Umum sedia maklum Lara Alana merupakan anak sulung kepada selebriti yang sering menjadi ikon dunia fesyen, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Scha sering dijulang sebagai ikon fesyen terkemuka tanah air. Gayanya menjadi rujukan buat para selebriti, rakan artis juga kelompok fesyen tempatan.

IKLAN

Penampilan Lara Alana Ke Majlis Pratonton AIR FORCE The Movie; Selagi Bernyawa  Curi Tumpuan. Gaya Kanak-Kanak Sesuai Usia!
Selain itu, pasangan selebriti ini juga pernah diterbangkan khas bagi menghadiri pementasan fesyen di Milan, Paris serta New York. Kerjasama yang diberikan oleh Scha ternyata hebat. Manakan tidak, sehingga ke hari ini label fesyen mewah antarabangsa masih berpusu ingin melihat Scha menggayakan persalinan mereka di karpet merah, di acara sosial mahupun menghiasi kempen fesyen khas mereka.

Penampilan Lara Alana Ke Majlis Pratonton AIR FORCE The Movie; Selagi Bernyawa  Curi Tumpuan. Gaya Kanak-Kanak Sesuai Usia!
Dari Louis Vuitton, Dior beralih ke Prada, Gucci, Fendi, juga Bonia ingin berkolaborasi bersamanya. Beg tangan yang diolah Scha bersama Bonia yang tampil buat koleksi Raya yang lepas berjaya merubah pandangan umum. Bonia sememangnya cukup popular di kalangan ibu-ibu kita. Sasarannya lebih kepada kelompok yang lebih matang. Hebatnya penangan fesyen powerful couple ini.

Penampilan Lara Alana Ke Majlis Pratonton AIR FORCE The Movie; Selagi Bernyawa  Curi Tumpuan. Gaya Kanak-Kanak Sesuai Usia!
Walaupun hidup dalam senario fesyen, nampaknya Scha dan Awal tidak keterlaluan mengabadikan fesyen untuk penampilan anak sulung kesayangan mereka, Lara Alana ketika si kecil yang menginjak usia 8 tahun ini menghadiri majlis gala pratonton filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Penampilan Lara Alana Ke Majlis Pratonton AIR FORCE The Movie; Selagi Bernyawa  Curi Tumpuan. Gaya Kanak-Kanak Sesuai Usia!

IKLAN

Tidak perlu sebarang calitan gincu bibir, mahupun eyeliner, penampilan Lara Alana yang mengenakan gaun paras lutut rona hitam amat manis dan bersesuaian dengan usianya!. Tampil seiringan menemani si ibu ke majlis malam gala, penampilan Lara Alana tidak kurang hebatnya sesuai dengan usia kanak-kanak.

Penampilan Lara Alana Ke Majlis Pratonton AIR FORCE The Movie; Selagi Bernyawa  Curi Tumpuan. Gaya Kanak-Kanak Sesuai Usia!

IKLAN

Penampilan Scha Al Yahya di malam gala tersebut juga tidak kurang hebatnya dengan mengenakan pakaian rona ala tentera yang stylo dan bersesuaian dengan majlis yang dihadiri. Scha yang memegang watak sebagai Kapten Nur Liyana di dalam filem ini mengakui watak kali ini agak mencabar dan merupakan antara pengalaman terbaik yang dilaluinya sepanjang bergelar pelakon.

Penampilan Lara Alana Ke Majlis Pratonton AIR FORCE The Movie; Selagi Bernyawa  Curi Tumpuan. Gaya Kanak-Kanak Sesuai Usia!
Filem yang bakal menjengah layar perak di seluruh tanah air pada 25 Ogos ini berkisahkan Pasukan Khas Udara (Paskau) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang mereka ditembak. Kisah bergenre aksi, tentera dan patriotik itu turut dijayakan pelakon seperti Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Scha Alyahya, Azira Syafinaz dan Carmen Soo.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI