkan saya tiada masa untuk makan, pergi ke tandas atau berehat. Kaki saya bengkak kerana terpaksa berdiri berjam-jam. Hampir setiap hari saya merendam kaki dalam air suam untuk melegakan kesakitan,” luahan hati Zareth bercerita tentang pengalamannya sebagai seorang jururawat.
Selain itu, ada juga kisah di sebalik keindahan berkhidmat di awan biru. “Semasa bekerja sebagai cabin crew, saya menghadapi situasi yang mencabar dengan ketua, terutama bila adanya persepsi peribadi mereka terhadap anda. Saya pernah dimalukan di hadapan kru dan penumpang sehingga menjadikan suasana dalam penerbangan itu tidak senang untuk bekerja.
Apabila saya mendapat peluang untuk menjadi Cabin Crew Leader, saya memastikan tiada sesiapa yang mengalami pengalaman itu dan saya menyantuni mereka semua dengan hormat.
Selain itu, semasa bekerja sebagai cabin crew, hari bekerja dan hari cuti tidak seimbang. Pada awal kerjaya, jadual kerja kita agak fleksibel dan senang untuk menukar syif antara kru yang lain seperti jika saya ada kecemasan dan perlu menukar syif dengan kru yang lain.
Tetapi menjelangnya tahun terakhir, kami kehilangan fleksibiliti ini. Ia agak menyukarkan kerana saya tidak dapat merancang aktiviti selain hanya dapat meluangkan masa dengan kru apabila dapat bercuti pada waktu ‘night stops’ di destinasi negara yang kita berhenti.
Memang menyeronokkan apabila mendapat peluang untuk berada di negara yang berbeza. Tetapi keseimbangan kehidupan sosial saya dan waktu bersama keluarga agak terjejas semasa menjadi cabin crew.
Selepas berkahwin, saya sukar meluangkan masa bersama suami disebabkan jadual penerbangan 6 hari berterusan dan hanya dapat bercuti sehari dalam seminggu.
Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk bertukar ke jabatan lain dan bekerja mengikut waktu pejabat. Itulah waktunya saya dapat kembali menikmati cara hidup yang lebih stabil dan meluangkan masa bersama keluarga.
Dua pengalaman ini, sebagai seorang jururawat dan cabin crew, adalah pengalaman paling mencabar pernah saya lalui dalam usaha mencari rezeki. Namun, saya berterima kasih kepada Tuhan kerana saya dapat mengatasi semua masalah dan ia menjadikan saya lebih kuat.
Terutama sekali sebagai cabin crew, kerjaya ini berjaya mengubah saya dan mengajar saya untuk menjadi seorang yang mampu menyelesaikan masalah, sabar, sopan dan yakin. Ia juga mengajar saya cara untuk bercakap, berjalan dan menggunakan bahasa tubuh dengan betul,” akur Zareth.
Hikmah di sebalik ketegangan dalam pekerjaan, “Segala puji pada Tuhan, sekarang saya berjaya mengatasi stres, masalah kesihatan dan kekecewaan sebelum ini.
Kerjaya saya sekarang sebagai seorang Financial Advisor mempunyai jadual kerja yang tidak tetap, tetapi saya diberi peluang untuk mengatur jadual harian saya dengan bijak seperti masa bekerja, masa sosial dan masa untuk berluang bersama keluarga. Pada waktu lapang saya juga mengendalikan sesi kaunseling kepada remaja dan pasangan suami isteri, aktif dalam bidang seni seperti modelling, muzik seperti menyanyi, main piano dan drum,” ujar Zareth.
Sekarang saya punya masa untuk membuat aktiviti sosial, makan makanan berkhasiat dan bersenam bersama rakan sekerja dan keluarga. Saya juga kerap berinteraksi dengan kawan-kawan rapat untuk kestabilan fikiran.
Saya tinggalkan semua kenangan lalu yang banyak memberi kesan negatif dalam hidup saya. Saya bangkit menjadi seorang yang berpositif dan tidak terganggu dalam apa jua situasi lagi.
Pada awal kerjaya, bos saya pernah memberi nasihat, “Life is like a stage Zareth, it depends on how you act that will draw your audience or make them walk away.” Ini menyebabkan saya menukar cara pemikiran dan perbuatan saya. Pada hari ini, saya tetap memegang pada nasihat itu dan saya telah menerima kasih sayang, sama seperti layanan yang saya memberi kepada orang.
Ini cerita saya, pastinya setiap wanita punya kisah tersendiri dalam memilih kerjaya masing-masing. Situasi yang kita hadapi, sedikit sebanyak membantu dalam proses kematangan kita sebagai seorang wanita tabah.
Saya terus beristiqamah untuk menjadi orang yang beriman, menyayangi diri sendiri dahulu sebelum memberi kepada orang lain, selalu ketahui harga diri anda dan berfikiran positif apabila menghadapi cabaran, semuanya dengan kehendak Tuhan,” bicara Zareth dengan senyuman manis.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini kita begitu kecewa bila anak tak peduli kehadiran kita sekembali dari kerja. Rasa nak berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa pula! Kini, kita diberikan peluang untuk bersama anak-anak dan keluarga 24 jam sehari. Gunakan waktu ini untuk berdampingan dengan anak-anak dan biarkan pembantu rumah anda selesaikan tugasan rumah yang lain.
Tip ringkas dan spontan, aktiviti di tempat tidur
Anda sudah banyak meluangkan masa di pejabat. Di rumah, inilah masanya untuk anda luangkan bersama keluarga terutamanya si kecil. Ketepikan telefon bimbit dan komputer riba agar anda tidak berasa terganggu dengan kerja.
Luangkan sedikit masa pada waktu pagi bersamanya. Sebelum ke tempat kerja, mandikan si kecil dan ajak si kecil memilih baju yang ingin dipakainya. Siapkan sarapan pagi yang paling digemarinya. Sukar untuk menjadikan aktiviti pagi sebagai rutin harian tetapi anda perlu berusaha demi kebahagiaan si kecil dan anda.
Jangan ego untuk belajar dari pengasuh. Ambil seberapa banyak maklumat dari mereka mengenai apa yang disukai dan yang tidak disukai. Fahami keletah si kecil dengan baik agar anda juga boleh mengikat tali kasih sayang bersamanya.
·Tingkatkan bonding
Teruskan usaha untuk mendekatkan diri anda dengan si kecil. Beri perhatian yang berkualiti kepada mereka dengan tutur kata yang lembut, belaian pada rambut mahupun tatapan mata yang membuat si kecil merasa dekat dan disayangi.
Pada waktu cuti, luangkan masa sepenuhnya bersama anak. Tidak perlu membiarkan pengasuh mengambil alih tugas anda. Jika boleh, jangan melibatkan langsung pengasuh dalam hal di antara anda dan si kecil.
Pengasuh bukan musuh anda tetapi mereka adalah support sistem yang mendukung peranan anda sebagai wanita berkerjaya dan sebagai ibu. Jika anda ingin menerapkan pola asuh yang tepat mengikut anda, beritahu pengasuh dari awal.
Walaupun sibuk bekerja, sedikit waktu yang diambil untuk menghubungi anak amat bermakna buat mereka. Cuba hubungi mereka dua atau tiga kali sehari. Bertanya khabar, aktiviti mereka dan sebagainya. Dengan cara ini, mereka tahu bahawa mereka sentiasa diperhatikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari riak wajahnya jelas terserlah sinar kebahagiaan yang sedang mengulit kehidupan Datuk Seri Sheila Majid. Mana tidaknya, hasrat untuk bergelar nenek dan menimang cucu akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila anak lelaki kesayangan iaitu Megat Abdul Majid selamat menjadi bapa sekitar Julai lepas.